Saturday, February 4, 2012

"Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta"

Assalamualaikum :)


Yang pertama, terima kasih kepada roommate, Nur Shahira Ismail yang telah mewar- warkan Contest Aku dan Quote: Sahabat Vs Cinta ini. (^_^) Menarik kan?? Teringin nak join... Harap- harap sempat lagi.

Aku memilih tema sahabat... tentu sekali kan? hehee.. saat baca je contest ni, aku terus terbayangkan wajah my bestie, Mira :) Kawan sejak bangku sekolah menengah sehingga sekarang, dan insyaAllah selamanya...


Ok, jawab soalan2 dibawah ni dengan JUJUR.


1. Cari satu gambar yg bersesuaian menggambarkan quote yg anda buat





Hidup ini lebih berwarna- warni dengan adanya kamu sahabat... Hope our friendship lasts until Jannah... InsyaAllah... :)

2. Kenapa anda pilih Quote tu ?


Sebab sememangnya hidup saya menjadi lebih indah dan ceria dengan kehadiran sahabat saya. Walaupun kami tidak belajar di tempat sama, namun hubungan kami masih akrab seperti dulu. Kami selalu share the great moments together, suka mahupun duka. Dia tempat saya meluahkan rasa. Thanks kawan... Saya berdoa persahabatan ini kekal selamanya, bukan sahaja di dunia, insyaAllah sampai syurga. Amin :)

3. Utk siapa Quote tu ditujukan?

Untuk insan yang berada bersama saya dalam gambar di atas... My BFF, Wan Nurul Amira Wan Mohd Redzuan. :)

4. Apa pandangan anda tentang Cinta Sejati atau Sahabat Sejati (ikut tema yg anda pilih.)

Sahabat sejati bagi saya sangat sukar dicari. Bukan boleh kenal dalam sehari dua. Ia mengambil masa yang lama untuk kita betul- betul pastikan dia sahabat yang akan bersama saat jatuh dan bangunnya kita. Sahabat sejati takkan berubah walau beribu jauh jarak memisahkan sebab dia sentiasa ada dalam ingatan dan bisikan doa kita. Saya berharap Mira adalah salah seorang sahabat sejati yang saya cari selama ini. InsyaAllah. Amin.

Ok, dah siap dah :)

Terima kasih semua. Sekian, wassalam.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1/2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, lepas balik je cuti Raya Cina baru- baru ni, kami (pelajar TESL 1, TESL 2 & PA) terus pergi Kem BIG. 30.1.2012-2.2.2012. 4 hari 3 malam. BIG ialah program luar bilik darjah yang wajib dijalani oleh pelajar- pelajar IPG seluruh Malaysia. Objektifnya, nak bagi pendedahan awal dan menyeluruh sebagai persediaan sebelum menjadi guru kelak. Sebagaimana BIG nya nama kem tu, BIG jugalah kesan program tu ke atas aku. :) Banyak perkara yang aku telah lalui, pelajari, hayati.. pengalaman yang sangat berharga lagi bermakna.. Terima kasih kepada semua yang terlibat.. :) Especially to my group members (GROUP 3)

Group kami, group 3 :)
Sebelum pergi, rasa takut- takut juga sebab dengar cerita BIG ni susah. Lagi satu cuak sebab kita akan dinilai sepanjang kem ni. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Semua selamat. Pensyarah pun bagi komen positif. Kami semua lulus dengan jayanya. :) Seronok sangat...

Banyak aktiviti yang telah dijalankan. Yang utama adalah aktiviti LDK dan kerohanian. Almost all melatih kita bercakap di hadapan, berani melontarkan pendapat dan berkongsi sesuatu pengisian. Yamg penting kejujuran dan keikhlasan dalam meluahkan idea. LDK tu lebih pada mengenal diri, potensi yang dimiliki serta bagaimana nak atasi kelemahan dan konflik yang dihadapi. Secara jujurnya, level of confident aku untuk bercakap di hadapan sangat low. Aku jadi nervous sangat- sangat sampai ada kala tak boleh kawal emosi. Tapi, bagi aku, inilah turning point untuk aku berubah. Cuba juga buat walaupun mungkin tidak sebaik peserta lain. Itu lebih baik daripada jadi passenger je kan? hehehe :D

