Tuesday, March 13, 2012

Sakitnya.... huhu

Salam

Alhamdulillah, dah selamat buat pembedahan kecil untuk buang gigi geraham bongsu aku di hospital semalam (12 Mac 2012).. huhu.. lebih kurang sejam juga aku stay dalam bilik doktor norul azim tu.. wah, sakit sampai termenangis aku..huhu.. prosedur yang aku lalui; first, kena suntik ubat bius (banyak tempat jugak, sampai bibir dan pipi rasa tebal), then tunggu sekejap barulah belah gusi aku.. waaa, syukur masa ni tak sakit, next mulalah proses membuang gigi geraham aku ni..huhu, masa ni dah sakit, sabar jelah hati ni, doktor terpaksa suntik bius lagi supaya aku tak rasa sakit, and finally lepas dah cabut semua pieces gigi aku, masa untuk jahit balik gusi... huhu.. time ni boleh tahan sakitnya.. Tapi aku syukur sangat- sangat sebab pembedahan ni berjaya :) bangun je dari kerusi rawatan tu, dah tak boleh nak cakap pape dah.. sampai tak boleh nak ucap terima kasih kat doktor tu.. hehe.. lepas tu, pergi ambil ubat dekat unit farmasi.. haha.. yang kelakarnya nama yang ditulis "Nur Awang Mohd Zulkifli".. Hmm, ada pulak macam ni kan? ish3, betullah tulisan doktor ni memang tak boleh baca.. ;) 

Balik je rumah, terus makan ubat then menidurkan diri sampailah pukul 3.30 petang. Lama kan?? hehe.. Bila aku bangun, aku tengok, pipi aku dah bengkak, dah jadi besar sebelah... huhu... Sampailah ke waktu ni, masih bengkak... Aku harap esok- esok dah okay.. Huhu, rindu nak makan nasi... Lapar sih..hehe.. 

Teruk sangat bengkak... malu pulak nak kuar rumah... :(
Ok lah, nak masak bubur ikan lah... Salam ^^

Sunday, March 11, 2012

My 20 year-old age!!

Salam.. ^_^

Dah lama juga tak update blog ni... Almost two weeks I think... Sedar tak sedar dah 20 tahun usia aku.. hehe.. Ini menunjukkan aku dah hampir dewasa.. Ya Allah, kejap sangat masa berlalu.. terbayang- bayang lagi zaman aku sekolah rendah, sekolah menengah dulu... Zaman ketidak matured aku ni.. hahaa.. rindu pulak memorable moments masa dulu.. Geng- geng sekolah rendah, then bila masuk boarding school, ada geng sekolah menengah pulak, serious rindu nak melepak dengan korang- korang semua. Apa pun, masing- masing dah ada haluan tersendiri, dan alhamdulillah, aku terpilih menempuh jalan ini, sebagai bakal guru. =)

Dan, Alhamdulillah, syukur sangat- sangat Allah masih panjangkan usia aku... Allah juga masih panjangkan usia ibu bapa, famili, kawan- kawan dan cikgu- cikgu aku. Terima kasih Ya Allah.. Aku juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan hidup aku, may the same goes to you all.. ('',) Sempena 20 tahun aku hidup ni, aku sangat berharap I'll be a stronger person... Insan yang sentiasa bangkit apabila diuji, dan tak cepat menangis apabila masalah datang menimpa. Aku tau memang susah bagi aku, tapi berusahalah Anis.. jangan manja sangat ok?! hehehe

Akhir sekali, special thanks to my beloved ibu yang aku sayang selamanya, terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini... Tanpa ibu, siapalah aku... Terima kasih atas perjuangan ibu buat diriku 20 tahun yang lalu.. Mungkin beberapa tahun lagi, aku juga akan melalui pengalaman yang sama..hehe.. ok lah, semakin mengarut.. Wassalam... (^^)V