Sunday, October 21, 2012

Setelah Sekian Lama...

Assalamualaikum... :)

Setelah sekian lama tak update post kat blog, hari ini aku tak tau macam mana boleh rajin pulak nak mencoret- coret kat sini.. Dah hampir dua bulan kot tak tulis pape, last update masa bulan Ramadhan lalu... Apapun, dalam tempoh 2 bulan ni, terlalu banyak moments dan events yang berlaku dalam hidup aku..Banyak yang manis, tapi tak dapat lari dari yang pahit.. =D Adat kehidupan macam ni lah kawan- kawan.. hehe.. yang penting, think positive! barulah hidup ni akan bermakna... (^^,)

Event pertama: Raya Aidilfitri <3 seronok sangat beraya dengan family dan kengkawan... ('',)

Tahun ni tema hijau..hehehe Raya Pertama di kampung :)


Beraya bersama kengkawan TESMAL ~ open house rumah ct amirah :)

Event kedua: Hangout dengan kawan- kawan rapat :)

Dating dengan besties (Tehah and Ismah) memang best!! hehehe..Aku rasa bagaikan seorang traveller bila naik pengangkutan awam yang pelbagai jenis ni.. Dari bas ekspres ke ERL ke Rapid KL ke KTM semua aku naik...hehe.. Seronok sangat jalan- jalan dengan mereka... Shopping di Alamanda, masak- masak dinner (Tom Yam Kaw2).. Seronok!! Moga akan ada lagi pertemuan sebegini.. InsyaAllah (^_^)

Kami <3


Event ketiga: Kejohanan Skuasy Terbuka IPGKPM dan Tertutup Unit TESL 1 

Alhamdulillah, kami berjaya organize kejohanan skuasy ni.. Semua berjalan lancar dan aku rasa memang terbaik kejohanan ni.. Aku take part, walaupun menang saguhati je, at least sekarang ni aku dah boleh main skuasy sikit- sikit...hehehe... DAEBAK semua!! =D

After the match! =D Congratzzz to the winner.... 


Event keempat: A great day- out with Mira <3

Hurm, masa ni ramai kawan- kawan IPG yang balik.. So, kira macam lonely lah ni.. Hehehe... Tapi, aku bersyukur jugak semua balik.. Dapat jugak aku keluar dengan kawan baikku, Mira.. :) Kami jalan- jalan sekitar Melaka ni je.. Gi shopping di Dataran Pahlawan, jalan- jalan di A Famosa dan melawat Muzium Negeri Melaka.. hehe.. best- best... Masa pergi kami dihantar oleh 'kawan' Mira, masa balik naik bas panorama Melaka... :) Seronok sangat dating dengan Mira setelah sekian lama tak dating bersama macam dulu- dulu zaman sekolah... hehehe... sayang Mira sangat- sangat >,<

Di kawasan taman Muzium negeri Melaka... Woaini Mira <3 hehehe


Event kelima: Seminar dan Pameran Literasi Bahasa 2012 :)

Alhamdulillah, event ni pun berjalan lancar.. Tugas sebagai Setiausaha program agak mencabar tapi ilmu ni lah yang penting untuk ditimba.. Apapun, semua dah selamat.. Yang baik jadikan pedoman.. Yang buruk jadikan sempadan.. :)

Selepas pameran :))


Event keenam: Holiday plus aktiviti kemasyarakatan di PULAU PANGKOR :)

Aktiviti bersama mentor dan classmate... yang ni baru lagi, pada 11 Oktober hingga 14 Oktober baru- baru ini..  Memang seronok sangat... Alhamdulillah, dapat eratkan lagi hubungan dengan mentor... :) dan paling best boleh cuba aktiviti air, banana boat best sangat! Semoga akan ada aktiviti yang best macam ni lagi... hehehe

Before naik banana boat.... hehehe eksaited =D


Event ketujuh: Majlis Pelantikan AJK BISA 2012/2013 pada 18 Oktober 2012

Bagi aku, tugasan sebagai AJK BISA amat berat bagi aku... Amanah yang diberikan ini rasa bagai tak terpikul.. Tapi, nak tak nak kena galas jugak.. Allah takkan uji seseorang hamba melebihi kemampuannya... Sedih terutama ketika melafazkan Baiah sebagai AJK BISA pada malam itu.. Janji dengan Allah.. Semoga kami semua dapat melaksanakan amanah ini... insyaAllah... 

Saat melafazkan Baiah sebagai AJK Surau :')


Ok, event- event di atas ni merupakan antara event terpenting yang berlaku dalam hidup aku dalam masa 2 bulan ni.. Tapi, sebenarnya, ada banyak lagi peristiwa bermakna yang terjadi.. Tapi tak dapat nak diceritakan di sini.. Hanya akan jadi memori yang terindah dalam hidup aku.. Semoga peristiwa- peristiwa ini akan sentiasa segar dalam lipatan ingatanku.. Semoga ia tidak berhenti setakat di sini... :) Thank you Allah for everything... :')


P/s: Peristiwa bakal menyusul: Raya korban dan Final Exam Semester 2... Wish me luck kawan- kawan!! >,<

Sekian, Wassalam :)

Saturday, August 11, 2012

Rebutlah peluang ini! INFAQ

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah (^_^) syukur pada Allah atas nikmat hidup yang dikurniakan... syukur dengan nikmat iman dan islam, syukur pada setiap rezeki yang Allah kurniakan... Hari ni dah menginjak ke hari-22 Ramadhan... Ya Allah... lagi 7 hari lagi saja kami akan berpuasa... Ya Allah ya Tuhanku, semoga ini bukan Ramadhan terakhir buatku.. Pertemukan lagi aku dengan bulan yang mulia ini... Aamiinn....

