Saturday, June 23, 2012

My sayings....

Assalamualaikum for all the readers of this blog.. 

This is the first weekend in my second semester... Supposedly we're going to handle "Interfaith Dialogue" program for the Festival Penghayatan Islam II tonight.. There is quite a problem but I really hope everything will be smooth so that this program will be succeeded. This is considered the mark for our BIG.

At this very second, I feel like I want to be at home, with my family members. Doing house chores together as well as cooking and baking; trying various new recipes of cooking. It must be really enjoyable I guess...Hurmm.. But I have another responsibility right now, as a college student. Studies is my priority..

Yes, I admit that I always wanted to have everything in my life. I want to have this, I want to have that, I want to do this and I want to do that... Seeing other people get that kind of thing, I want to have that too. Looking at other girls spending their times with their family, I want to do that too. But, isn't it greedy for  us asking for so many things since there are still many other people who got nothing at all? To be compared with them, we are much much more luckier. Alhamdulillah, thanks to Allah for everything.

I love to complaint, yet to criticize but at the same time, I don't forget to reflect myself. I am grateful for what I own. ( '' ,)

P/s: Actually, I want to post about what I had cooked during my last holidays but it seems that I wrote about other topic...hehehe.. It's okay. By the way, I cooked this pizza last time, and was helped by my beloved brother and sister. =)

Yum3, delicious!!

I think it's time for me to stop. Till we meet again. Wassalam

Tuesday, June 19, 2012

Apa cer? Cuti? Sem baru? Result?

Assalamualaikum...

Lama sangat aku tak update blog ni kan? Nak kata sibuk, takdelah sangat... Aku baru habis cuti 3 minggu. Ni dah naik semester 2. Bermakna ada lagi 6 semester sebelum aku tamat pengajian kat sini.. Dah tak lama sebenarnya, lebih kurang 3 tahun lebih saja lagi. Dan...selama 3 minggu bercuti, banyak sangat perkara yang aku buat... Bermula dengan wonderful holiday di Langkawi bersama beberapa orang coursemate aku. Then, pergi kenduri kahwin sahabat se-IPG aku di Kedah. Lepas tu, straight away balik ke Kuala Terengganu buat persiapan kahwin mak saudara bongsu aku. Lepas tu, balik ke rumah aku di Kemaman beberapa hari sebelum bertolak ke Cameron dengan famili mak aku.. Ada majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki pulak kat sana. Alang- alang tu kami jalan- jalan sekitar Cameron, ambil gambar dan shopping...hehe.. best sangat spent masa dengan famili. Lepas tamat semua program, barulah aku ada masa lepak- lepak kat rumah. Aku buat kek, pizza, ayam panggang dan lain- lain. Seronoknya cuti!!! (^___^)

Tak sangka cuti dah habis. Dan pada hari pertama kuliah kelmarin, aku dikejutkan dengan berita dah boleh check result untuk semester 1 baru- baru ini. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberi hadiah ini padaku.. Sungguh tak sangka dengan keputusan yang diperoleh. Apapun, tahniah kepada semua sahabat- sahabatku yang lain atas pencapaian masing- masing. Bersama-sama kita tingkatkan lagi usaha kita. InsyaAllah, amin....

Result aku seperti yang tertera di bawah:

3.59------------- + result sem 2,3,4, 5, 6, 7, 8 =======> dapatkan 3.8 ke atas

Sebenarnya, untuk dapat anugerah first class honour (pointer 3.8 ke atas) bila graduate nanti bukanlah perkara yang senang. Memandangkan aku score 3.59 untuk sem 1, so aku harus dapatkan at least 3.83 untuk setiap semester akan datang... Hurm, tak tau nak cakap apalah kan... Macam susah je kan? Takpelah yang penting cuba sehabis baik... Mungkin Aiza (TESL 2) yang dpat pointer 3.88 boleh capai target ini... InsyaAllah, semoga Allah bantu kita semua.. Aamiin...

Ok la, dah penat menaip, stop di sini dulu. Nanti aku update lagi.. Sekian, wassalam...

Tuesday, May 8, 2012

I wish I'll be a better person
I wish I'll become a better friend
I wish I'm a better family member
Than now I am...

But... I believe somehow or rather people will appreciate me 
For who I am
Not of me that people want me to be

Even I'm not the greatest person in the world
I know that everyone has their own specialties
Which will distinguish every each of us

You and me
We'll never be the same.
I am who I am
You are who you are

We're different
Humans are unique
That's because we are the God's creatures
That belong to Allah

Alhamdulillah for everything You've given to me
I am so thankful...

