Saturday, January 7, 2012

Ye, memang Grammar penting. Tapi...

Assalamualaikum WBT. Jam di handsetku menunjukkan jam 8.39 am. Hari ni hari minggu yang sungguh rileks. Disebabkan belum start kuliah, maka belum ada kerja nak buat. So, banyaklah free time nya kan? hee ;).. jap lagi, mahu outing.. Aku nak tampal gigi dan beli barang keperluan sikit. Harap- haraplah tak burn duit aku sangat, sebab purse dah mula nak kering ni.. huhu.. Risau jugak..

Ok berbalik pada tajuk entri di atas, topik aku mudah je. Sebagai seorang guru atau bakal guru English, sangat penting bagi kita untuk menguasai grammar. Cuba kita bayangkan, kalau kita update status di Fb dalam English yang rojak, salah grammar situ sini, apa pandangan orang lain pada kita? Orang akan cakap, "Budak ni ambil je course TESL, tapi grammatical error merata- rata." Segan kan?? Aku pun selalu salah grammar.. =,=' Buat malu je.. Sebab tu, kadang- kadang malas nak tulis status dalam English, kecuali bila aku betul- betul pasti apa yang aku tulis tu. 

Ye, penggunaan Grammar yang betul memang penting bagi teachers and teacher-to-be macam aku, tapi sampai bila aku nak malu- malu kucing kan? hehe, at least bila aku buat salah, orang akan tegur. Di sini, aku nak credit pada Sya yang sudi tegur aku bila salah. Terharu.. ;) Dan baru- baru ni pulak, kawan aku tanya aku, "Mu jarang ork tulis status dalam BI? dok nampok ane macam mu ambik course TESL" hurm, apa ye aku jawab, lupa dah.. hehee.. 

Nak bagi tahu kat sini, kita akan ambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu perkara. Selagi kita tak biasakan diri dengan benda tu, sampai bila- bila pun akan berada di takuk lama. Mudahnya di sini.. Kalau kita tak praktikkan ilmu yang dipelajari, macam mana kita nak tahu kita betul atau salah kan? So moralnya di sini, jangan malu- malu untuk belajar dari kesilapan.. Aku kena selalu menulis dalam English, supaya aku tahu di mana silapnya aku bila ada yang menegur. Kepada semua, tegurlah aku jika nampak kesalahan aku. Aku sentiasa akan terima dengan hati terbuka. Aku masih budak baru belajar. Chill ye kawan- kawan! (^_^) Wassalam

Friday, January 6, 2012

B'coz of her...

Assalamualaikum..


Tiba- tiba terlintas di fikiran untuk menulis sesuatu tentang "DIA". Mungkin sebab aku rindukan dia, huhu.

This is my beloved mother <3 <3<3


Ibu memang awet muda,.. selalu orang ingat ibu ni kakak aku..hehe..lawak je :D
I'm here in this world b'coz of her, my dearest mother. Berjuang antara hidup dan mati untuk memberi ruang kepadaku bernafas di muka bumi ini. Memang bila direnung kembali, memang tersangat3 besar jasa ibu kita yang telah mengandung dan melahirkan kita. Tapi  tanpa sedar, aku pernah lukakan hati dia. Aku pernah membantah cakap ibu. Aku mudah merajuk bila ditegur ibu. Aku jarang membantu ibuku..Jauh di sudut hati, aku rasa bersalah.. Maafkan aku, ibu.

Aku sayang sangat2 pada ibu. I think she's the best mother ever. Ibu seorang yang tenang, lembut tapi dalam lembutnya, ada ketegasan. Aku nak jadi seperti ibu. Seorang yang sentiasa berpegang pada prinsip. Kita mesti buat apa yang betul, jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Barulah dapat berkat hidup ni. Dalam hidup ni, jangan sesekali menipu, terutama berkaitan duit, sebab apa yang kita salur, guna pakai melalui duit tu, akan jadi darah daging kita. Hidup sentiasa rasa ada yang tak kena nanti.