Pagi ni rasa best sangat...sebab dipilih Allah untuk sama-sama solat Subuh berjemaah di BISA... teringin sangat nak jadikan ia sebagai rutin... Harap berterusan walaupun bulan Ramadhan dah berakhir nanti.. Tabik pada roommate yang mudah je bangun untuk bersahur.. Aku ni susah sikit la nak bangun... Bila aku terjaga dengar bunyi alarm handphone, yang aku buat ialah cepat- cepat offkan alarm..tu je...hehe..tak reti- reti nak bangun...ish ish ish teruk betul aku...hehe =D

Tadi lepas solat Subuh, kami sama- sama baca ma'thurat... Then, Ustaz Puad bagi tazkirah Subuh... huishh, boleh tahan lama gak.. Aku dah tersengguk- sengguk dengar cerita ustaz pasal sahabat- sahabat nabi...hehe.. maaf tak tahan sangat.. Tapi bila ustaz bercakap soal 'infaq' iaitu sedekah harta di jalan Allah, terus bersemangat sikit aku dengar..hihi..Ustaz agak kesal dengan sahabatnya yang berharta yang disangka ingin turut serta menderma harta tapi menolak dengan berkata "Tak Nak"... MasyaAllah, apa salahnya wang berlebihan itu diinfaqkan ke jalan Allah, barulah berkat sikit rezeki tu nanti... Mungkin 'dia' tak tahu saham di akhirat yang boleh dilaburkan melalui sedekah yang kita buat ni, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini... Sebaliknya, ustaz cakap orang yang kurang berharta dan tak disangka- sangka ingin menderma pulak yang sudi bersedekah... Hmm, boleh nampak tak situasinya? Rezeki ni urusan Allah.. Bila- bila saja Allah boleh limpahkan, bila- bila masa jugak Allah boleh ragut kan? Mana tahu, rezeki kita bakal bertambah jika kita selalu bersedekah kan.... 

Sebagai pengajaran kepada aku dan kawan- kawan, bila dah bekerja, dah pegang banyak duit nanti, janganlah kedekut untuk bersedekah... Itu tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan.. Takpe, derma lah rm 2-3 ribu, tak larinya duit tu... Malah, kalau kita menderma untuk pembinaan masjid terutamanya, pahala tu kita akan dapat selagi mana  masjid itu digunakan.. Tak kan tak nak rebut peluang ini? Ustaz cakap, kalau kita bersedekah untuk pembinaan masjid, ibarat kita membina sebuah mahligai di syurga... Subhanallah... itu janji Allah.. Maka, terpulang pada kita sama ada ingin membina 'rumah kecil' di akhirat atau sebuah 'mahligai mewah' di akhirat nanti... Tepuk dada tanya iman... Wallahualam... 

Semoga entri ni bermanfaat untuk semua... Sekian, wassalam... :)

Thursday, August 9, 2012

Mood jiwang datang...haha

Assalamualaikum.... =) 

Apa khabar semua? hari ni dah hari ke-20 Ramadhan...begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita... tak lama lagi bulan mulia ini bakal melabuhkan tirainya...huhu... dapatkah lagi aku berjumpa bulan Ramadhan? Harapnya diberi kesempatan... Aamiinn... 

Aku sebenarnya banyak sangat kerja tapi aku tak tahu nak buat yang mana dulu... Hmm susah jugak bila banyak sangat sampai tak tau nak fokus yang mana satu..hehe.. pagi tadi aku pergi awal sikit ke kelas.. So aku duduk sorang- sorang kat tempat aku tu, aku pun cuba- cuba lah menulis something...
Dan... inilah hasilnya  hahaha jiwang jiwang jiwang ;D  ----------->

Aku benci pada yang memungkiri janji
Tapi aku juga salah seorang yang tuli
Tuli pada mata hati yang silap menilai
Malah mata hati yang tidak sesekali meragui
Salah aku kah?

Aku sangka sayang yang ditujukan hanya padaku
Walaupun aku dan dirinya tiada pernah mendeklarisakan
Aku anggap
Kami faham- faham sendiri

Namun...kini aku mengerti
Tiada kejujuran dalam "persahabatan" ini
Sedarlah... kata- katanya hanya pemanis di bibir
SEMATA

Aku kini berpijak di bumi yang nyata...

Hehe, amacam? Jiwang tak? haha, saja asah bakat cipta ayat... walaupun ada sikit kena mengena dengan diriku, tapi yang di atas bukan 100% cerita sebenar... =D

Oklah, got to go... Nak solat Zohor.. Sekian, wassalam...

Monday, July 30, 2012

Agama adalah nasihat: Hadis -7 Imam Nawawi

Assalamualaikum...

Kelmarin, first time aku hadiri kuliah agama di Baitul Qura' (BQ). Biasanya, aku tak tergerak hati nak pergi tapi semalam aku bersemangat nak join kawan- kawan yang lain.. Alhamdulillah, ada sesuatu yang Allah ingin berikan buat aku... Peringatan, supaya aku sentiasa berada atas track yang betul.. Manusia ni kena sentiasa diingatkan, sebab iman kita ni kadang- kadang bertambah, kadang- kadang berkurang.. Lagi takut andai iman kita ni jenis keluar masuk je..nauzubillah... Ya Allah, Kau tetapkanlah hati kami sesudah Engkau berikan hidayah kepada kami. Aaamiin ya Rabbal Aalamiin...

Ustaz yang sampaikan ceramah kelmarin bukan calang- calang orang. Sheikh Muhammad Nuruddin al- Banjari seorang yang sangat berilmu dan dihormati. Cara dia sampaikan ceramah pun sangat menarik. Suka aku mendengar... Topik utama semalam ialah mengupas hadis ke-7 dalam hadis 40 Imam Nawawi.


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.

قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Agama itu adalah nasihat...

Dan sekarang aku sedang berusaha untuk memberikan nasihat... (^_^) Walau aku bukan yang terbaik di antara kalian semua, tapi apa salahnya berusaha kan? kan kan kan? hehe 

Kriteria kekasih- kekasih Allah ada 3:

Pertama: Memiliki hati yang bening/ bersih

Benar- benar bersih: tiada hasad dengki, tiada dendam, tiada riak dan ujub.. Allah.. ;(
Kisah pengajaran di zaman Rasulullah SAW...ialah kisah Saiyidina Abdullah bin Salam yang mendapat jaminan syurga khas dari Rasulullah... 
Ada seorang sahabat yang ingin mengetahui apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Saiyidina Abdullah bin Salam sehingga beliau diberi jaminan syurga oleh Baginda. Sahabat melihat amalan beliau sama sahaja dengan yang lain.. Sehingga menimbulkan rasa pelik dalam dirinya.. Rupa- rupanya bezanya Saiyidina Abdullah bin Salam ini ialah beliau memiliki hati yang sangat bersih; tiada benci dan tiada dendam pada sesiapa pun..Seorang yang sentiasa berlapang dada dan akan memaafkan setiap kesalahan yang dilakukan padanya sebelum beliau tidur.. 