Haa, selain tu, ada banyak lagi aktiviti best plus kaw kaw punya.. hehe.. Contohnya, kembara, water confident, kayak, berakit. Semua ni mencabar mental, fizikal, rohani dan spiritual kami semua. Tahniah semua kawan- kawan, kita berjaya harungi juga kan?? :))

Hari kedua. Kembara. Kalau nak cerita, mahu panjang lebar post kali ni kan? Cukup aku katakan, aku teruji sedikit sebagai ketua kumpulan. hehehe.. apa yang dapat aku ambil pengajaran ialah kita perlu buat persediaan yang cukup. Sebagai ketua kumpulan, aku bertanggungjawab ke atas semua ahli kumpulan aku.  So, kalau ada silap, tu semua salah aku. Lagi? Semangat berpasukan kena ada. Alhamdulillah, kumpulan aku sangat tinggi semangatnya. Kami bahagikan tugas. Paling tak boleh lupa time memasak dalam hutan. Nak hidupkan api, masak nasi pun ada tekniknya kan? Tips masak nasi yang cepat daripada En. Rosli Badron: masak air dulu sampai mendidih baru masukkan beras. Sekejap je masak. Lepas tu, kena masak ikan keli. First time dalam sejarah hidup aku, tengok ikan keli yang masih hidup kena ketuk dengan parang. Wah, Izzatul memang superb bab- bab mengetuk keli ni. Then, kami sama- sama siang dan bersihkan perut ikan. Memang licin ikan tu. Geli pun ada. Terpaksa la kan? hehe.. Dalam kesusahan, tentu ada manisnya kan? Masakan ikan keli kami menjadi rupanya. hehee.. sedap sangat ikan keli masak lemak cili api. Tip top! cuma kalau ada masa lebih lama, lagi best kot sebab ada ikan yang belum masak sepenuhnya. 

Ok2, dah penat baca kan? hehe..Let's zoom in gambar semasa aktiviti kembara kami.

Ni masa perjalanan pergi dalam hutan. Air dalam tong biru tu berat tau. hehe
Penjaga api kumpulan kami, ILA yang bersemangat waja kawal api dengan kak fa. :)

Sempat lagi bergambar tengah masak..hehe
Banyak kan ikan keli ni? Besar pulak tu..kekeke :D
Ikan keli dah jadi lauk. Sedap!!

Then, on the way balik, kami kena masuk paya, berendam lalu dalam tasik. Macam- macam.. Jom tengok gambar..

Masuk tasik.  Kena pegang tangan kawan- kawan. Jangan sampai terlepas. Menguji semangat kerjasama antara kami sebenarnya. Kesian kat kawan yang kecil saiznya, timbul kepala je... Sebab dalam jugak tasik ni.

Merentasi tasik sebelum naik ke darat. Susah jugak ni coz kena guna kekuatan organ  atas badan.
Next, aktiviti air pada hari ketiga, Rabu. Maaf, tak ada gambar nak letak sebab tak ada orang yang ambil gambar. Masa ni, semua berada dalam air. Aktiviti baru yang aku cuba ialah terjun dalam air tanpa pakai BA (hoho macam dah nak tenggelam diri aku ni), berkayak dan berakit manusia. Paling aku suka berkayak. BEST sangat! Tak puas lagi. Pengalaman sangat bermakna. Aku belajar teknik berkayak yang betul. Selain tu, belajar pelbagai nama kayak. Yang bentuk u (ottosport), bentuk semi circle (cellelum). Kami yang masih baru ni, guna yang bentuk u je, lebih stabil dan mudah dikawal. Teknik asas: pegang pendayung kena betul. Yang kena pada air mestilah kurang lebar permukaan pendayung supaya tak banyak tenaga kena guna. Selain tu, bila nak bergerak ke depan, sama- sama kaut air dari belakang bawa ke depan. Kalau nak undur, sebaliknya. Kalau nak ke kanan tanpa pusing, pendayung belakang dayung sebelah kiri, pendayung depan tahan pendayung dalam air sebelah kanan. Dan sebaliknya bila nak ke kiri. Aku sengaja tulis kat sini sebab aku takut nanti lupa teknik- teknik yang diajar. hehehe.. biasalah, aku kan cepat lupa. hehehe..

