Assalamualaikum...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah (^_^) syukur pada Allah atas nikmat hidup yang dikurniakan... syukur dengan nikmat iman dan islam, syukur pada setiap rezeki yang Allah kurniakan... Hari ni dah menginjak ke hari-22 Ramadhan... Ya Allah... lagi 7 hari lagi saja kami akan berpuasa... Ya Allah ya Tuhanku, semoga ini bukan Ramadhan terakhir buatku.. Pertemukan lagi aku dengan bulan yang mulia ini... Aamiinn....
Pagi ni rasa best sangat...sebab dipilih Allah untuk sama-sama solat Subuh berjemaah di BISA... teringin sangat nak jadikan ia sebagai rutin... Harap berterusan walaupun bulan Ramadhan dah berakhir nanti.. Tabik pada roommate yang mudah je bangun untuk bersahur.. Aku ni susah sikit la nak bangun... Bila aku terjaga dengar bunyi alarm handphone, yang aku buat ialah cepat- cepat offkan alarm..tu je...hehe..tak reti- reti nak bangun...ish ish ish teruk betul aku...hehe =D
Tadi lepas solat Subuh, kami sama- sama baca ma'thurat... Then, Ustaz Puad bagi tazkirah Subuh... huishh, boleh tahan lama gak.. Aku dah tersengguk- sengguk dengar cerita ustaz pasal sahabat- sahabat nabi...hehe.. maaf tak tahan sangat.. Tapi bila ustaz bercakap soal 'infaq' iaitu sedekah harta di jalan Allah, terus bersemangat sikit aku dengar..hihi..Ustaz agak kesal dengan sahabatnya yang berharta yang disangka ingin turut serta menderma harta tapi menolak dengan berkata "Tak Nak"... MasyaAllah, apa salahnya wang berlebihan itu diinfaqkan ke jalan Allah, barulah berkat sikit rezeki tu nanti... Mungkin 'dia' tak tahu saham di akhirat yang boleh dilaburkan melalui sedekah yang kita buat ni, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini... Sebaliknya, ustaz cakap orang yang kurang berharta dan tak disangka- sangka ingin menderma pulak yang sudi bersedekah... Hmm, boleh nampak tak situasinya? Rezeki ni urusan Allah.. Bila- bila saja Allah boleh limpahkan, bila- bila masa jugak Allah boleh ragut kan? Mana tahu, rezeki kita bakal bertambah jika kita selalu bersedekah kan....
Sebagai pengajaran kepada aku dan kawan- kawan, bila dah bekerja, dah pegang banyak duit nanti, janganlah kedekut untuk bersedekah... Itu tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan.. Takpe, derma lah rm 2-3 ribu, tak larinya duit tu... Malah, kalau kita menderma untuk pembinaan masjid terutamanya, pahala tu kita akan dapat selagi mana masjid itu digunakan.. Tak kan tak nak rebut peluang ini? Ustaz cakap, kalau kita bersedekah untuk pembinaan masjid, ibarat kita membina sebuah mahligai di syurga... Subhanallah... itu janji Allah.. Maka, terpulang pada kita sama ada ingin membina 'rumah kecil' di akhirat atau sebuah 'mahligai mewah' di akhirat nanti... Tepuk dada tanya iman... Wallahualam...
Semoga entri ni bermanfaat untuk semua... Sekian, wassalam... :)