Mampukah kita mencontohi peribadinya? Sama- sama kita renungkan..

Kedua: Memiliki jiwa raga yang pemurah

Ditekankan di sini pemurah bukan hanya bermaksud pemurah dengan harta dan kekayaan tetapi banyak lagi cabang lain seperti pemurah dengan hatinya, nasihatnya, tenaganya, suaranya, ilmunya, fikirannya, dll.
Sebagai contoh, mukmin yang pemurah dengan tenaganya akan berusaha sesungguh hatinya untuk menunaikan solat terawih lebih rakaat, sentiasa cuba untuk membantu orang lain. Yang pemurah dengan ilmu dan nasihat tidak akan lokek untuk berkongsi dan menyampaikan dakwah kepada insan- insan di luar sana. Kalau nak jadi pemurah dengan harta, jangan kedekut untuk bersedekah.. (pesanan utk diri sendiri juga)

Ketiga: Sentiasa menasihati 

Bersesuaian dengan hadis di atas.. Agama itu adalah nasihat. Nasihat kepada orang yang berkenaan.. Tidak  ada yang terkecuali.. Even kepada pemimpin, ulama' dan orang awam. Semua perlukan nasihat. 

Semoga dapat menjadi renungan kita semua.. InsyaAllah, kalau ada lagi kuliah ustaz Sheikh Nuruddin, nak join lagi =)

P/s: Alhamdulillah akhirnya dapat beli tiket untuk balik pada Jumaat ni.. setelah melalui dugaan. Walaupun dapat berada 2 hari sahaja di rumah sebab IPG tak ambil cuti nuzul Quran, takpelah bersyukurlah dapat balik. Manfaatkan masa sepenuhnya! (^^)

Ok lah, dah lewat ni... Nanti nak tidur, esok nak bangun awal bersahur.. Pejam celik pejam celik esok dah hari ke- 10 berpuasa. MasyaAllah cepatnya. Hurm... Tak tau lah sempat atau tak nak khatamkan Quran bulan Ramadhan ni... Apapun, I'll try my best! InsyaAllah

Sekian, wassalam...

Wednesday, July 25, 2012

Yeay! Nak pose kat rumah =D

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah...Dah 5 Ramadhan hari ini... bersyukur masih bernafas untuk mengecap nikmat Ramadhan tahun ini... :)

InsyaAllah, kalau takde aral melintang, nak balik kampung minggu depan.. Cuti Nuzul Quran pada 6 ogos, so ada extra cuti sehari.. Boleh la berpuasa 2 hari di rumah... hehe... tak sabarnya nak berkumpul bersama ahli keluarga >,< Nak masak sama- sama... Nak buat popia dan aiskrim goreng dengan adik- adik...hehe... Tapi tapi tapi... aku tak boleh berharap sangat sebab tiket balik kampung belum beli lagi.. Harapnya, masih ada kekosongan... Petang nanti nak keluar beli tiket.. ya Allah, permudahkan urusan aku dan Shera untuk balik ke kampung. Shera mesti rindu kat famili dia jugak.. Hehe.. mula- mula Shera yang bersemangat nak balik, aku macam biasa je.. tapi sekarang macam aku pulak yang lebih excited dari dia.. hehe... Rindu famili sangat- sangat.... :(

Takpe takpe... Hmm, rasanya belum terlewat untuk buat checklist Ramadhan kali ini.. Semoga ia lebih baik dari Ramadhan sebelumnya... :)

Checklist!
  • Khatam quran at least sekali- Bila free time je, luangkan masa dengan membaca quran :)
  • Cuba sedaya upaya tak tidur balik lepas Subuh :) 
  • Tak tinggal sahur :)
  • Sembahyang sunat dulu sebelum bersahur :)
  • Cuba sedaya upaya tak tinggal tarawih, kecuali hal yang tak dapat dielakkan :)
  • Banyakkan berzikir :)
  • Banyakkan bersedekah :)
Ya Allah, semoga aku sentiasa istiqamah... Semoga aku bukan hanya laksanakan pada bulan yang mulia ni, sebaliknya berterusan untuk bulan- bulan seterusnya... :)

Teringat mesej "salam ramadhan" sahabatku baru- baru ini:

"Menantikan detik kedatangannya, Iman dan taqwa sebagai bekalan, Hati dan naluri mula berbicara, Ramadhan bulan merawat jiwa" ~ Ayuh rebut peluang di bulan Ramadhan ini untuk perbaiki amalan, mudah- mudahan hasilnya berkekalan 11 bulan yang mendatang...

Terima kasih sahabat atas ingatan tersebut. Moga Allah redha... Aamiinn...

Sekian, wassalam =)

Thursday, July 19, 2012

Well, adat dunia...

Assalamualaikum....

Update lagi kan? Macam takde kerja je kan? hehe... ada sebenarnya... dan BANYAK pulak tu assignment menanti untuk disentuh... TAPI.. biasalah aku ni kan malas.... entah, mood tak datang lagi.. lagi pun masih blur nak buat macam mana sebenarnya kerja kursus tu... Takpelah abaikan sekejap soal tu... :)

Nak cerita ni...petang tadi, lebih kurang pukul 3 lebih aku tunggulah sorang pakcik ni, mintak hantarkan pergi hospital sebab nak ambil second injection pencegahan hepatitis b.. Aku sorang- sorang je masa tu.. Tapi, alhamdulillah dia sanggup hantarkan dan tak minta caj lebih pun... Dia pun takde merungut macam sesetengah pak cik yang lain... Syukur urusan dipermudahkan.. =)

Bila nak balik semula ke IPG, aku call sorang pak cik ni (yang lain pulak)... Tanya punya tanya aku ada kat mana, semangat aku jawab ingat dia boleh ambil... Alih- alih lepas dia dapat tahu aku sorang je, terus dia suruh kol pak cik lain. Dia cakap ada nak hantar students kat tempat lain.. Pulak dah... = =" Hmmm... nampak sangat kan? Kalau ramai baru boleh ambil, kalau sorang buat tak layan je... Ye ye...Aku faham takut rugi... Tapi, apa salahnya kalau kita bantu orang lain kan? Dapat banyak pahala... Lepas tu, aku terus call pak cik yang hantar aku tadi.. Takde banyak soal pun, terus datang ambil.. walaupun aku sorang je..huhu... terharu.... baiknya pak cik... So di sini, aku dapat tengok sikap setiap manusia berbeza antara satu sama lain... well...adat dunia... bila kita dalam kesusahan, baru kita dapat nilai siapa yang benar- benar baik kan? Tabik pada insan yang memiliki sifat mahmudah ni... 

