Friday, February 10, 2012

Akhirnya..... Tercapai jugak...

Assalamualaikum.. :)

Hai awak- awak semua. Alhamdulillah, akhirnya tadi aku beli jugak sebuah basikal... Untuk kegunaan di IPG tercintaku ini. Nanti senang sikit nak pergi cafe, or jalan- jalan sekitar luar IPG. 

Sebenarnya, dah lama ada niat nak beli basikal, agak- agak dalam hujung tahun ni perancangannya. Tapi, entah macam mana tadi, aku terpengaruh pulak dengan suggestion dari kawan aku, IZZATUL HANI.. hohoho.. maka jadi jugak aku beli si basikal bertuah tu. Aku ni memang lemah hal- hal beli- belah ni, cepat je terpengaruh bab- bab membeli ni..hehehehe.. 

Takpelah, dah selamat beli dah. Harga: RM 280/- Ramai jugak yang cakap harganya mahal sikit.. Tapi ada lagi ea kedai lagi murah? Kat mana? Dah tanya ramai, tapi semua tak pasti. Takpelah, macam yang aku cakap tadi, basikal tu dah jadi milik aku dah pun. Alhamdulillah, rezeki hari ni.

Jom tengok gambar basikal baru aku... (^_^) V


Taraaaa!!! smart tak? :))


Ni masa petang tadi cuba bawak...hehe.. semangat..!!!


Ok, sekian dulu.. Jap lagi nak pergi surau BISA, tonton video menarik kat sana. :) InsyaAllah tidur kat sana untuk berqiamullail esok pagi. Harap- harap dapat bangun esok.. :))

Sekian, wassalam..

Thursday, February 9, 2012

" CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA"

Assalamualaikum.. Ini contest pertama aku join hari ni... 
" CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA" 
Walaupun dah last minute, sempat lagi ni..hehe


Kepada sesiapa yang berminat nak join, sila klik SINI :))


Kemudian, teka jumlah duit gambar di bawah...



Jumlah yang aku teka: RM 45.00 (tembak je...hehe)


IMPIAN SAYA (^_^)

Impian saya banyak sangat....  Tapi paling saya impikan ialah melancong dan travel ke tempat- tempat menarik di seluruh dunia. Nak rasa sendiri suasana negara orang :)

Ok, mission accomplished. Wassalam :)

Wednesday, February 8, 2012

"Contest Sweet Sour Friends by wan niahix & nur ay'ien"

Assalamualaikum... :)


Alamak...sempat lagi tak ni?? hehee..nak join contest Sweet Sour Friend... lagi 1 jam tamat penyertaan contest ni... Sempat kot.... (^_^)

Kepada yang berminat nak join..sempat lagi ni... hehe.. boleh klik SINI :))

Ok, aku pilih nak bercerita soal SWEET tentang my bestie and I... Jom layan...

Ok, my sweet friend yang pakai baju biru tu...hehe.. yang kanan tu aku laa.. =D


<3 KISAH SWEET KAMI <3

Kawan karib aku namanya Wan Nurul Amira binti Wan Mohd Redzuan, lebih mesra disapa Miera :)...  Mula bersahabat sejak di bangku sekolah menengah sampailah kini. Miera ni sangat sangat best! Understanding and happening!   Kelakar pun ada. Kami tak boleh jumpa, kalau jumpa pasti ada je benda nak gelak.. Hehehe.. tapi kan.... hehe.. jangan tak tahu.. dia cepat jeles tau.. hahaha.. nak nak masa zaman sekolah,time tinggal di asrama dulu. Dia pernah tulis surat kepada aku dan seorang lagi kawan yang aku agak rapat ketika itu.. Dia cakap dia sedih tengok aku lebih rapat dengan orang lain. Dia jeles... Sob3 ;( sedih je baca surat Miera.. Lepas dapat surat tu, barulah aku sedar yang Miera sangat sayangkan aku dan persahabatan kami. :)

Ok, kisah menarik seterusnya kami pernah travel bersama ke bumi Kelantan Darul Naim. Hehehe.. bunyi travel macam jauh sampai ke luar negara pulak...  :D Sebenarnya, masa tu cuti akhir tahun Form 4. Miera ajak aku teman dia bercuti di rumah nenek dia. First time pergi trip naik bas, sendiri sendiri tanpa pengawasan ibu bapa. Wah, rasa freedom sekejap!! hahaha Excited sangat masa tu.    hehehe. Kita orang pergi melawat tempat- tempat menarik kat sana. Lagi pula, rumah nenek dia dekat dengan Pasar Siti Khadijah. So, kira tu macam tempat wajib pergi la kan? hehehe :D Ada jugak kami berjalan kaki pergi muzium kat sana, then pergi shopping 2 orang. Rasa macam dah dewasa pulak time tu. Apa pun, memang tak boleh lupa la kenangan tu. (^_^) Sweet moment spent together...