Untuk cabaran berakit betul dan rakit manusia, aku undur diri jadi ketua. Benda- benda macam ni aku kurang yakin. Serahkan pada Adila sebagai ketua. Memang hebat lah dia, tabik spring..hehehe. Bayangkan kena berlatih bawa orang sakit di tengah- tengah tasik guna kemampuan badan kita. 4 orang perenang (Ila, k.Fa, Didi, Zatul), 4 orang penyambung, (aku, ain, ateyn, ash) dan orang "sakit" (k.syaz). Jadi, kalau tak kuat fizikal ni, confirm tersadai kat tengah- tengah. Alhamdulillah, semua selamat. Syukur sangat. Berakit betul pula, kami ambil masa kurang dari 15 minit untuk sampai ke darat. Bukan senang tu sebab masa dayung rakit tu, rasa macam rakit kami tak bergerak. Rupanya, tu ilusi kita je. hehehe. :D

Hari ketiga malam. Ada malam kebudayaan dan slot pidato spontan. Kumpulan kami buat persembahan sketsa tentang perbezaan P&P zaman moden dan zaman tradisional. Next, kami nyanyi lagu Hijau by Zainal Abidin. Hurm, macam mana nak cakap ye? Kurang bersedia kot. Lagu tu pun tak ingat melodi nya. Lepas je persembahan kami, kami kena sound oleh seorang fasi ni. Dia cakap kami tak kreatif langsung. Bosan! Huhu, sedih jugak masa tu, tapi biarkan jelah. Tu hak dia nak kritik kami. Untuk pidato spontan, memang betul- betul spontan la kan? Tajuk yang diberi semua bertentangan dari prinsip wanita tetapi macam mana pun, pemidato kena juga sokong tajuk yang diberi. Antara tajuk paling hot ialah, "Pokok getah yang sudah tidak bergetah wajar dipotong, sama macam perempuan" & Wanita lebih baik bersuamikan lelaki tua yang kaya". hahaha, tajuk pun dah havoc kan? Apalagi suasana masa tu. Memang banyak bangkangan dari hadirin. Tapi, pemidato yang tampil di hadapan tetap menang sebab diorang memang superb! Ada je hujah membalas balik. Memang riuh suasana.. Terbaik!!!

Hari last, khamis. Ada senaman pagi macam biasa + main lawan game "goreng pisang". Then, kemas barang. Bersedia untuk slot refleksi kedua dan majlis perasmian penutup program BIG. Untuk refleksi, kebanyakan ketua kumpulan termasuk aku lebih memerihalkan aktiviti yang telah dilakukan. Sepatutnya, kena ada memerihalkan ditambah dengan masukkan unsur perasaan serta kaitkan dengan objektif program ni. Harap dapat perbaiki selepas ni. Lepas majlis dah tamat, turunkan khemah, masukkan barang dan alatan dapur dalam lori kemudian menuju ke bas. 

Lipat- lipat khemah nak balik. :)

10.50, bertolak pulang ke IPG. Alhamdulillah, dah tamat semua. Sampai bilik je, aku rendam baju, basuh kasut, terus tidur tak sedarkan diri. Hehehe.

Sekejap, sebelum terlupa. Aku belajar satu lagi kemahiran baru iaitu memasak untuk kuantiti yang ramai. Untuk jumlah 20 orang, masak 6 gelas beras, lepas tu sukat macam biasa, guna jari tengah. Tapi, ada jugak yang guna teknik lain.   Untuk lauk, serahkan pada yang pakar, Nur Fatin Afiqah. hehe.. Jom tengok kami masak:

Fatin yang pro memasak. ^_^

Kak Fa yang sungguh sempoi masak.. hehehe
Last but not least, syukur sebab takde sakit badan sangat lepas camping ni. Cuma muka lah yang burned dan kulit mengelupas, especially Shera. Takpe takpe, dah beli bedak sejuk. Tunggu nak pakai je. hehehe..

Gambar last ketika BIG :)) masa ni tak nampak lagi mengelupas kulit tu.

Kepada yang belum merasa apa itu BIG, tunggu ye. Best tau! (>,<) Tak tipu. hehehe... sekian sahaja coretan panjang lebar daripada awanis cloudy. Semoga dapat sama- sama berasa seronoknya pengalaman ini. Wassalam =)