Friday, December 23, 2011

A week before holidays end...

Assalamualaikum WBT...

Makin nak habis cuti ni, makin banyak pulak aktiviti aku nak buat kat rumah..

1) Nak cuba buat kek!!

Ok, this one memang membara gila-gila semangat aku nak buat lately. Baru je beli oven yang baru minggu lepas. Oven yang sebelum ni rosak. Hurm, setakat ni, aku baru buat 2 biji kek. Both chocolate cakes. Memandangkan aku baru mula nak belajar buat kek, jadi normal la kalau rasanya kurang best.. hehe.. Tapi masih boleh dimakan. Nak tengok kek yang kami masak? Ada kat bawah.. hihi (^_^)

This is my second chocolate cake..

This is my first chocolate cake <3

Selain tu, aku nak cuba buat kek buah, kek pelangi dan cheesecake.. Tak taulah bila nak buat coz still tak cukup bahan- bahan. Harap- harap jadila ye dalam masa terdekat ni..

2) Buat nama guna benang tali

Aku minat buat benda ni, tapi kadang- kadang ikut mood jugak. Tapi, cuti ni aku wajib siapkan tempahan from my friends. Ada banyak lagi tak siap. Alasan?Tak cukup tali. Apa pun, kena pergi bandar jugak minggu depan, cari tali. Kesian kawan aku yang berharap aku siapkan tempahan diorang. Benda ni tak susah pun sebenarnya, tapi kena buat dengan kemas la, baru nampak cantik. Lagi satu, pemilihan warna tu penting. Bagi sesiapa yang masih tak dapat tangkap apa benda yang aku tengah cakap ni, gambarnya ada di bawah.

Inilah benda yang aku buat time cuti... :)

Tapi maaf ye korang, gambar- gambar tak boleh nak upload..huhu.. Mungkin lain kali ye.. ok, wassalam :)


Thursday, December 15, 2011

First time check result!!!

Assalamualaikum WBT..

Rasanya ramai yang akan update blog tulis pasal result. Aku pun sama. Nak abadikan hari bersejarah ni dalam blog aku. Syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas hadiah yang tak ternilai ini :)

Sebelum check result tadi, aku terima 1 mesej from my classmate, Scha. She said dah boleh check result kiteorang. Masa tu aku ada kat rumah tok wan. Baru habis mengajar. Memang terkejut sebab tak sangka akan dapat keputusan final exam hari ni. Jantung terus berdegup kencang. Kemas- kemas barang terus balik rumah. Balik rumah aku sempat lagi makan bihun goreng dulu.hehe.. lepas tu, baru check. 

Macam tak percaya bila tengok result tulis LULUS. Alhamdulillah, teramat syukur. :) Maklumlah ni first time pelajar TESL check result. Memang semua cuak dan gabra. Kalau sebelum ni kami happy je bercuti kat rumah..hehe.. Setakat ni, kawan-kawan aku semua lulus. Alhamdulillah. Kami tak perlu repeat paper. Tapi tak sabar nak tunggu pointer yang akan aku dapat bila balik IPG nanti, dalam 2 minggu lagi. Semoga ia keputusan yang baik. :) InsyaAllah. 

Ok lah, aku stop di sini dulu. Wassalam.

P/s: Today will be a happy day for me and my friends. (^_^)

 

Wednesday, December 14, 2011

Sukaria Time Tuisyen (^_^)

Assalamualaikum WBT..

Wah, aktif jugak aku update blog cuti ni.. Sungguh tak kusangka..hehe.. Just nak tulis pasal pengalaman ajar budak- budak ni.. :) memang menarik actually, sebab macam- macam incident berlaku..hahaa.. maklumlah, budak- budak kan nakal.. ada- ada je karenah yang mencuit hati aku..hurm...

Jadual tuisyen : 9.00 pagi- 11.00 pagi (Ahad-Khamis)
Subjek: Maths and English 

Biasanya, aku datang rumah tok wan aku dalam pukul 9.15 pagi.. Yelah kan, nak mandi and makan dulu, take time jugak semua tu.. Lepas tu, bergegas start motor nak ke sana. Kat sini, halangan pertama yang harus aku lalui ialah monyet yang bergayut pada pokok- pokok di tepi jalan. Aku memang sorang yang trauma pada monyet. Nah, biasanya aku akan menjerit dan akan ditenangkan oleh my adik, Nurul. Fuhh, lega!

Ok, dah sampai sana, halangan kedua bila aku tengok budak- budak tu masih syok terlentang atas sofa sambil tengok Astro Ceria. Macam tak semangat je nak studi kan? Hurm, pe yang aku buat? Aku mintak homework diorang untuk aku check dulu. Lepas diorang tengok mana yang betul, mana yang salah barulah aku nampak sedikit semangat diorang nak belajar.

Antara English and Maths, diorang lebih prefer Maths. Kalau time nak studi English, macam- macam alasan bagi. Masa tu lah nak minum air lah, nak pergi toilet lah, sakit mata lah. Haha, macam- macam. Sebenarnya, bukan senang nak buat budak- budak tertarik dengan subjek yang diorang tak minat. So, kena jadi kreatif bila nak ajar diorang. Hehe..

Sebelum habis belajar, diorang order air dulu mintak aku buat. Laici, sunquick, milo semua boleh. Haa, lepas habis belajar ni lah waktu yang diorang tunggu- tunggu iaitu waktu bermain. Kiteorang main card Snap and Donkey. Memang meriah sebab macam- macam taktik diorang buat sebab tak nak kalah.. Last sekali, kiteorang akan main sorok- sorok.. Best jugak!! Padahal, aku dah boleh hafal tempat diorang akan sorokkan diri. Asyik tempat sama je..hahaha, diorang memang macam- macam, memang BEST!

Ok, jom kenali diorang...

Ini Nurul, my sister @ my helper. Baru habis UPSR

Ini Iffah. Dia pandai sebenarnya, tapi malas sikit.. Nak main je kerjanya :)

Ini firdaus, my brother. Dia kadang- kadang datang, kadang- kadang tak.

Hahaha, ini pula Afif. Dia la paling lambat siapkan kerja. Kalau dah ketawa, macam ape je.. :D

Hahaha, ni la sepupu aku yang paling lawak, Irfan. Darjah 5 tahun depan. Dia rajin tapi kadang- kadang lambat faham.


Ok, sekian sahaja coretan aku kali ni. Till we meet again. Wassalam :)

Monday, December 12, 2011

Tangan Panjang Ada Kelebihannya...

Assalamualaikum WBT.. 12.12.2011

Ada satu kisah di sini yang ingin aku kongsi.  
"Tangan panjang ada kelebihannya".
Jangan salah faham ye, bukan panjang tangan @ suka mencuri..hehe..
Nak dijadikan cerita, aku selalu ada masalah bila nak beli baju dan blouse.
Biasanya, lengan baju yang aku pilih agak singkat.Yelah, aku punya tangan extra panjang. Jarang sekali ada baju blouse yang menepati saiz aku..
Jadi, aku selalu mengeluh, "Kenapa tangan aku panjang? Kenapa aku takde saiz yang muat? Kenapa aku tak boleh beli blouse tu?"
Baru- baru ini, terbukti tangan yang panjang ni ada kelebihannya.
Alkisah, waktu tu Maghrib, cuaca agak gelap sebab musim hujan. Adik- adik aku dan ibu ada kat luar rumah, tengah berkumpul kat pagar. Aku dapat tau yang salah seekor kucing Nurul, (Jessica) terkeluar dari pagar rumah aku. Tak taulah macam mana kucing tu muat keluar dari pagar kawat duri tu. