Thursday, August 9, 2012

Mood jiwang datang...haha

Assalamualaikum.... =) 

Apa khabar semua? hari ni dah hari ke-20 Ramadhan...begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita... tak lama lagi bulan mulia ini bakal melabuhkan tirainya...huhu... dapatkah lagi aku berjumpa bulan Ramadhan? Harapnya diberi kesempatan... Aamiinn... 

Aku sebenarnya banyak sangat kerja tapi aku tak tahu nak buat yang mana dulu... Hmm susah jugak bila banyak sangat sampai tak tau nak fokus yang mana satu..hehe.. pagi tadi aku pergi awal sikit ke kelas.. So aku duduk sorang- sorang kat tempat aku tu, aku pun cuba- cuba lah menulis something...
Dan... inilah hasilnya  hahaha jiwang jiwang jiwang ;D  ----------->

Aku benci pada yang memungkiri janji
Tapi aku juga salah seorang yang tuli
Tuli pada mata hati yang silap menilai
Malah mata hati yang tidak sesekali meragui
Salah aku kah?

Aku sangka sayang yang ditujukan hanya padaku
Walaupun aku dan dirinya tiada pernah mendeklarisakan
Aku anggap
Kami faham- faham sendiri

Namun...kini aku mengerti
Tiada kejujuran dalam "persahabatan" ini
Sedarlah... kata- katanya hanya pemanis di bibir
SEMATA

Aku kini berpijak di bumi yang nyata...

Hehe, amacam? Jiwang tak? haha, saja asah bakat cipta ayat... walaupun ada sikit kena mengena dengan diriku, tapi yang di atas bukan 100% cerita sebenar... =D

Oklah, got to go... Nak solat Zohor.. Sekian, wassalam...

1 comment:

TQ