Sekarang, kami masih keep in touch walaupun study di tempat berlainan. Walaupun kami dari dua bidang yang berbeza, aku bakal guru, dia pula bakal electrical engineer, kami tetap berkongsi bulan yang sama, tetap memandang langit yang serupa. Semoga akan ada banyak lagi kisah sweet antara kami. Sayang Miera sesangat!! :)) 

Sekian, wassalam (^_^)V



Short but Meaningful Contest

Assalamualaikum... :)


Join contest lagi..hehehe.. kali ni join contest "Short but Meaningful" =)

Photobucket

Sesiapa yang berminat, boleh join jugak... Klik SINI :))

Ok, setelah follow blog penganjur dan sponsor yang terlibat, tulis satu cerita yang ringkas tetapi bermakna. :) Haaa, macam mana tu? hehehe :)) 

Saya akan tunggu awak  :)

Dah bermacam- macam lelaki telah saya jumpa selama ini. (Walaupun baru hidup 20 tahun..hehe) Namun, semua dirasakan tak sesuai dengan diri ini. Bukan memilih, tetapi mungkin jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk saya sejak dulu belum lagi ditemui. Kenapa saya risau sangat pasal jodoh ye? hehe.. Sebenarnya saya risau takut tak kahwin sampai ke tua. :D Lagipun, sekarang ni saya belajar di IPG Kampus Perempuan Melayu, so memang takde students lelaki la kan? Pada fikiran tidak matang ini, selama 5 tahun setengah di IPG ini, sukar untuk saya cari seseorang yang boleh saya jadikan calon suami..Hehe.. Tapi, sebenarnya banyak hikmah perkara ini terjadi. Ia mendidik hati ini agar tak terleka dengan cinta dunia. Cinta sesama insan tak perlu dicari, bila dah tiba masa yang sesuai, insyaAllah, kita akan jumpa dia jugak kan? :) So, sementara tengah tunggu si dia datang meminang, saya kena persiapkan diri ini dengan sebaiknya dulu. Jadilah wanita yang baik sekiranya menginginkan teman hidup yang baik sebab "Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu jugalah sebaliknya." :)


So, to my "Mr. Right" out there: 

Sama- samalah kita memperlengkap diri kita dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Saya tak tahu siapa awak tapi saya akan tetap tunggu awak datang dalam hidup saya. InsyaAllah :))

Sekian, terima kasih. Wassalam

Derma Darah Lagi...hehehe

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, tadi dah selesai derma darah kali kedua. Kalau nak tahu, aku pemilik darah B. Tak sama dengan ayah yang berdarah O. Ibu rasanya darah AB. Emm, sebenarnya, tak beria- ia sangat pun semalam... Kesian kat roommate yang bersemangat nak derma tapi tak dapat sebab kesihatan tak mengizinkan.. Takpelah, lain kali insyaAllah ada lagi peluang tu.. =)

So, alang- alang kelas habis awal hari ni, bolehlah join sekali tadi. Syukur, masih diberi kesihatan fizikal. Tadi, terkejut melihat berat badan yang semakin bertambah....hohoho.. dah mula rasa runsing.. (Inilah masalah perempuan kan? hehe :p) Apa lagi, terus setuju bila roommate ajak berjoging petang ni...hehehe.. Misi ===> Kuruskan badan ke tahap ideal!! Cewahhhhh

Ok lah, sampai di sini dulu.... Sekian, Wassalam (^_^)V

P/s: Runsing memikirkan soal PBS nanti... Nak buat kat sekolah mana ye? Teruskan berfikir ye anis....

Contest Gambar Cute Face by Cahaya wahyu & Fazi isma

Assalamualaikum.. :)

Nak join contest lagi... Hehehe


Ini banner contest...




Kepada sesiapa yang berminat, jom join, sempat lagi tau!! hehe.. KLIK SINI =)


First of all, kena follow 3 blog dan 1 page kt fb... Semua tu done! :)

Blog 1

Blog 2

Page Geng Fiq'ra

Blog 3


Lepas dah siap semua proses di atas, tiba masa kita pilih gambar yang kita rasa paling comel kita pernah simpan.. Tak kisah berseorangan atau bersama kawan- kawan.. Hehehe, ok setelah berfikir panjang, aku decide nak pilih gambar di bawah... Taraaaaa!!!

Aku bersama geng IT- MAYA :)) miss u all....
Kenapa pilih gambar di atas? =)) Bagi aku, gambar ni sangat comel dan menggamit memori lalu. Now, I'm missing that lovely moment... Huhu... ;(  Ini gambar last sebelum cuti persekolahan Form 4 kami. Last day dah tu kami bergambar bersama sebelum pulang ke rumah masing- masing. Tak sangka, pejam celik pejam celik dah 3 tahun lebih masa berlalu... Aku doakan ukhuwah sesama kita kekal berpaut erat meski jarak memisahkan. InsyaAllah :)

Last but not least, kita kena tag 3 orang kawan kita... Calon- calonnya adalah:


Ok, mission accomplished. Sekian, wassalam (^_^)V

Monday, February 6, 2012

Photogenic Picture Contest!!!

Assalamualaikum.. :)

Aku nak join contest lagi...hehehehe.. Nampak hadiahnya menarik sangat tau... Menang kalah tolak tepi asalkan mencuba. Walau muka tak berapa nak photogenic, aku cuba ye.. hehe :D

Ini banner bagi contest ini. Cun kan??hehe.. Klik SINI :) untuk join!


Ok, lepas dah siap follow blog penganjur and like sponsor- sponsor yang terbabit, kini aku perlu tag 3 orang atau lebih kawan dan war- warkan contest ini. Insan- insan yang terpilih ialah : hehehe =)


Kemudian, letakkan satu gambar yang dirasakan paling fotogenik milik anda. Hehehe...bab ni yang malu sikit ni. Yang ni kot:


I love to smile... !! (^_^)

Simple je kan foto tu? Hehe.. Ok, done!
Sekian, wassalam =)

Segmen Tips: 5 Jenis Air Membantu Kurangkan Berat Badan

Assalamualaikum.. :)

Kali ni, aku nak berkongsi tips 5 JENIS AIR yang PATUT SELALU DIAMALKAN... Jangan risau, sumber ni aku dapat dari satu artikel yang reliable yakni boleh kita percaya... (^^) Ok, straight to the point..


1. Water (Air Putih)

We all know this one, but it’s important to remember that water is the single best choice for effective weight loss. Whether it’s still or sparkling, aim to make water your go-to beverage choice. Think water is boring? Try adding fresh lemon slices, lime, cucumber, and even a slice of tomato to add flavor without adding many calories.
2. Vegetable juice (Jus Sayur-sayuran)

Whether in a can, bottled, or homemade, vegetable juice is an excellent way to get the fiber and nutrients your body needs to fuel your weight loss. If you can find a low-sodium variety, even better. The veggies will keep you fuller longer and the tangy flavor will keep your taste buds happy.
3. Unsweetened tea (Teh tanpa gula)

Green tea has been proven to help boost metabolism and speed up weight loss. Try it hot or iced with a bit of honey for a low-sugar sweet drink. Don’t forget black and oolong teas, too! Both are filled with antioxidants, which can help rid your body of toxins.
4. Black coffee (Kopi hitam)

A morning cup of joe or an afternoon iced coffee can help spur your weight loss by providing a boost of caffeine that suppresses hunger. Also, coffee has been shown to stimulate thermogenesis, which heats up the body and boosts metabolism. Just be careful about what you add to your coffee — stick to skim milk and very little sugar.
5. Skim milk (Susu tanpa lemak)

