Saturday, January 28, 2012

Laptop dah Ok... Alhamdulillah

Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah, lappy aku dah ok, dah sihat sejahtera. Baru ambil dari kedai tadi. Lepas ni tak mahu sakit- sakit lagi ye... :D Aku dah masukkan antibody untuk mencegahnya dari segala macam influenza- influenza ganas.. Kaspersky, harap- harap lah internet security jenis ni ok... Kalau tak ok, alamat habis la duit kan?? Hurm...

Tadi, pukul 8 pm lebih, baru lepas hantar Nuar kat stesen bas Kuantan. Dah balik dah dia. Esok giliran aku pula. Tak nak!!! Tak nak!!! Tak nak!!! Tak nak balik jugak, tak kira!!! hehehe, menjerit kat sini pun macam lah ada orang layan kan? Terpaksa la redha.. Kan anis kan? Takpelah, nanti bulan 3 balik lagi. Kejap je lagi tu...Tak sabar rasanya... (>,<) hehe

Ok la, dah jam 1:27 pm sekarang ni. Nak tidur buat kali terakhir atas katil empukku ini. hehe... 
Goodnight semua.. :) Wassalam


Thursday, January 26, 2012

Polka Dots Muffin

Assalamualaikum kawan- kawan :)

Semalam kan, aku belajar buat benda baru. Jeng jeng jeng!!! Guess what? Aku buat muffin polka dots yang sangat cute.. Enjoy sangat buat benda tu.. hehehe.. credit to NURUL AFIQAH MOHAMAD, my high school friend yang sudi mengajar aku buat muffin tu. Walaupun mungkin kurang menjadi lagi kejadiannya, tapi takpe! Aku akan cuba lagi. Paling best bila buat corak pada muffin tu. Fiqah ajar aku buat corak strawberry, love and polka dots. Nanti aku nak try buat corak yang lebih menarik. Tunggu ye!!! (^_^)V

Maaf, tak dapat nak letak gambar muffin yang aku buat sebab laptop ni tak boleh bluetooth semenjak di format baru- baru ni. Usb pun tak ada. So, kosong jelah post kali ni. Nanti aku try tanya kat kedai baiki komputer. Harap- harap bolehlah lepas ni.. hehe..

Ok la, nak pergi ambil ibu dan firdaus dari sekolah. See you later! Wassalam

Seindah Hari Ini

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, aku bahagia dengan kehidupan aku pada hari ini, pada waktu dan ketika ini. Syukur sangat- sangat pada Allah.. :)) Gembira ditemani keluarga, saudara- mara dan sahabat handai..


Sebiru dan secerah langit, itulah harapanku pada masa hadapan nanti...
Setenang air di kali, ku mohon diberikan kekuatan hati yang sentiasa jauh dari resah gelisah...
Semoga esok hari lebih baik dari semalam dan hari ini.


Tuhanku, rahmatilah insan- insan di sekelilingku... Amiinn


With lots of love, ANIS