May the happiness that surrounds me 
makes my gratitude towards You grow bigger
And may the sorrow that might come across my life
will teach me to become a stronger person

InsyaAllah (^_^)


~Nur Awanis, the servant of Allah, 080512~



Saturday, May 5, 2012

Blog sebagai luahan hati...
Rindunya ahli- ahli di rumah!! Huhu, sedih.. :( Aku selalu macam ni, bila emosi kurang stabil, mulalah nak jadi homesick. Walaupun mungkin orang lain nampak aku ok, macam biasa je, tapi dalam hati orang tak tahu kan? Hurm, macam mana nak cakap ye? Perasaan tu sangat tak best. Aku rasa ada yang tak kena. Rasa macam tak ada orang sayang or ambil berat. Walaupun aku cuba nak rasa gembira, tapi aku rasa perasaan tu tak jujur. Walaupun aku ada kawan- kawan baik di sini, tapi tetap rasa something. Aku tak jumpa lagi yang betul- betul faham diri aku. And yang paling paling paling rapat dengan aku. Best friends tu ada. Rapat memang rapat... tapi.....hurm... tu la...  Aku dah cuba untuk faham orang lain. Mungkin perlu extra effort kot.Hihi..  Dalam konteks ni, akukah yang tak bersyukur?? hehee.. ampunkan aku... Bila aku ada masalah, aku selalu la terfikirkan famili terutama ibu aku. Yelah, nak mengadu, nak bercerita. Tapi... sedih juga sebab... ibu cakap.. "kenapa la anak- anak dia semua nak call ibu, cuba la call ayah pulak.. Cerita kat ayah pulak. Ibu dah banyak benda nak fikir, dengan masalah Nurul lagi..." Hurmm, dengar macam tu, terus aku terdiam, dah hilang mood.. Ok lah ibu, kalau ibu dah request macam tu, apa boleh buat kan? Lepas ni, Anis akan call ayah je kecuali kalau hal tu betul- betul penting. Anis tak kan peningkan ibu lagi dengan masalah Anis ni.. Sob3 ;( Kalaulah ibu tahu yang anak dia ni kalau boleh nak cerita semua yang berlaku dalam kehidupan seharian dia, yang gembira, yang sedih, yang kelakar kalau boleh semua nak dikongsi bersama dengan ibu. Tak sama perasaan tu kalau bercerita dengan ayah.. Tapi takpelah, diri ni faham.. Oklah, chill Anis >-< Kemas fail cepat!! Adiossss


Saturday, April 28, 2012

Assalamualaikum...

Aku jatuh hati pada ayat di bawah, entah siapalah yang tulis tu.. Mohon share ye.. ^^




Tuhan, aku tidak perlu orang sempurna untuk mendampingiku.. 
Aku hanya ingin orang yang mahu menjadi pelengkap kekuranganku..
Membuat aku merasa 'ADA', membuat aku tersenyum dan berkata 
'AKU BERUNTUNG MEMILIKINYA' 

Memang betul pun, kita tak perlu mencari teman yang sempurna kerana diri kita tiada yang sempurna.. Cukuplah kita dan dia saling melengkapi antara satu sama lain... Apa yang penting, dia menghargai diri kita, dan kita dapat merasai kebahagiaan bila hidup di sampingnya... 
Arghh, so sweet!! <3 Dan yang paling aku harapkan, dia akan berasa bertuah dapat memiliku... 
Hurm, entah siapalah si dia tu.. ;) 

Friday, April 27, 2012

Sukan Oh Sukan!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berakhir sudah minggu yang memenatkan.. Dan syukur Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 berjalan dengan jayanya.. Seronok sebab rumah Sri Tanjung (Jingga) dapat pencapaian yang membanggakan :) Pasukan senam tari dapat johan, perbarisan no. 3, tarik tali no. 2, lari 4 x 100m dan 200m dapat johan dan ada lagi yang menyumbang kepada mata rumah sukan. Even tak dapat menang keseluruhan, still gembira sebab kami dah buat yang terbaik.. ^^

Hujung minggu ini (Ahad) aku terlibat dengan Karnival Sukan IPT di UteM pulak... Kami jadi wakil IPG untuk perlawanan Futsal tapi aku just jadi reserved player. Haha, tak pernah main pun game ni tapi saja nak mencuba.. Best main, dapat lari2, kejar bola, sepak2, keluarkan peluh..hehe.. Hahaha, yang lawaknya masa latihan baru- baru ni, kitaorang kena lawan dengan team staff (sir marzuki, en.makrof, us. nasri & en. rahmat) dan...dan... aku asyik tersepak kaki pihak lawan je.. Sir Marzuki, En.Rahmat sibuk menganjing aku yang tersalah sepak kaki diorang.. Haha, nak buat macam mana, ter'over' semangat nak rampas bola masa tu... :D Jom kita tengok gambar sikit.......>

Futsal training with the staff....