Milk is an excellent source of lean protein, vitamin D, and calcium that can help build your muscles and keep your bones strong. Opt for low-fat or skim milk for all of the vitamins without the added fat. If you are feeling indulgent, add a little chocolate — low-fat chocolate milk is a great option for post-workout muscle recovery.
Source from: Reader's Digest Asia :)
*** So, minuman terbaik untuk mengurangkan berat badan dan paling menjimatkan tentu sekali air masak/ putih kan? Jangan berlengah lagi, amalkan gaya hidup sihat. Banyakkan minum air putih. InsyaAllah sihat sentiasa... (^^)V ***
Ok, sehingga bertemu lagi. Wassalam =)

Kalau dah minat tu.... apa pun jadi

Assalamualaikum... Kali ni aku nak post sesuatu, bukan contest tau..hehehe

Kita tidak akan pernah bosan melakukan sesuatu yang kita minat. Betul kan fakta di atas? :) Tapi, andai kata perkara yang akan kita buat tu, kita sangat- sangatlah tak minat, kita akan mencari 1001 alasan untuk mengelak..hehe.. Dan kita akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Kenapa agaknya ye? Mungkinkah faktor MALAS menguasai diri? 

Ok, di sini aku nak petik satu contoh. Aku sangat berminat membuat kek, muffins dan benda- benda yang cute lagi comel.. Walaupun aku belum terror dalam bidang tersebut, due to my deep interest, aku sanggup ulang- ulang kali mencuba. Sometimes aku search resepi kat internet, dalam buku and also mintak pada kawan yang turut berkongsi minat yang sama. Rasa bahagia buat benda yang kita minat ni takkan pernah sama dengan perasaan bila buat perkara yang kita tak suka. For example, aku rasa truly happy bila famili dan kengkawan aku tersenyum sambil makan kek hasil buatan aku. Bak kata orang, NIKMAT gembira tu lebih sikit... hehehe

Sebab tu lah, aku berazam nak cuba lagi buat pelbagai resepi yang menarik bila balik bercuti nanti. Pasal kos dan tenaga belakang kira. Yang penting, minat tu ada. Kalau dah minat tu... apa pun jadi..hehehe =))

Ok, jom tengok kek apa yang aku berminat nak cuba buat:

Kek Lapis Cheese Pesona

Super Moist Egg less Chocolate Cake

Kek Lapis Pandan Mocha
Amacam, nampak BEST sangat kan?? hehehe.. Semua ni aku ambil dari blog Dayang Jack-Dapurku Sayang... Resepi yang disediakan semuanya mengancam habis..hehehe.. Apalagi kawan- kawan... Let's try!! (^_^)V

Sekian dulu. Wassalam

Contest Teka dan Menang by Miera and Nabila

Assalamualaikum.. 
Sekarang, Anis nak join contest menarik yang seterusnya iaitu 




Klik sini untuk join ye kawan- kawan.... ^_^

Contest ni sangat menarik sebab ada main teka- teka bilangan bintang dalam bekas.. Sebenarnya, tak tahu macam mana nak teka bilangan sebenar.. Hehe, nampak dalam gambar macam sikit je kan? Takpelah, anis try.. hehehehe.. Ok, dah ada jawapan dalam fikiran ni.. Harap- harap betul lah. Aminnn

Ok, dah siap masuk contest ini. Sekian, Wassalam :))

Contest I Love Being Awesome



Assalamualaikum.. :)

Hai, today aku join lagi another contest. 
Contest I Love Being Awesome (^_^)V



Klik sini awesome untuk join...
Contest ini telah dianjurkan oleh Saudari Atiqah Maznan :)) Ia terbuka kepada sesiapa yang berminat nak join. Sebenarnya aku rasa sangat AWESOME bila sertai banyak contest ni!! Hehehe... macam dah jadi hobi baru pulak kan? Just for fun, tak salah kan? So, hopefully today will be an awesome day for you and me! Cheese!!! (^^)V

Sekian, Wassalam...