DAN... tiba- tiba, aku terfikir... kan best kalau aku bawak kereta ke IPG ni... Senang sikit aku nak pergi ke mana- mana... hehe... tapi for sure, aku yakin... banyak yang buruk dari baiknya kalau aku bawak kereta ni... Nanti asyik keluar je... Buang masa, buang tenaga dan yang penting buang DUIT...hehe... So, kuburkan niat tu ye anis... hehe... Habis cerita.

Tadi call ibu... dah lama sebenarnya tak call sebab ibu asyik sibuk je, malas lah nak kacau... tadi call pun sebab nak tanya update terkini dalam famili aku... Plus nak wish selamat berpuasa pada semua... Hehe... terubat sikit rindu di hati walaupun tak dapat bersua muka.. :D Takpe, lagi sebulan je kat sini, nanti balik lah... Sabar. SABAR. sabar... ;)

Akhir kalam, best jugak aktiviti bersama buddy petang tadi... dapat eratkan ukhuwah antara junior dan senior TESL... Buddy ku pun best! Harap dapat buat lagi aktiviti camni... =)

P/s: Lusa 1 ramadhan... selamat berpuasa ^_^ esok aku balik Seremban....hihi

Ok, sekian, wassalam

Wednesday, July 18, 2012

Health Session??

Assalamualaikum...

Alkisah hari ini... kelakar bila waktu kuliah diselitkan dengan "health session"... Tak sangka pensyarah ni pun aktif promosikan produk kesihatan... brand Nutrilite..seems good.. sebab 100% organic product... Kagum plus speechless bila tengok dia terangkan khasiat supplement- supplement ni semua ... Dah macam cikgu Biology pun ada sebab dia tahu semua pasal vitamin, mineral, etc etc. Dan.... paling rasa "ohh, apakah?" bila dia sangat bersemangat buat demontrasi tentang produk tu kat depan... Betullah orang cakap yang cikgu ni boleh jadi apa saja kan? hehehe... Suka :) Versatile!

Macam- macam produk yang ada tadi... Antaranya boleh rujuk SINI

Tapi aku paling berminat dengan produk Bio C Plus... Tahukah anda kita sepatutnya makan oren 5-7 biji sehari? Aku baru dapat tau tadi.. So, untuk menggantikan keperluan tersebut, kita boleh ambil supplement ni.

Selain tu, banyak khasiatnya: 

- Mengandungi anti-oxidants yang dapat mencegah penyakit kanser
- Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang (immune system)
- Menjaga sel kulit (kira nak kulit yang sihat ni, elok sangatlah makan ni)
(*semua dengan izin Allah)

So, tadi dia berjaya buat aku rasa nak beli supplement Bio C plus ni...Aku with a few of friends of mine tempahlah tadi... Mungkin esok dapat kot... hehe :)

P/s: Teringin nak jadi seseorang yang serba boleh, all rounded person... Macam mana ye? O.o Easy, with knowledge!! hehe

Oklah, sekian dulu untuk entry kali ini... It's time to wash my plenty of clothes..hehe.. Wassalam =)


Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan :)

Assalamualaikum...

Ramadhan dah dekat sangat... Ya Allah, semoga aku berpeluang untuk bertemu Ramadhan kali ini... Semoga ibu bapaku juga dipanjangkan umur mengecapi nikmat Ramadhan tahun ni... Dan semoga sahabat-sahabat, guru- guru, sanak saudara dan muslimin muslimat juga berkesempatan menyambut bulan yang mulia ni... Salam Ramadhan Kareem untuk semua.... (^_^)

P/s: Teringat lagu "Harapan Ramadhan"

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna....
Agar dapat kulalui dengan sempurna....
Selangkah demi selangkah....

Hehe, akhir kata... Selamat berpuasa! Wassalam :)

Saturday, July 14, 2012

Cerita Minggu Ini.....

Assalamualaikum...

Minggu ni boleh tahan busy....hehe... Kelas banyak yang sampai petang... Then, ada pelbagai program seperti: program 1 murid 1 sukan 1 Malaysia, Seminar PNB and kemuncak pada hari Khamis menganjurkan forum: "Mahasiswa Guru Peneraju Kebangkitan Ummah". Alhamdulillah semua berjalan lancar... :) Dah rasa lega sikit lepas dah habiskan program untuk BIG... 

Petang kelmarin pulak pergi makan besar kat Seoul Garden, MP dengan sebahagian classmates aku... Bagi yang kuat makan macam aku, memang best la kan?? Sangat banyak makanan....hee... daging, ayam, ikan, seafood, sayur, mi, nasi, aiskrim, air, jus, dessert, kuih semua ada... Ikut nak pilih dan ambil banyak mana. \ (^_^) / hehehe...bab makan- makan ni, aku la no. 1... Tapi, senak jugak perut nak habiskan semua makanan yang diambil... sebab kalau ada baki makanan, kena bayar...100 gm RM 5...haha...macam apa kitaorang makan semalam... Haishhh, bertambah gemuk la gamoknye...haha :D 

Apapun, aku tak kan jadikan makan makanan mahal ni sebagai kebiasaan... Kalau ada rezeki lebih, bolehlah makan kat sini.. Tapi, serius terkejut tengok ramai student IPG makan kat sana... Dah macam reunion dah ha....hehe... Ok lah, dah penat taip, jom tengok gambar pulak! hee =)

Senamrobik 1 murid 1 sukan 1 malaysia

Forum: Ahli Panel- YDP Badar UTeM dan YDP JPP IPGK PM bersama Moderator, En.Azman Aziz


Sebelum forum with mas...