Try to get the ball from En.Makrof.. He's a skilled player!


Futsal Team, Q.Fara, Shera, Nana, Khalilah, Q.Didi, Izzatul, Umairaa, Hawa, Tasha, Aku... :)


Hurm, masing- masing dah dapat jersi pinjam untuk hari perlawanan nanti.. Aku pilih jersi no. 3.. Harap- harap aku berpeluang bermain pada hari ahad nanti. Janganlah pemain utama saja yang dapat main. Bagi peluang reserved main jugak. Kalau tak, tak berbaloi kitaorang turun berlatih petang- petang kan? Hehehe ^^

Akhir kata, majulah sukan untuk Nur Awanis.. Haha XD Sekian, wassalam

Saturday, April 21, 2012

Merentas Desa dalam hujan...

Assalamualaikum... ^^

Alhamdulillah, rasa ok sikit lepas mandi dan tidur. First time IPGK Perempuan Melayu adakan aktiviti merentas desa..Dan first time jugak sepanjang hidup aku, berlari dalam hujan yang boleh tahan lebatnya.. Alhamdulillah, aku dan sahabat2 tak mengalami sebarang kecederaan... Malah, aku rasa berbangga dan happy bila ramai classmates aku yang dapat sumbang mata untuk rumah sukan masing- masing... ^_^ Semangat itu penting!!

Kategori A (pelajar PPISMP sem 2 dan PISMP sem 1)

Classmates yang dapat tempat: :)
1st: Nursyahida
2nd: Adila
3rd: Syazana
6th: Suhana
9th: Ain Azlan
12th: Me
14th? : Farhanah
15th?: Nabilah
18th: Mas Eka

Ok, let's scroll down the photos..hehe.. Sorry, the pictures are not so nice, because of my cheap hp..haha

awaniscloudy
Bersama sebahagian classmates sebelum merentas desa... :) Haisshh, tutup mata pulak aku.. haha


With shera, my roommate :)


Suhana and Adila :)


Suhana :)


Adila and Syazana :)


With Ain Azlan :)


Rumah Oren, Sri Tanjung :) Mas, Ila, Anis, Ain


Rumah Sri Kenanga :) K.Syeda and Ain Azlan


My Heart Will Go On... 


Ini hadiah saguhati yang aku dapat :) buku nota dan bekas pensel...hehe


Minggu depan, get ready untuk kejohanan Olahraga pulak... Aku hanya masuk Perbarisan..hehe ;D


And, within 3 weeks lagi, akan ada FINAL exam.. hoho.. takutnya!!! tapi, lepas tu cuti...yeay!! >,<


Ok la, gtg... Wassalam ;)

Lirik Lagu ~ Istikharah Cinta


Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

edho_sigma(at)yahoo.com

Thursday, April 12, 2012

Ukhuwah di hati...

Assalamualaikum...

Mood aku sangat baik lately..hehe yeke? padahal pagi tadi kurang ok sikit, biasalah masalah perempuan... hehe.. Actually, nak cerita pasal pengalaman mengikuti satu kem ni.. Kem FASSTrain IV, from 6th-8th April 2012 at SK Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong... :) 

Ni first time aku join kem bukan under IPG.. Kira ni terbuka kepada sesiapa yang berminat. Sebenarnya, kawan Ash yang ajak... Kami saja2 nak mencuba, tambah pengalaman dan kenalan.. Tak sangka ramai jugak yg turut serta dalam kem ni, hampir 150 orang.. Kebanyakan peserta ialah pelajar2 IPG dan UIA.. Best sangat dapat kenal ramai orang... eratkan ukhuwah sesama saudara seIslam.. :)

Memang banyak aktiviti kena buat..semuaya nak melatih kita menjadi fasilitator yang bagus.. Lagipun, boleh membantu kita sebagai bakal guru nanti... Kem ni betul- betul menguji ketahanan fizikal, mental, emosi plus rohani sekali.. hehe.. sampai sakit-sakit badan kami dibuatnya.. haha.. tapi takpe, pengalaman tu yang mahal, tak boleh dijual beli..

