Thursday, December 15, 2011

First time check result!!!

Assalamualaikum WBT..

Rasanya ramai yang akan update blog tulis pasal result. Aku pun sama. Nak abadikan hari bersejarah ni dalam blog aku. Syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas hadiah yang tak ternilai ini :)

Sebelum check result tadi, aku terima 1 mesej from my classmate, Scha. She said dah boleh check result kiteorang. Masa tu aku ada kat rumah tok wan. Baru habis mengajar. Memang terkejut sebab tak sangka akan dapat keputusan final exam hari ni. Jantung terus berdegup kencang. Kemas- kemas barang terus balik rumah. Balik rumah aku sempat lagi makan bihun goreng dulu.hehe.. lepas tu, baru check. 

Macam tak percaya bila tengok result tulis LULUS. Alhamdulillah, teramat syukur. :) Maklumlah ni first time pelajar TESL check result. Memang semua cuak dan gabra. Kalau sebelum ni kami happy je bercuti kat rumah..hehe.. Setakat ni, kawan-kawan aku semua lulus. Alhamdulillah. Kami tak perlu repeat paper. Tapi tak sabar nak tunggu pointer yang akan aku dapat bila balik IPG nanti, dalam 2 minggu lagi. Semoga ia keputusan yang baik. :) InsyaAllah. 

Ok lah, aku stop di sini dulu. Wassalam.

P/s: Today will be a happy day for me and my friends. (^_^)

 

2 comments:

TQ