Sunday, October 21, 2012

Setelah Sekian Lama...

Assalamualaikum... :)

Setelah sekian lama tak update post kat blog, hari ini aku tak tau macam mana boleh rajin pulak nak mencoret- coret kat sini.. Dah hampir dua bulan kot tak tulis pape, last update masa bulan Ramadhan lalu... Apapun, dalam tempoh 2 bulan ni, terlalu banyak moments dan events yang berlaku dalam hidup aku..Banyak yang manis, tapi tak dapat lari dari yang pahit.. =D Adat kehidupan macam ni lah kawan- kawan.. hehe.. yang penting, think positive! barulah hidup ni akan bermakna... (^^,)

Event pertama: Raya Aidilfitri <3 seronok sangat beraya dengan family dan kengkawan... ('',)

Tahun ni tema hijau..hehehe Raya Pertama di kampung :)


Beraya bersama kengkawan TESMAL ~ open house rumah ct amirah :)

Event kedua: Hangout dengan kawan- kawan rapat :)

Dating dengan besties (Tehah and Ismah) memang best!! hehehe..Aku rasa bagaikan seorang traveller bila naik pengangkutan awam yang pelbagai jenis ni.. Dari bas ekspres ke ERL ke Rapid KL ke KTM semua aku naik...hehe.. Seronok sangat jalan- jalan dengan mereka... Shopping di Alamanda, masak- masak dinner (Tom Yam Kaw2).. Seronok!! Moga akan ada lagi pertemuan sebegini.. InsyaAllah (^_^)

Kami <3


Event ketiga: Kejohanan Skuasy Terbuka IPGKPM dan Tertutup Unit TESL 1 

Alhamdulillah, kami berjaya organize kejohanan skuasy ni.. Semua berjalan lancar dan aku rasa memang terbaik kejohanan ni.. Aku take part, walaupun menang saguhati je, at least sekarang ni aku dah boleh main skuasy sikit- sikit...hehehe... DAEBAK semua!! =D

After the match! =D Congratzzz to the winner.... 


Event keempat: A great day- out with Mira <3

Hurm, masa ni ramai kawan- kawan IPG yang balik.. So, kira macam lonely lah ni.. Hehehe... Tapi, aku bersyukur jugak semua balik.. Dapat jugak aku keluar dengan kawan baikku, Mira.. :) Kami jalan- jalan sekitar Melaka ni je.. Gi shopping di Dataran Pahlawan, jalan- jalan di A Famosa dan melawat Muzium Negeri Melaka.. hehe.. best- best... Masa pergi kami dihantar oleh 'kawan' Mira, masa balik naik bas panorama Melaka... :) Seronok sangat dating dengan Mira setelah sekian lama tak dating bersama macam dulu- dulu zaman sekolah... hehehe... sayang Mira sangat- sangat >,<

Di kawasan taman Muzium negeri Melaka... Woaini Mira <3 hehehe


Event kelima: Seminar dan Pameran Literasi Bahasa 2012 :)

Alhamdulillah, event ni pun berjalan lancar.. Tugas sebagai Setiausaha program agak mencabar tapi ilmu ni lah yang penting untuk ditimba.. Apapun, semua dah selamat.. Yang baik jadikan pedoman.. Yang buruk jadikan sempadan.. :)

Selepas pameran :))


Event keenam: Holiday plus aktiviti kemasyarakatan di PULAU PANGKOR :)

Aktiviti bersama mentor dan classmate... yang ni baru lagi, pada 11 Oktober hingga 14 Oktober baru- baru ini..  Memang seronok sangat... Alhamdulillah, dapat eratkan lagi hubungan dengan mentor... :) dan paling best boleh cuba aktiviti air, banana boat best sangat! Semoga akan ada aktiviti yang best macam ni lagi... hehehe

Before naik banana boat.... hehehe eksaited =D


Event ketujuh: Majlis Pelantikan AJK BISA 2012/2013 pada 18 Oktober 2012

Bagi aku, tugasan sebagai AJK BISA amat berat bagi aku... Amanah yang diberikan ini rasa bagai tak terpikul.. Tapi, nak tak nak kena galas jugak.. Allah takkan uji seseorang hamba melebihi kemampuannya... Sedih terutama ketika melafazkan Baiah sebagai AJK BISA pada malam itu.. Janji dengan Allah.. Semoga kami semua dapat melaksanakan amanah ini... insyaAllah... 

Saat melafazkan Baiah sebagai AJK Surau :')


Ok, event- event di atas ni merupakan antara event terpenting yang berlaku dalam hidup aku dalam masa 2 bulan ni.. Tapi, sebenarnya, ada banyak lagi peristiwa bermakna yang terjadi.. Tapi tak dapat nak diceritakan di sini.. Hanya akan jadi memori yang terindah dalam hidup aku.. Semoga peristiwa- peristiwa ini akan sentiasa segar dalam lipatan ingatanku.. Semoga ia tidak berhenti setakat di sini... :) Thank you Allah for everything... :')


P/s: Peristiwa bakal menyusul: Raya korban dan Final Exam Semester 2... Wish me luck kawan- kawan!! >,<

Sekian, Wassalam :)

1 comment:

TQ