Dipendekkan cerita, aku nak highlightkan di sini yang aku sangat2 happy dapat kenal dengan ramai kawan- kawan baru yang satu kepala.. especially ahli group aku yang semua sporting habis.. Ziera, adik dijah, mimi, eton..:) rindunya kamu semua.. harap2 dapat jumpa korang lagi.. walaupun baru kenal 3 hari, tapi kemesraan mudah terjalin antara kita.. 




Bagi aku, 
Ukhuwah itu bukan nilainya diukur pada lama mana suatu perkenalan, tetapi bagaimana ia tersemat kukuh di hati, kekal dalam lipatan sanubari malah  kemanisannya sentiasa dapat dirasai walau waktu kian berganti... (^_^)

Sekali aku berkawan, selamanya tetap kawan... :)

Semoga ukhuwah yang terjalin, kekal selamanya... Ukhuwah fillah abadan abada... (=

Oklah, itu saja.. Nak sambung baca novel pulak.. Esok dah balik kampung!! Tapi sekejap je, sampai isnin..huhu.. takpe, asalkan boleh balik...

Sekian, wassalam...

Sunday, April 1, 2012

Dapat Baucer Buku !!

Assalamualaikum... ^^ Apa khabar teman- teman?

Lama sangat rasanya tak update blog...Biasalah musim assignment, sibuk sikit, tapi buat kerja kursus pun last minute juga.. Tak tahulah di mana hilangnya masa- masa aku...huhu.. Sedih pulak bila ingat pasal assignment Child Development.. Teruk sangat- sangat aku buat.. Memang for the sake of just doing it, mengarut gila kot.. Entah berapa lah dapat markahnya tu.. to my partner for task 2 CD, izzatul, sorry tau kalo dapat markah rendah.. hurm, semua salah aku.. malas sangattt!

Takpelah, lupakan sekejap pasal kecewa mr.assignment.. Hehe... ada pelangi menjelma selepas hujan... Alhamdulillah, dapat baucer buku RM 200... ^^ sangat- sangat happy sampai rambang mata nak beli macam- macam benda.. Baru sehari dapat baucer, dah gunakan RM 100... hehe.. beli novel 3 buah, fail dan buku resepi masakan (5 buah kot) hehe... macam takde benda lain nak beli kan? haha.. takpelah, mas cakap buat persediaan nak kahwin...kah3, mas selalu mengarut... padahal memang nak main masak- masak kat rumah.. Resepi semua nampak kaw2 je.. hehe.. Tak sabar nak cuba... =)

Oklah, tu je nak cerita...hehe.. Nak keluar outing sekejap... GTG! Wassalam (^^)V

Tuesday, March 13, 2012

Sakitnya.... huhu

Salam

Alhamdulillah, dah selamat buat pembedahan kecil untuk buang gigi geraham bongsu aku di hospital semalam (12 Mac 2012).. huhu.. lebih kurang sejam juga aku stay dalam bilik doktor norul azim tu.. wah, sakit sampai termenangis aku..huhu.. prosedur yang aku lalui; first, kena suntik ubat bius (banyak tempat jugak, sampai bibir dan pipi rasa tebal), then tunggu sekejap barulah belah gusi aku.. waaa, syukur masa ni tak sakit, next mulalah proses membuang gigi geraham aku ni..huhu, masa ni dah sakit, sabar jelah hati ni, doktor terpaksa suntik bius lagi supaya aku tak rasa sakit, and finally lepas dah cabut semua pieces gigi aku, masa untuk jahit balik gusi... huhu.. time ni boleh tahan sakitnya.. Tapi aku syukur sangat- sangat sebab pembedahan ni berjaya :) bangun je dari kerusi rawatan tu, dah tak boleh nak cakap pape dah.. sampai tak boleh nak ucap terima kasih kat doktor tu.. hehe.. lepas tu, pergi ambil ubat dekat unit farmasi.. haha.. yang kelakarnya nama yang ditulis "Nur Awang Mohd Zulkifli".. Hmm, ada pulak macam ni kan? ish3, betullah tulisan doktor ni memang tak boleh baca.. ;) 

Balik je rumah, terus makan ubat then menidurkan diri sampailah pukul 3.30 petang. Lama kan?? hehe.. Bila aku bangun, aku tengok, pipi aku dah bengkak, dah jadi besar sebelah... huhu... Sampailah ke waktu ni, masih bengkak... Aku harap esok- esok dah okay.. Huhu, rindu nak makan nasi... Lapar sih..hehe.. 