Sebelum forum with shera...

Sebelum forum: shera dan mas...

Sebelum forum with munawwarah (budak seksi...hahaha)

Sebelum forum: shera with munawwarah

Before makan: at Seoul Garden

Tengah makan: at Seoul Garden

Ratu makan: Zatul and Mas...haha

Ratu aiskrim: Aku and Diyana...

Selepas makan: at Seoul Garden

P/s: Last weekend before Ramadhan =) Makan dulu...hehe

Ok, coretan dah selesai..Wassalam 

Sunday, July 8, 2012

Bertudung Labuh?

Assalamualaikum...

This is the third weekend of my second semester... Minggu ni berbeza sebab aku tak stay di maktab... aku stay kat Seremban, rumah mak saudara aku.. :) seronok sangat bila dapat berkumpul balik dengan sepupu-sepupu yang paling aku rapat masa kecik2 dulu....hehe... Ira dan Husna... Masing- masing dah besar...Dah habis sekolah... Dah ada cerita masing- masing... Malah dah ada haluan hidup kan? ;) Sayu bila fikirkan diri yang dah menginjak dewasa. Teringat zaman kanak- kanak dulu... Rindu!! Semua benda buat sama-sama dengan budak 2 orang ni... Antara kami bertiga, aku la yang paling tua, second husna, third ira.. Rapat seperti adik- beradik... So, bila berpeluang berjumpa macam ni, macam- macam cerita dikongsi.. 
K.A.M.I <3 Aku, Ira, Husna

Aku dan Ira (pinjam tudung Husna... :)

Topik yang paling hangat tentulah....hihihi... soal "cinta dan sayang".... Alhamdulillah, mereka berdua dah ada yang istimewa... Tumpang bahagia untuk mereka sambil fikirkan, "aku pulak bila lagi?" hehehe... (^^,) Tapi, tu bukan cerita yang paling best... Paling best bila kitaorang berbicara soal muslimah and islamik... Hmm, seriously mula-mula agak terkejut dengan perubahan Husna... Sekarang dah bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna... Alhamdulillah sangat... :) Ada cerita di sebalik cerita itu... Aku dan Ira senang dengan perubahan itu.. Dan kalau boleh nak ikut jejak husna juga...InsyaAllah, slow- slow... Semoga Allah permudahkan urusan kami... Aamiinn... =) 


p/s: Ramadhan Kareem dah dekat :) Semoga ku dapat bertemu Ramadhan tahun ini...

Sekian, wassalam

Friday, July 6, 2012

Spell-It_Right JAWI !!

Assalamualaikum...

Tadi a.k.a, semalam 5 Julai 2012, 9.30-11.30 pertandingan Spell It Right versi Jawi diadakan sempena FPI II. Setiap unit mesti hantar seorang wakil. Macam takde je budak kelas aku nak join, so aku pun masuklah.. Hehe...kelakar pulak rasa. Tak sangka aku masuk...hehe... Ada 24 peserta kesemuanya.. Dan terdapat 2 pusingan: yang pertama membaca teks bertulisan Jawi dan jika terpilih ke pusingan 2 barulah ada yang eja mengeja tu...

Aku tak dapat masuk pun pusingan kedua. Yelah, gagap, lambat pulak aku baca.. Takpe, semua ni pengalaman... Hehe yang penting dapat sijil... Yeay! Nak tambah koleksi... :)

Sebelum pertandingan...Nervous tapi masih boleh tersenyum...hehe .. Peserta ke-15
Ok la, dah lewat ni... Tidur dulu ye... Wassalam =)

Wednesday, July 4, 2012

Short story "LOVE??"

Nurina is alone. Sitting on the bench near that beautiful lake makes her recaptures the memories she had 7 years ago. It was the last day of her schooling years. There, she and her best friends, Yaya, Wan, Iza, Ati and Iqa spent their last moment together after sitting for Biology's SPM paper. They laid on the grass and talked about their future plans; about studies, careers to pursue and also about 'LOVE'! ? Most of them already had their special boyfriend at that time. Only Nurina and Iza were still single.

Nurina was known as a bookworm at school. Her role as the librarian made the nickname suited her even better. She was a brilliant student, who always got the flying colours' results in every examination. With the nerdy and low profile personality, she was never listed as a popular student at her school despite the cute face she has. But, she did not know someone had been stalking on her since she was in Form 2. The guy was actually a well known athlete in that school, playing for the football team who acted as the striker. Even though many girls love to approach him, his feeling over Nurina is still strong.




Tuesday, July 3, 2012

Tak Sangka!

Assalamualaikum...

Hehe, tak sangka dia pun ada blog.... Dalam duk sibuk study, sempat juga dia berblogging...Tapi katanya, bila ada mood, baru dia tulis.. Apa pun, harap-harap dia tak tension2 and just be strong... Semoga berjaya dan bahagia dunia akhirat... Aamiinn... =)

Saturday, June 30, 2012

Second weekend

Assalamualaikum.... =)

Hujung minggu kedua di Melaka.... Semalam plan nak pergi cycling kat Bukit Serindit... Tapi hujan pulak pagi tadi... Sedih... terpaksa batalkan niat.... tapi nak buat macam mana kan? Kita merancang, Allah yang menentukan. Takpelah ada hikmahnya.. Lagipun aku nak jalan pun susah jugak ni.. Jari kaki bengkak... Sebab petang semalam masa aku tolak pagar belakang asrama, pagar tu terpijak jari kaki aku... huhu sakit sampai bergenang air mataku.. tahan jela sakit masa tu... risau jugak takut apa-apa jadi kat jari kaki tu.. Hurm, rasa macam kena urut je nak betulkan balik urat... Tapi tak tau nak mintak tolong kat sape... Buat masa sekarang ibu suruh letak minyak panas, urut- urut sikit pastu balut... Harap- harap ok sikit nanti... Sekejap lagi nak kuar, nak beli bahan- bahan untuk kelas literasi bahasa.. Semoga dipermudah Allah... =)

P/s: Aku rasa aku ni memang jenis clumsy la bab- bab safety ni... huhu...ada je benda yang jadi kat aku... Apa boleh buat, inilah aku...hehe ;)

Ok, selamat berhujung minggu semua..... InsyaAllah petang ni kalau takde aral melintang, nak main squash.. Nak keluarkan peluh... Sekian, wassalam (^^)

Saturday, June 23, 2012

My sayings....

