Saturday, October 1, 2011

Cerpen suka- suka Bab 2

Jam 10.50 pagi, Nissa tiba di perkarangan Mid Valley. Kawasan sekitarnya masih lengang, mungkin kerana masih awal lagi. Dia lantas bergerak ke arah restoran Secret Recipe, lokasi "blind date" mereka.

"Hurm, agak- agak mamat ni dah sampai ke belum ye? Umi cakap dia tu tinggi, pakai spek mata. Baju kalau tak silap warna coklat," ujar Nissa bermonolog dalam hatinya, sambil mencari- cari jejaka yang mempunyai ciri- ciri tersebut. 

Tiba- tiba, Nissa berasa berdebar- debar apabila terlihat seorang lelaki yang duduk membelakangkannya di sudut kiri restoran tersebut. Lelaki tersebut memakai kemeja kosong berwarna coklat. Dia berjalan perlahan- lahan mendekati jejaka itu dan berdehem sedikit.

"Assalamualaikum. Maaf bertanya, saudara ni Encik Haikal ke?" soal Nissa sopan. Bimbang juga jika tersilap orang, dia juga yang malu. Lelaki itu berpaling ke arahnya. "Oh, ya saya. Awak ni, Annissa? Tanpa sedar, Haikal mengukirkan senyuman. Nissa terpegun seketika melihat lesung pipit milik lelaki tersebut. Kemudian, setelah termalu akan tindakannya sebentar tadi, Nissa terus terangguk-angguk bagai burung belatuk.
"Annissa, duduklah. Jangan malu- malu, saya ni tak makan orang." Haikal cuba berseloroh bagi menghidupkan suasana yang lebih santai antara mereka. Kemudian, dia memanggil pelayan untuk memesan makanan. Setelah meneliti menu yang ada, mereka serentak berkata, "Blueberry cheesecake and Fresh orange please." Terkejut, tapi masing- masing tidak dapat menahan ketawa apabila mereka rupa- rupanya memesan menu yang sama. Ada kimia nampaknya antara mereka berdua.

"So, Annissa awak panggil aje saya Carl, tak perlu ber-encik-encik dengan saya. Lagipun, Carl dapat tahu yang ibu bapa kita dah lama kenal. Kata mama dan papa, ibu bapa kita berkawan sejak sama- sama melanjutkan pengajian di UK dulu."

"Oh betul ke Carl? Umi dan abi tak bercerita pula pasal tu. Anyway, Carl boleh panggil saya Nissa. Carl masih belajar atau dah bekerja?" Nampaknya, Nissa sudah mula berasa selesa untuk berbual- bual dengan Haikal. 

"Ok, let me tell u a lil bit about my background info. I'm 25 years old, baru bekerja selama 6 bulan di Megah Jaya Holdings sebagai junior architect. Before this, Carl studied at Nottingham University. Carl anak pertama dari 3 orang adik-beradik. Sekarang menetap  di Bangsar, dengan kawan- kawan. Nissa pulak macam mana?"

"Nissa study lagi sekarang ni, ambil degree in Biotechnology di UM. By the way, umur Nissa baru 23 tahun. Lagi setahun, Nissa akan tamat belajar. I'm the only child dalam famili, sebab tu umi dan abi sibuk benar nak carikan 'kawan' untuk Nissa." kata Nissa malu- malu.

Sambil berbual- bual, Nissa meneliti keperibadian Haikal. Baginya, Haikal seorang yang mudah mesra dan kaya dengan senyuman. Rupanya pun boleh tahan dan ada  karisma tersendiri. Namun, timbul sedikit musykil di hatinya sama ada Haikal sudah mempunyai teman istimewa atau belum. Hendak bertanya secara berdepan, malu pula rasanya. Sudahnya, dibiarkan sahaja soalan itu terbuku di hatinya.
Sejam kemudian, mereka bersetuju untuk keluar dari restoran itu. Sebelum itu, mereka bertukar- tukar nombor telefon. Sebelum berpisah, Haikal berkata, "Phone number Carl tu jangan simpan buat pekasam tau..hehe.. Kalau Nissa ada apa-apa hal, contact la Carl ye. Anggap je Carl macam abang Nissa. Lagipun, kampung Nissa dekat Kedah, jauh tu. Ada masalah, story je kat Carl tau." "InsyaAllah Carl. Thanks coz belanja makan tadi. Nice to meet you. Assalamualaikum." 

Masing- masing mengukir senyuman dan beredar mengikut arah masing- masing. Nissa menuju ke kedai buku Popular di tingkat dua manakala Haikal terus pulang ke rumahnya kerana ada perkara yang ingin diuruskan.






1 comment:

  1. wah.... cikgu bleh cipta cerita pendek sndri doh? mmg kemah.

    ReplyDelete

TQ