Teruk sangat bengkak... malu pulak nak kuar rumah... :(
Ok lah, nak masak bubur ikan lah... Salam ^^

Sunday, March 11, 2012

My 20 year-old age!!

Salam.. ^_^

Dah lama juga tak update blog ni... Almost two weeks I think... Sedar tak sedar dah 20 tahun usia aku.. hehe.. Ini menunjukkan aku dah hampir dewasa.. Ya Allah, kejap sangat masa berlalu.. terbayang- bayang lagi zaman aku sekolah rendah, sekolah menengah dulu... Zaman ketidak matured aku ni.. hahaa.. rindu pulak memorable moments masa dulu.. Geng- geng sekolah rendah, then bila masuk boarding school, ada geng sekolah menengah pulak, serious rindu nak melepak dengan korang- korang semua. Apa pun, masing- masing dah ada haluan tersendiri, dan alhamdulillah, aku terpilih menempuh jalan ini, sebagai bakal guru. =)

Dan, Alhamdulillah, syukur sangat- sangat Allah masih panjangkan usia aku... Allah juga masih panjangkan usia ibu bapa, famili, kawan- kawan dan cikgu- cikgu aku. Terima kasih Ya Allah.. Aku juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan hidup aku, may the same goes to you all.. ('',) Sempena 20 tahun aku hidup ni, aku sangat berharap I'll be a stronger person... Insan yang sentiasa bangkit apabila diuji, dan tak cepat menangis apabila masalah datang menimpa. Aku tau memang susah bagi aku, tapi berusahalah Anis.. jangan manja sangat ok?! hehehe

Akhir sekali, special thanks to my beloved ibu yang aku sayang selamanya, terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini... Tanpa ibu, siapalah aku... Terima kasih atas perjuangan ibu buat diriku 20 tahun yang lalu.. Mungkin beberapa tahun lagi, aku juga akan melalui pengalaman yang sama..hehe.. ok lah, semakin mengarut.. Wassalam... (^^)V


Saturday, February 25, 2012

Saya Sayang Shera & Mas!!

Assalamualaikum :)

Hehe..tengah tengah malam yang buta ni, sempat lagi update blog kan? hehee.. Kenapa ye? Entah, tak tahu. Just feel that I want to write something here.. nak cot cet cot cet pasal shera dan mas.. hehee.. Kalau diorang baca blog aku ni, mesti terharu punya kan? hahaa, confirm!!! (^_^)

Baiklah, terlebih dahulu, aku nak perkenalkan watak- watak dalam entri aku kali ni.. Jeng3  >,<


Ini ialah Shera :)


Ini pulak mas eka :)




Thanks korang berdua sebab sudi jadi sahabat aku... hehe.. terharu.. tapi...macam kacau daun pulak aku ni kan? yelah, segan jugak sebenarnya korang kan bestfriend, tetiba aku pulak mencelah daunkan diri ni di antara korang.. Tapi takpe, aku tahu korang sebenarnya tak kisah, malah berbesar hati dengan kehadiran aku kan. Kan3 ? hehehe :D

Hurm... Walaupun kita bertiga berbeza personaliti, alah macam 3 orang penyanyi Beribu Sesalan tu.. Aku Jaclyn, Shera Ning Baizura, Mas Shila Hamzah (hehee, Mas jangan kembang suda!! hak3) tapi kita still boleh get along well kan? ^^ Aku tahu kadang kadang aku ni sukar diduga moodnya kan? Bila happy, nampak sangat aku happy, tapi bila tension, ada masalah je terus berubah air muka aku kan? Harap korang dapat terima kekurangan diri ini.. Sob3 

Ok, let's talk about Shera pulak.. Kalau nak tahu, Shera la yang paling alim antara kami..hehe.. tapi dalam pada tu, suka ketawa, kuat pulak tu..hahaa.. aku suka bergurau dengan shera.. shera ni mesra orangnya, peramah, suka tolong orang, pendengar yang baik.. dan.. apa lagi ye? seorang yang tetap pendirian.. dan MATANG!! hehe.. Paling aku tabik, shera tak pernah pun tunjuk dia marah kat seseorang.. (kontra habis dengan aku) Dia simpan je dalam hati.. Tapi kawan, bahaya buat macam tu.. Sometimes, kita perlu luahkan masalah kita agar kita tak menanggung beban perasaan yang terlalu berat. Remember that!