Assalamualaikum for all the readers of this blog.. 

This is the first weekend in my second semester... Supposedly we're going to handle "Interfaith Dialogue" program for the Festival Penghayatan Islam II tonight.. There is quite a problem but I really hope everything will be smooth so that this program will be succeeded. This is considered the mark for our BIG.

At this very second, I feel like I want to be at home, with my family members. Doing house chores together as well as cooking and baking; trying various new recipes of cooking. It must be really enjoyable I guess...Hurmm.. But I have another responsibility right now, as a college student. Studies is my priority..

Yes, I admit that I always wanted to have everything in my life. I want to have this, I want to have that, I want to do this and I want to do that... Seeing other people get that kind of thing, I want to have that too. Looking at other girls spending their times with their family, I want to do that too. But, isn't it greedy for  us asking for so many things since there are still many other people who got nothing at all? To be compared with them, we are much much more luckier. Alhamdulillah, thanks to Allah for everything.

I love to complaint, yet to criticize but at the same time, I don't forget to reflect myself. I am grateful for what I own. ( '' ,)

P/s: Actually, I want to post about what I had cooked during my last holidays but it seems that I wrote about other topic...hehehe.. It's okay. By the way, I cooked this pizza last time, and was helped by my beloved brother and sister. =)

Yum3, delicious!!

I think it's time for me to stop. Till we meet again. Wassalam

Tuesday, June 19, 2012

Apa cer? Cuti? Sem baru? Result?

Assalamualaikum...

Lama sangat aku tak update blog ni kan? Nak kata sibuk, takdelah sangat... Aku baru habis cuti 3 minggu. Ni dah naik semester 2. Bermakna ada lagi 6 semester sebelum aku tamat pengajian kat sini.. Dah tak lama sebenarnya, lebih kurang 3 tahun lebih saja lagi. Dan...selama 3 minggu bercuti, banyak sangat perkara yang aku buat... Bermula dengan wonderful holiday di Langkawi bersama beberapa orang coursemate aku. Then, pergi kenduri kahwin sahabat se-IPG aku di Kedah. Lepas tu, straight away balik ke Kuala Terengganu buat persiapan kahwin mak saudara bongsu aku. Lepas tu, balik ke rumah aku di Kemaman beberapa hari sebelum bertolak ke Cameron dengan famili mak aku.. Ada majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki pulak kat sana. Alang- alang tu kami jalan- jalan sekitar Cameron, ambil gambar dan shopping...hehe.. best sangat spent masa dengan famili. Lepas tamat semua program, barulah aku ada masa lepak- lepak kat rumah. Aku buat kek, pizza, ayam panggang dan lain- lain. Seronoknya cuti!!! (^___^)

Tak sangka cuti dah habis. Dan pada hari pertama kuliah kelmarin, aku dikejutkan dengan berita dah boleh check result untuk semester 1 baru- baru ini. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberi hadiah ini padaku.. Sungguh tak sangka dengan keputusan yang diperoleh. Apapun, tahniah kepada semua sahabat- sahabatku yang lain atas pencapaian masing- masing. Bersama-sama kita tingkatkan lagi usaha kita. InsyaAllah, amin....

Result aku seperti yang tertera di bawah:

3.59------------- + result sem 2,3,4, 5, 6, 7, 8 =======> dapatkan 3.8 ke atas

Sebenarnya, untuk dapat anugerah first class honour (pointer 3.8 ke atas) bila graduate nanti bukanlah perkara yang senang. Memandangkan aku score 3.59 untuk sem 1, so aku harus dapatkan at least 3.83 untuk setiap semester akan datang... Hurm, tak tau nak cakap apalah kan... Macam susah je kan? Takpelah yang penting cuba sehabis baik... Mungkin Aiza (TESL 2) yang dpat pointer 3.88 boleh capai target ini... InsyaAllah, semoga Allah bantu kita semua.. Aamiin...

Ok la, dah penat menaip, stop di sini dulu. Nanti aku update lagi.. Sekian, wassalam...

Tuesday, May 8, 2012

I wish I'll be a better person
I wish I'll become a better friend
I wish I'm a better family member
Than now I am...

But... I believe somehow or rather people will appreciate me 
For who I am
Not of me that people want me to be

Even I'm not the greatest person in the world
I know that everyone has their own specialties
Which will distinguish every each of us

You and me
We'll never be the same.
I am who I am
You are who you are

We're different
Humans are unique
That's because we are the God's creatures
That belong to Allah

Alhamdulillah for everything You've given to me
I am so thankful...

May the happiness that surrounds me 
makes my gratitude towards You grow bigger
And may the sorrow that might come across my life
will teach me to become a stronger person

InsyaAllah (^_^)


