Monday, July 30, 2012

Agama adalah nasihat: Hadis -7 Imam Nawawi

Assalamualaikum...

Kelmarin, first time aku hadiri kuliah agama di Baitul Qura' (BQ). Biasanya, aku tak tergerak hati nak pergi tapi semalam aku bersemangat nak join kawan- kawan yang lain.. Alhamdulillah, ada sesuatu yang Allah ingin berikan buat aku... Peringatan, supaya aku sentiasa berada atas track yang betul.. Manusia ni kena sentiasa diingatkan, sebab iman kita ni kadang- kadang bertambah, kadang- kadang berkurang.. Lagi takut andai iman kita ni jenis keluar masuk je..nauzubillah... Ya Allah, Kau tetapkanlah hati kami sesudah Engkau berikan hidayah kepada kami. Aaamiin ya Rabbal Aalamiin...

Ustaz yang sampaikan ceramah kelmarin bukan calang- calang orang. Sheikh Muhammad Nuruddin al- Banjari seorang yang sangat berilmu dan dihormati. Cara dia sampaikan ceramah pun sangat menarik. Suka aku mendengar... Topik utama semalam ialah mengupas hadis ke-7 dalam hadis 40 Imam Nawawi.


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.

قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Agama itu adalah nasihat...

Dan sekarang aku sedang berusaha untuk memberikan nasihat... (^_^) Walau aku bukan yang terbaik di antara kalian semua, tapi apa salahnya berusaha kan? kan kan kan? hehe 

Kriteria kekasih- kekasih Allah ada 3:

Pertama: Memiliki hati yang bening/ bersih

Benar- benar bersih: tiada hasad dengki, tiada dendam, tiada riak dan ujub.. Allah.. ;(
Kisah pengajaran di zaman Rasulullah SAW...ialah kisah Saiyidina Abdullah bin Salam yang mendapat jaminan syurga khas dari Rasulullah... 
Ada seorang sahabat yang ingin mengetahui apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Saiyidina Abdullah bin Salam sehingga beliau diberi jaminan syurga oleh Baginda. Sahabat melihat amalan beliau sama sahaja dengan yang lain.. Sehingga menimbulkan rasa pelik dalam dirinya.. Rupa- rupanya bezanya Saiyidina Abdullah bin Salam ini ialah beliau memiliki hati yang sangat bersih; tiada benci dan tiada dendam pada sesiapa pun..Seorang yang sentiasa berlapang dada dan akan memaafkan setiap kesalahan yang dilakukan padanya sebelum beliau tidur.. 

Mampukah kita mencontohi peribadinya? Sama- sama kita renungkan..

Kedua: Memiliki jiwa raga yang pemurah

Ditekankan di sini pemurah bukan hanya bermaksud pemurah dengan harta dan kekayaan tetapi banyak lagi cabang lain seperti pemurah dengan hatinya, nasihatnya, tenaganya, suaranya, ilmunya, fikirannya, dll.
Sebagai contoh, mukmin yang pemurah dengan tenaganya akan berusaha sesungguh hatinya untuk menunaikan solat terawih lebih rakaat, sentiasa cuba untuk membantu orang lain. Yang pemurah dengan ilmu dan nasihat tidak akan lokek untuk berkongsi dan menyampaikan dakwah kepada insan- insan di luar sana. Kalau nak jadi pemurah dengan harta, jangan kedekut untuk bersedekah.. (pesanan utk diri sendiri juga)

Ketiga: Sentiasa menasihati 

Bersesuaian dengan hadis di atas.. Agama itu adalah nasihat. Nasihat kepada orang yang berkenaan.. Tidak  ada yang terkecuali.. Even kepada pemimpin, ulama' dan orang awam. Semua perlukan nasihat. 

Semoga dapat menjadi renungan kita semua.. InsyaAllah, kalau ada lagi kuliah ustaz Sheikh Nuruddin, nak join lagi =)

P/s: Alhamdulillah akhirnya dapat beli tiket untuk balik pada Jumaat ni.. setelah melalui dugaan. Walaupun dapat berada 2 hari sahaja di rumah sebab IPG tak ambil cuti nuzul Quran, takpelah bersyukurlah dapat balik. Manfaatkan masa sepenuhnya! (^^)

Ok lah, dah lewat ni... Nanti nak tidur, esok nak bangun awal bersahur.. Pejam celik pejam celik esok dah hari ke- 10 berpuasa. MasyaAllah cepatnya. Hurm... Tak tau lah sempat atau tak nak khatamkan Quran bulan Ramadhan ni... Apapun, I'll try my best! InsyaAllah

Sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment

TQ