Mas pulak.. hurm.. Mas ni lembut dan ayu orangnya..hehe.. tapi dia ada sound trouble sikit..hak3.. gurau je mas.. :D jangan marah..hihi.. apa yang aku suka pasal mas ni dia seorang yang sentiasa cuba beri yang terbaik dalam apa yang dia buat.. contoh, masa buat pembentangan and time buat assignment.. good job mas!! aku suka buat kerja satu group dengan mas.. sebab kami sama sama jenis yang teliti masa buat kerja.. Lagi? mas ni best kalau dibuli..hehe.. suka usik mas... tapi harap mas tak simpan dalam hati ye.. Itu semua cobaan...haha

Walaupun kami bertiga nampak macam jenis yang skema, ikut arahan je, jangan ingat kami ni senang dibuli tau.. hahaaa.. takut tak dengar?? Tapi jangan risau, kami tak sampai lagi tahap budak- budak nerd asyik study, serious all the time. In fact, kami la yang selalu siapkan kerja last minute tau.. hihi.. And kami pun punyai otak yang gila gila jugak.. Satu kepala je sebenarnya.. hehe.. Cuma, bila hidup di IPG ni, ditambah pulak memegang status bakal pendidik, memang kami tak suka nak timbulkan masalah.. Pada kami, what you give, you get back.. Bila kita bagi kerjasama, dan tak susahkan orang dengan masalah kita ni, insyaAllah urusan kita akan dipermudah kelak..Amin.. :)

Di sini, aku dedikasikan ucapan terima kasih pada korang berdua.. Bak kata Delisa (2012), aku sayang kamu berdua kerana Allah! :)) Aku faham yang tak semua orang boleh terima diri dan personaliti aku, tapi cukuplah kalau korang berdua yang setia di sisi sepanjang perjalanan mengharungi liku-liku kehidupan di IPG ni.. Friends until Jannah.. InsyaAllah (^^)

Shila, Jaclyn n Ning :D


Ok, dah lewat ni.. Kalau Shera dan Mas baca entry ni, say something kat ruangan komen please.. sama ada korang setuju tak dengan apa yang aku tulis.. hehe.. Sekian, wassalam.

Friday, February 24, 2012

I Love Dr. Annisa's Class!!!

Assalamualaikum... :)

I dedicated this entry to a lecturer I admire, Dr Annisa Nor Jettey..
 She teaches us Linguistics for this semester.. 
At first, I thought she is a scary person.. 
People said she is super duper strict..hehe..
 Yes, I admit that,  she's a little bit strict.. but isn't it good for us to have a teacher like her? So that, we will be well prepared always.. Right?? :D
And, trust me, the more u get to know her, the more you will respect and salute her. Wherever she go, she'll contribute much to that place.. 
During her time teaching secondary schools few years back then, and also when she was a language officer at JPN... She made much changes..!! 
 I want to be like her too.. >,< Do good things for people without even care for the reward.. Sincere and always pray the best for others... 
One more thing, I really enjoy her class.. She is really good at grabbing our attention. I like her teaching style. Even the period of her lecture sometimes reach 2-3 hours, it doesn't make me feel bored at all. Sometimes, she prepared mini games or activity for us... Which are indeed, interesting..!! 
And the last and most important, she tries her very best to make us become a good English teacher like her. A teacher who is always honest to her job, with the intention to engage the students' interest in learning English. That's the true TEACHER... ^_^ I'm so motivated right now..hahaa

essential elements to be good in English:

* exposure
* practice
* opportunity <----this, i'm not sure..hehehe

I think I had enough for today.. :) Till we meet again, wassalam...

Friday, February 17, 2012

MuSiM Assignments...

Assalamualaikum.. :)

Dah lama jugak tak update blog.. sibuk sangat...hehehe... lagi pun, entah tak ada mood nak menaip entry..huhu..

Sekarang ni musim assignments..hoho..kebanyakannya nak kena submit next week.. So, macam kurang ada masa la kan? Mujurlah kelas habis awal biasanya.. Setakat ni dah dapat 3 kerja kursus.. tambah dengan nak hantar portfolio BIG... and for sure banyak lagi bakal menyusul.. Fuhh.. tak sabar nak siapkan kerja- kerja ni semua..tapi masalahnya susah..huhu.. memang kena usaha lebih.. dan dengan itu, aku stop kan dulu entri aku untuk kali ni.. Please pray for my success in studies...