~Nur Awanis, the servant of Allah, 080512~



Saturday, May 5, 2012

Blog sebagai luahan hati...
Rindunya ahli- ahli di rumah!! Huhu, sedih.. :( Aku selalu macam ni, bila emosi kurang stabil, mulalah nak jadi homesick. Walaupun mungkin orang lain nampak aku ok, macam biasa je, tapi dalam hati orang tak tahu kan? Hurm, macam mana nak cakap ye? Perasaan tu sangat tak best. Aku rasa ada yang tak kena. Rasa macam tak ada orang sayang or ambil berat. Walaupun aku cuba nak rasa gembira, tapi aku rasa perasaan tu tak jujur. Walaupun aku ada kawan- kawan baik di sini, tapi tetap rasa something. Aku tak jumpa lagi yang betul- betul faham diri aku. And yang paling paling paling rapat dengan aku. Best friends tu ada. Rapat memang rapat... tapi.....hurm... tu la...  Aku dah cuba untuk faham orang lain. Mungkin perlu extra effort kot.Hihi..  Dalam konteks ni, akukah yang tak bersyukur?? hehee.. ampunkan aku... Bila aku ada masalah, aku selalu la terfikirkan famili terutama ibu aku. Yelah, nak mengadu, nak bercerita. Tapi... sedih juga sebab... ibu cakap.. "kenapa la anak- anak dia semua nak call ibu, cuba la call ayah pulak.. Cerita kat ayah pulak. Ibu dah banyak benda nak fikir, dengan masalah Nurul lagi..." Hurmm, dengar macam tu, terus aku terdiam, dah hilang mood.. Ok lah ibu, kalau ibu dah request macam tu, apa boleh buat kan? Lepas ni, Anis akan call ayah je kecuali kalau hal tu betul- betul penting. Anis tak kan peningkan ibu lagi dengan masalah Anis ni.. Sob3 ;( Kalaulah ibu tahu yang anak dia ni kalau boleh nak cerita semua yang berlaku dalam kehidupan seharian dia, yang gembira, yang sedih, yang kelakar kalau boleh semua nak dikongsi bersama dengan ibu. Tak sama perasaan tu kalau bercerita dengan ayah.. Tapi takpelah, diri ni faham.. Oklah, chill Anis >-< Kemas fail cepat!! Adiossss


Saturday, April 28, 2012

Assalamualaikum...

Aku jatuh hati pada ayat di bawah, entah siapalah yang tulis tu.. Mohon share ye.. ^^




Tuhan, aku tidak perlu orang sempurna untuk mendampingiku.. 
Aku hanya ingin orang yang mahu menjadi pelengkap kekuranganku..
Membuat aku merasa 'ADA', membuat aku tersenyum dan berkata 
'AKU BERUNTUNG MEMILIKINYA' 

Memang betul pun, kita tak perlu mencari teman yang sempurna kerana diri kita tiada yang sempurna.. Cukuplah kita dan dia saling melengkapi antara satu sama lain... Apa yang penting, dia menghargai diri kita, dan kita dapat merasai kebahagiaan bila hidup di sampingnya... 
Arghh, so sweet!! <3 Dan yang paling aku harapkan, dia akan berasa bertuah dapat memiliku... 
Hurm, entah siapalah si dia tu.. ;) 

Friday, April 27, 2012

Sukan Oh Sukan!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berakhir sudah minggu yang memenatkan.. Dan syukur Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 berjalan dengan jayanya.. Seronok sebab rumah Sri Tanjung (Jingga) dapat pencapaian yang membanggakan :) Pasukan senam tari dapat johan, perbarisan no. 3, tarik tali no. 2, lari 4 x 100m dan 200m dapat johan dan ada lagi yang menyumbang kepada mata rumah sukan. Even tak dapat menang keseluruhan, still gembira sebab kami dah buat yang terbaik.. ^^

Hujung minggu ini (Ahad) aku terlibat dengan Karnival Sukan IPT di UteM pulak... Kami jadi wakil IPG untuk perlawanan Futsal tapi aku just jadi reserved player. Haha, tak pernah main pun game ni tapi saja nak mencuba.. Best main, dapat lari2, kejar bola, sepak2, keluarkan peluh..hehe.. Hahaha, yang lawaknya masa latihan baru- baru ni, kitaorang kena lawan dengan team staff (sir marzuki, en.makrof, us. nasri & en. rahmat) dan...dan... aku asyik tersepak kaki pihak lawan je.. Sir Marzuki, En.Rahmat sibuk menganjing aku yang tersalah sepak kaki diorang.. Haha, nak buat macam mana, ter'over' semangat nak rampas bola masa tu... :D Jom kita tengok gambar sikit.......>

Futsal training with the staff....


Try to get the ball from En.Makrof.. He's a skilled player!


Futsal Team, Q.Fara, Shera, Nana, Khalilah, Q.Didi, Izzatul, Umairaa, Hawa, Tasha, Aku... :)


Hurm, masing- masing dah dapat jersi pinjam untuk hari perlawanan nanti.. Aku pilih jersi no. 3.. Harap- harap aku berpeluang bermain pada hari ahad nanti. Janganlah pemain utama saja yang dapat main. Bagi peluang reserved main jugak. Kalau tak, tak berbaloi kitaorang turun berlatih petang- petang kan? Hehehe ^^

Akhir kata, majulah sukan untuk Nur Awanis.. Haha XD Sekian, wassalam

Saturday, April 21, 2012

Merentas Desa dalam hujan...

Assalamualaikum... ^^

Alhamdulillah, rasa ok sikit lepas mandi dan tidur. First time IPGK Perempuan Melayu adakan aktiviti merentas desa..Dan first time jugak sepanjang hidup aku, berlari dalam hujan yang boleh tahan lebatnya.. Alhamdulillah, aku dan sahabat2 tak mengalami sebarang kecederaan... Malah, aku rasa berbangga dan happy bila ramai classmates aku yang dapat sumbang mata untuk rumah sukan masing- masing... ^_^ Semangat itu penting!!

Kategori A (pelajar PPISMP sem 2 dan PISMP sem 1)

Classmates yang dapat tempat: :)
1st: Nursyahida
2nd: Adila
3rd: Syazana
6th: Suhana
9th: Ain Azlan
12th: Me
14th? : Farhanah
15th?: Nabilah
18th: Mas Eka

Ok, let's scroll down the photos..hehe.. Sorry, the pictures are not so nice, because of my cheap hp..haha

awaniscloudy
Bersama sebahagian classmates sebelum merentas desa... :) Haisshh, tutup mata pulak aku.. haha


With shera, my roommate :)


Suhana and Adila :)


Suhana :)


Adila and Syazana :)


With Ain Azlan :)


Rumah Oren, Sri Tanjung :) Mas, Ila, Anis, Ain


Rumah Sri Kenanga :) K.Syeda and Ain Azlan


My Heart Will Go On... 


Ini hadiah saguhati yang aku dapat :) buku nota dan bekas pensel...hehe


Minggu depan, get ready untuk kejohanan Olahraga pulak... Aku hanya masuk Perbarisan..hehe ;D


And, within 3 weeks lagi, akan ada FINAL exam.. hoho.. takutnya!!! tapi, lepas tu cuti...yeay!! >,<


Ok la, gtg... Wassalam ;)

Lirik Lagu ~ Istikharah Cinta


Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

edho_sigma(at)yahoo.com

Thursday, April 12, 2012

Ukhuwah di hati...

Assalamualaikum...

Mood aku sangat baik lately..hehe yeke? padahal pagi tadi kurang ok sikit, biasalah masalah perempuan... hehe.. Actually, nak cerita pasal pengalaman mengikuti satu kem ni.. Kem FASSTrain IV, from 6th-8th April 2012 at SK Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong... :) 

Ni first time aku join kem bukan under IPG.. Kira ni terbuka kepada sesiapa yang berminat. Sebenarnya, kawan Ash yang ajak... Kami saja2 nak mencuba, tambah pengalaman dan kenalan.. Tak sangka ramai jugak yg turut serta dalam kem ni, hampir 150 orang.. Kebanyakan peserta ialah pelajar2 IPG dan UIA.. Best sangat dapat kenal ramai orang... eratkan ukhuwah sesama saudara seIslam.. :)

Memang banyak aktiviti kena buat..semuaya nak melatih kita menjadi fasilitator yang bagus.. Lagipun, boleh membantu kita sebagai bakal guru nanti... Kem ni betul- betul menguji ketahanan fizikal, mental, emosi plus rohani sekali.. hehe.. sampai sakit-sakit badan kami dibuatnya.. haha.. tapi takpe, pengalaman tu yang mahal, tak boleh dijual beli..

Dipendekkan cerita, aku nak highlightkan di sini yang aku sangat2 happy dapat kenal dengan ramai kawan- kawan baru yang satu kepala.. especially ahli group aku yang semua sporting habis.. Ziera, adik dijah, mimi, eton..:) rindunya kamu semua.. harap2 dapat jumpa korang lagi.. walaupun baru kenal 3 hari, tapi kemesraan mudah terjalin antara kita.. 




Bagi aku, 
Ukhuwah itu bukan nilainya diukur pada lama mana suatu perkenalan, tetapi bagaimana ia tersemat kukuh di hati, kekal dalam lipatan sanubari malah  kemanisannya sentiasa dapat dirasai walau waktu kian berganti... (^_^)

Sekali aku berkawan, selamanya tetap kawan... :)

Semoga ukhuwah yang terjalin, kekal selamanya... Ukhuwah fillah abadan abada... (=

Oklah, itu saja.. Nak sambung baca novel pulak.. Esok dah balik kampung!! Tapi sekejap je, sampai isnin..huhu.. takpe, asalkan boleh balik...

Sekian, wassalam...

Sunday, April 1, 2012

Dapat Baucer Buku !!

Assalamualaikum... ^^ Apa khabar teman- teman?

Lama sangat rasanya tak update blog...Biasalah musim assignment, sibuk sikit, tapi buat kerja kursus pun last minute juga.. Tak tahulah di mana hilangnya masa- masa aku...huhu.. Sedih pulak bila ingat pasal assignment Child Development.. Teruk sangat- sangat aku buat.. Memang for the sake of just doing it, mengarut gila kot.. Entah berapa lah dapat markahnya tu.. to my partner for task 2 CD, izzatul, sorry tau kalo dapat markah rendah.. hurm, semua salah aku.. malas sangattt!

Takpelah, lupakan sekejap pasal kecewa mr.assignment.. Hehe... ada pelangi menjelma selepas hujan... Alhamdulillah, dapat baucer buku RM 200... ^^ sangat- sangat happy sampai rambang mata nak beli macam- macam benda.. Baru sehari dapat baucer, dah gunakan RM 100... hehe.. beli novel 3 buah, fail dan buku resepi masakan (5 buah kot) hehe... macam takde benda lain nak beli kan? haha.. takpelah, mas cakap buat persediaan nak kahwin...kah3, mas selalu mengarut... padahal memang nak main masak- masak kat rumah.. Resepi semua nampak kaw2 je.. hehe.. Tak sabar nak cuba... =)

Oklah, tu je nak cerita...hehe.. Nak keluar outing sekejap... GTG! Wassalam (^^)V

Tuesday, March 13, 2012

Sakitnya.... huhu

Salam

Alhamdulillah, dah selamat buat pembedahan kecil untuk buang gigi geraham bongsu aku di hospital semalam (12 Mac 2012).. huhu.. lebih kurang sejam juga aku stay dalam bilik doktor norul azim tu.. wah, sakit sampai termenangis aku..huhu.. prosedur yang aku lalui; first, kena suntik ubat bius (banyak tempat jugak, sampai bibir dan pipi rasa tebal), then tunggu sekejap barulah belah gusi aku.. waaa, syukur masa ni tak sakit, next mulalah proses membuang gigi geraham aku ni..huhu, masa ni dah sakit, sabar jelah hati ni, doktor terpaksa suntik bius lagi supaya aku tak rasa sakit, and finally lepas dah cabut semua pieces gigi aku, masa untuk jahit balik gusi... huhu.. time ni boleh tahan sakitnya.. Tapi aku syukur sangat- sangat sebab pembedahan ni berjaya :) bangun je dari kerusi rawatan tu, dah tak boleh nak cakap pape dah.. sampai tak boleh nak ucap terima kasih kat doktor tu.. hehe.. lepas tu, pergi ambil ubat dekat unit farmasi.. haha.. yang kelakarnya nama yang ditulis "Nur Awang Mohd Zulkifli".. Hmm, ada pulak macam ni kan? ish3, betullah tulisan doktor ni memang tak boleh baca.. ;) 

Balik je rumah, terus makan ubat then menidurkan diri sampailah pukul 3.30 petang. Lama kan?? hehe.. Bila aku bangun, aku tengok, pipi aku dah bengkak, dah jadi besar sebelah... huhu... Sampailah ke waktu ni, masih bengkak... Aku harap esok- esok dah okay.. Huhu, rindu nak makan nasi... Lapar sih..hehe.. 

Teruk sangat bengkak... malu pulak nak kuar rumah... :(
Ok lah, nak masak bubur ikan lah... Salam ^^