"Kata Kunci Strawberi" Contest

Assalamualaikum :)


Saya mahu join contest lagi..hehe.. Ni semua sebab tengok roommate syok menyertai contest tanpa henti. Semangat betul dia kan? hehe


Kawan- kawan... Boleh klik sini :) untuk join...
 Syarat- syarat penyertaan:


  • Follow blog Gades dan Wanni (wajib dan akan di semak)
  • Buat entri bertajuk "Kata Kunci Strawberi" 
  • Copy banner di atas dan linkkan sama ada gades atau wanni
  • Letakkan satu gambar mengenai tempat yang anda ingin pergi atau sudah pergi 
  • Buat ayat mengenai gambar yang anda letakkan dan kaitkan dengan kata kunci "strawberi", "hadiah" dan "kasih sayang
  • Contoh = Saya teringin ke / saya pernah pergi ke _______________ kerana ____________. 
  • Pastikan ketiga-tiga kata kunci itu ada dalam ayat anda 
  • Letakkan link di ruangan komen gades atau wanni 
  • Tarikh tutup 3 - 9 feb 2012 pada 12.00 tengah malam
Tempat yang bakal dan ingin saya pergi:


                               Ladang Strawberry di Cameron Highlands

Saya teringin sangat nak pergi ke Cameron Highlands sebab cuacanya sejuk, banyak bunga, tanaman dan paling penting boleh melawat ladang strawberi. Wah, mesti seronok kan dapat melawat ladang strawberi tu sendiri? Boleh kutip banyak- banyak gitu. Lagipun saya jeles tengok ahli keluarga yang dah pergi ke sana. Masa tu saya tak dapat ikut serta sebab tengah menduduki SPM (tahun 2009). Apa yang saya mampu buat ialah tengok gambar mereka tengah bergembira melawat kawasan sekitar sana... =,=' Tapi takpe, insyaAllah still ada lagi peluang saya ke sana.. hehe :D.. sebab...... mak saudara saya yang bongsu bakal berkahwin dengan orang Cameron pada bulan Jun nanti. So, saya akan ajak famili melawat ladang strawberi di sana! hehe (^_^).. Saya doakan ikatan kasih sayang yang bakal terjalin antara mereka kekal hingga ke akhir hayat. Sebagai hadiah istimewa buat mereka, saya akan buatkan sebiji kek yang special, semoga mereka sukakannya... :))

Sekian, terima kasih.

Sunday, February 5, 2012

What's Your Name Contest

Assalamualaikum.... JOM JOIN CONTEST LAGI!!!! (^_^)

Klik sini :) untuk join....

Ok, nama diberi ialah NUR AWANIS.... Mesti jarang dengar nama ni kan? :) Sebenarnya, cuma "Nur" yang ada maksud iaitu Cahaya. "Awanis" pula dah try cari dalam buku nama- nama Islam tapi tak jumpa. Tapi still ada jumpa beberapa orang yang nama sama dengan saya..hehe.. mungkinkan ada maksud yang tersembunyi? Wallahualam...

Mengapa saya dinamakan dengan nama NUR AWANIS?

Tentu ada kisah di sebaliknya kan? Actually, pada awalnya ibu saya ingin menamakan saya dengan nama Nur Nadhrah. (ayah pun dah besetuju). Ibu sangat berkenan dengan nama tersebut, lagipun maksudnya baik. Dah siap tulis dalam borang daftar nama dah, tunggu nak hantar je dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Tiba- tiba, apabila ayah pulang ke rumah, ayah terus minta borang tersebut dan padamkan nama asal dan tukar kepada nama NUR AWANIS. Ayah cakap, bapa saudara saya (Pak Lang) ada termimpi pasal nama yang sesuai untuk saya iaitu nama NUR AWANIS ni. Kira macam dapat ilham nama ini melalui mimpi gitu... hehehe (^_^) Maka, tanpa ragu- ragu ayah  pun hantar borang nama itu dan akhirnya inilah nama saya... NUR AWANIS BINTI MOHD ZULKIFLI.

Maksud nama panggilan saya?

Ok, nama panggilan saya pula ialah ANIS. Family dan kawan- kawan kebanyakan panggil Anis. Kalau ikutkan maksud dalam buku nama- nama pilihan dalam Islam, "Anis" bermaksud "yang mesra, teman setia". Bagi yang betul- betul kenali diri ini, memang saya seorang yang mudah mesra dan InsyaAllah boleh menjadi teman yang setia kepada anda semua. :) Jadi, jom jadi kawan saya. hehehe... :))

Hurmm, nampaknya dah panjang lebar saya bercerita tentang nama saya. Untuk makluman lanjut, boleh tanyakan di ruangan komen ye.. hihi..

Sekian, wassalam. (^_^)