Before that, aku nak share satu quote yang aku curi dari fb adik aku..hehe.. (tanpa izin)... Boleh kita renung- renungkan =)

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan , air mata kerana ibubapa 1 penghormatan , air mata kerana kekasih 1 penyesalan , air mata kerana ALLAH 1 keberkatan :)

Sekian, wassalam :)

Friday, February 10, 2012

Akhirnya..... Tercapai jugak...

Assalamualaikum.. :)

Hai awak- awak semua. Alhamdulillah, akhirnya tadi aku beli jugak sebuah basikal... Untuk kegunaan di IPG tercintaku ini. Nanti senang sikit nak pergi cafe, or jalan- jalan sekitar luar IPG. 

Sebenarnya, dah lama ada niat nak beli basikal, agak- agak dalam hujung tahun ni perancangannya. Tapi, entah macam mana tadi, aku terpengaruh pulak dengan suggestion dari kawan aku, IZZATUL HANI.. hohoho.. maka jadi jugak aku beli si basikal bertuah tu. Aku ni memang lemah hal- hal beli- belah ni, cepat je terpengaruh bab- bab membeli ni..hehehehe.. 

Takpelah, dah selamat beli dah. Harga: RM 280/- Ramai jugak yang cakap harganya mahal sikit.. Tapi ada lagi ea kedai lagi murah? Kat mana? Dah tanya ramai, tapi semua tak pasti. Takpelah, macam yang aku cakap tadi, basikal tu dah jadi milik aku dah pun. Alhamdulillah, rezeki hari ni.

Jom tengok gambar basikal baru aku... (^_^) V


Taraaaa!!! smart tak? :))


Ni masa petang tadi cuba bawak...hehe.. semangat..!!!


Ok, sekian dulu.. Jap lagi nak pergi surau BISA, tonton video menarik kat sana. :) InsyaAllah tidur kat sana untuk berqiamullail esok pagi. Harap- harap dapat bangun esok.. :))

Sekian, wassalam..

Thursday, February 9, 2012

" CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA"

Assalamualaikum.. Ini contest pertama aku join hari ni... 
" CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA" 
Walaupun dah last minute, sempat lagi ni..hehe


Kepada sesiapa yang berminat nak join, sila klik SINI :))


Kemudian, teka jumlah duit gambar di bawah...



Jumlah yang aku teka: RM 45.00 (tembak je...hehe)


IMPIAN SAYA (^_^)

Impian saya banyak sangat....  Tapi paling saya impikan ialah melancong dan travel ke tempat- tempat menarik di seluruh dunia. Nak rasa sendiri suasana negara orang :)

Ok, mission accomplished. Wassalam :)

Wednesday, February 8, 2012

"Contest Sweet Sour Friends by wan niahix & nur ay'ien"

Assalamualaikum... :)


Alamak...sempat lagi tak ni?? hehee..nak join contest Sweet Sour Friend... lagi 1 jam tamat penyertaan contest ni... Sempat kot.... (^_^)

Kepada yang berminat nak join..sempat lagi ni... hehe.. boleh klik SINI :))

Ok, aku pilih nak bercerita soal SWEET tentang my bestie and I... Jom layan...

Ok, my sweet friend yang pakai baju biru tu...hehe.. yang kanan tu aku laa.. =D


<3 KISAH SWEET KAMI <3

Kawan karib aku namanya Wan Nurul Amira binti Wan Mohd Redzuan, lebih mesra disapa Miera :)...  Mula bersahabat sejak di bangku sekolah menengah sampailah kini. Miera ni sangat sangat best! Understanding and happening!   Kelakar pun ada. Kami tak boleh jumpa, kalau jumpa pasti ada je benda nak gelak.. Hehehe.. tapi kan.... hehe.. jangan tak tahu.. dia cepat jeles tau.. hahaha.. nak nak masa zaman sekolah,time tinggal di asrama dulu. Dia pernah tulis surat kepada aku dan seorang lagi kawan yang aku agak rapat ketika itu.. Dia cakap dia sedih tengok aku lebih rapat dengan orang lain. Dia jeles... Sob3 ;( sedih je baca surat Miera.. Lepas dapat surat tu, barulah aku sedar yang Miera sangat sayangkan aku dan persahabatan kami. :)