InsyaAllah, aku akan sentiasa ingat pesan ibu. Tahun ni, ibu akan menyambut kelahirannya yang ke 46. Dah tua dah ibuku rupanya. Aku takut untuk kehilangan ibu. Buat masa ini, aku masih tak punya kekuatan untuk melepaskan ibu tapi jika itu takdir Allah, aku harus perlu reda. Jadi, aku harus sentiasa bersedia dari sekarang. 

Semoga aku menjadi kuat seperti ibu.. Amin. Wassalam





Wednesday, January 4, 2012

Dunia Baruku PISMP BI Jan 2012

Assalamualaikum..

Salam manis beserta madu, salam rindu ucap i miss u, salam ingatan kawan-kawanku, haaa tengah buat apa tu?? hehehe, berpuitis la pulak aku ni.. =D

Ok, straight to the point. Tahun baru 2012 dah bermula. Actually banyak perkara baru yang berlaku tahun ni. Mak aku tukar mengajar kat sekolah lain, nurul dah masuk sekolah menengah and the biggest thing, of course la I am now a student of PISMP BAHASA INGGERIS Jan 2012 intake.Sekarang aku sedang menjalani orientation week, minggu pengurusan pelajar baharu.

Memakai semula tudung srikandi@ tudung itik :)

 
Alhamdulillah.. sungguh tak sangka. Sekejap je masa berlalu. All praises to Allah. Pointer pun dah dapat baru- baru ni. Walaupun tak tinggi sangat, tapi yelah kan, apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat. Untuk degree ni, I will study harder.

Perkara- perkara baru yang akan aku lalui selepas bergelar pelajar program ijazah sarjana muda perguruan:

  • BIG (Bina Insan Guru)-------> 30 Jan- 2 Feb 2012... It's like camping and will teach us on  how to survive as a teacher in the future. Kot kot dihantar ke pedalaman, mana kita tahu kan? hee :)
  • PBS --------> Sem 1, Sem 2, Sem 3, Sem 4.. The nearest one will be on this March 2012.. Nervous and takut pun ada. InsyaAllah, aku akan buat di sekolah dekat area Kemaman je..
  • Praktikum-------> Sem 5, Sem 6, Sem 7. Hohoho, yang nilah aku paling takut.. Nak kena nilai oleh pegawai sambil speaking and ajar murid- murid. Buat masa sekarang, aku belum bersedia. Harap- harap bersedia nanti. InsyaAllah :)
I think that's all for now. Banyak lagi nak tulis, tapi nantila kot..hehee.. penyakit malas dah menyerang kembali. Ok, till we meet again :) Wassalam


Monday, January 2, 2012

Jam- Jam Terakhir di Rumah sob3

Assalamualaikum WBT...

Minggu ni sangat busy aku rasakan.. hari ni kemuncak segalanya.. Alhamdulillah, dah selesai hampir semua urusan.. Sedang rindukan suasana yang ceria di rumah.. Currently missiing my sis.. sob3 ;(( Tadi, adik perempuan aku, Nurul Afiqah dah selamat daftar di bekas sekolahku dulu, SMK Elit Mak Lagam. Maknanya, sorang lagi adik- beradik aku yang akan meneruskan legasi pembelajaran di sekolah tu. Berat hati nak hantar tadi. Bukan apa, aku takut dia sedih dan tak dapat sesuaikan diri kat sana. Tapi, alhamdulillah, dia nampaknya gembira. Dah jumpa kawan baru yang sebilik dengannya. Rumah ni dah mula sunyi, malah semakin sunyi. Tinggal ibu, ayah dan firdaus je.. :(

Nurul: sebelum hantar ke sekolah berasrama.. Sedih jer.. :(

Walau apapun, aku tetap berazam nak mulakan kehidupan baru sebagai pelajar ijazah sarjana muda perguruan di IPG Melaka. Semoga aku menjadi pelajar yang rajin, terang hati dan yakin pada diri sendiri. InsyaAllah.. Wish me the best friends!! :)

Ok lah, aku nak sambung kemas barang dulu.. mandi pun belum lagi ni.. GTG!! Wassalam

P/s: I will always miss my beloved family.. <3 nanti raya cina balik lagi!! tak sabar!