Saturday, April 28, 2012

Assalamualaikum...

Aku jatuh hati pada ayat di bawah, entah siapalah yang tulis tu.. Mohon share ye.. ^^




Tuhan, aku tidak perlu orang sempurna untuk mendampingiku.. 
Aku hanya ingin orang yang mahu menjadi pelengkap kekuranganku..
Membuat aku merasa 'ADA', membuat aku tersenyum dan berkata 
'AKU BERUNTUNG MEMILIKINYA' 

Memang betul pun, kita tak perlu mencari teman yang sempurna kerana diri kita tiada yang sempurna.. Cukuplah kita dan dia saling melengkapi antara satu sama lain... Apa yang penting, dia menghargai diri kita, dan kita dapat merasai kebahagiaan bila hidup di sampingnya... 
Arghh, so sweet!! <3 Dan yang paling aku harapkan, dia akan berasa bertuah dapat memiliku... 
Hurm, entah siapalah si dia tu.. ;) 

Friday, April 27, 2012

Sukan Oh Sukan!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berakhir sudah minggu yang memenatkan.. Dan syukur Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 berjalan dengan jayanya.. Seronok sebab rumah Sri Tanjung (Jingga) dapat pencapaian yang membanggakan :) Pasukan senam tari dapat johan, perbarisan no. 3, tarik tali no. 2, lari 4 x 100m dan 200m dapat johan dan ada lagi yang menyumbang kepada mata rumah sukan. Even tak dapat menang keseluruhan, still gembira sebab kami dah buat yang terbaik.. ^^

Hujung minggu ini (Ahad) aku terlibat dengan Karnival Sukan IPT di UteM pulak... Kami jadi wakil IPG untuk perlawanan Futsal tapi aku just jadi reserved player. Haha, tak pernah main pun game ni tapi saja nak mencuba.. Best main, dapat lari2, kejar bola, sepak2, keluarkan peluh..hehe.. Hahaha, yang lawaknya masa latihan baru- baru ni, kitaorang kena lawan dengan team staff (sir marzuki, en.makrof, us. nasri & en. rahmat) dan...dan... aku asyik tersepak kaki pihak lawan je.. Sir Marzuki, En.Rahmat sibuk menganjing aku yang tersalah sepak kaki diorang.. Haha, nak buat macam mana, ter'over' semangat nak rampas bola masa tu... :D Jom kita tengok gambar sikit.......>

Futsal training with the staff....


Try to get the ball from En.Makrof.. He's a skilled player!


Futsal Team, Q.Fara, Shera, Nana, Khalilah, Q.Didi, Izzatul, Umairaa, Hawa, Tasha, Aku... :)


Hurm, masing- masing dah dapat jersi pinjam untuk hari perlawanan nanti.. Aku pilih jersi no. 3.. Harap- harap aku berpeluang bermain pada hari ahad nanti. Janganlah pemain utama saja yang dapat main. Bagi peluang reserved main jugak. Kalau tak, tak berbaloi kitaorang turun berlatih petang- petang kan? Hehehe ^^

Akhir kata, majulah sukan untuk Nur Awanis.. Haha XD Sekian, wassalam