Ok, kisah menarik seterusnya kami pernah travel bersama ke bumi Kelantan Darul Naim. Hehehe.. bunyi travel macam jauh sampai ke luar negara pulak...  :D Sebenarnya, masa tu cuti akhir tahun Form 4. Miera ajak aku teman dia bercuti di rumah nenek dia. First time pergi trip naik bas, sendiri sendiri tanpa pengawasan ibu bapa. Wah, rasa freedom sekejap!! hahaha Excited sangat masa tu.    hehehe. Kita orang pergi melawat tempat- tempat menarik kat sana. Lagi pula, rumah nenek dia dekat dengan Pasar Siti Khadijah. So, kira tu macam tempat wajib pergi la kan? hehehe :D Ada jugak kami berjalan kaki pergi muzium kat sana, then pergi shopping 2 orang. Rasa macam dah dewasa pulak time tu. Apa pun, memang tak boleh lupa la kenangan tu. (^_^) Sweet moment spent together...

Sekarang, kami masih keep in touch walaupun study di tempat berlainan. Walaupun kami dari dua bidang yang berbeza, aku bakal guru, dia pula bakal electrical engineer, kami tetap berkongsi bulan yang sama, tetap memandang langit yang serupa. Semoga akan ada banyak lagi kisah sweet antara kami. Sayang Miera sesangat!! :)) 

Sekian, wassalam (^_^)V



Short but Meaningful Contest

Assalamualaikum... :)


Join contest lagi..hehehe.. kali ni join contest "Short but Meaningful" =)

Photobucket

Sesiapa yang berminat, boleh join jugak... Klik SINI :))

Ok, setelah follow blog penganjur dan sponsor yang terlibat, tulis satu cerita yang ringkas tetapi bermakna. :) Haaa, macam mana tu? hehehe :)) 

Saya akan tunggu awak  :)

Dah bermacam- macam lelaki telah saya jumpa selama ini. (Walaupun baru hidup 20 tahun..hehe) Namun, semua dirasakan tak sesuai dengan diri ini. Bukan memilih, tetapi mungkin jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk saya sejak dulu belum lagi ditemui. Kenapa saya risau sangat pasal jodoh ye? hehe.. Sebenarnya saya risau takut tak kahwin sampai ke tua. :D Lagipun, sekarang ni saya belajar di IPG Kampus Perempuan Melayu, so memang takde students lelaki la kan? Pada fikiran tidak matang ini, selama 5 tahun setengah di IPG ini, sukar untuk saya cari seseorang yang boleh saya jadikan calon suami..Hehe.. Tapi, sebenarnya banyak hikmah perkara ini terjadi. Ia mendidik hati ini agar tak terleka dengan cinta dunia. Cinta sesama insan tak perlu dicari, bila dah tiba masa yang sesuai, insyaAllah, kita akan jumpa dia jugak kan? :) So, sementara tengah tunggu si dia datang meminang, saya kena persiapkan diri ini dengan sebaiknya dulu. Jadilah wanita yang baik sekiranya menginginkan teman hidup yang baik sebab "Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu jugalah sebaliknya." :)


So, to my "Mr. Right" out there: 

Sama- samalah kita memperlengkap diri kita dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Saya tak tahu siapa awak tapi saya akan tetap tunggu awak datang dalam hidup saya. InsyaAllah :))

Sekian, terima kasih. Wassalam

Derma Darah Lagi...hehehe

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, tadi dah selesai derma darah kali kedua. Kalau nak tahu, aku pemilik darah B. Tak sama dengan ayah yang berdarah O. Ibu rasanya darah AB. Emm, sebenarnya, tak beria- ia sangat pun semalam... Kesian kat roommate yang bersemangat nak derma tapi tak dapat sebab kesihatan tak mengizinkan.. Takpelah, lain kali insyaAllah ada lagi peluang tu.. =)

So, alang- alang kelas habis awal hari ni, bolehlah join sekali tadi. Syukur, masih diberi kesihatan fizikal. Tadi, terkejut melihat berat badan yang semakin bertambah....hohoho.. dah mula rasa runsing.. (Inilah masalah perempuan kan? hehe :p) Apa lagi, terus setuju bila roommate ajak berjoging petang ni...hehehe.. Misi ===> Kuruskan badan ke tahap ideal!! Cewahhhhh

Ok lah, sampai di sini dulu.... Sekian, Wassalam (^_^)V

P/s: Runsing memikirkan soal PBS nanti... Nak buat kat sekolah mana ye? Teruskan berfikir ye anis....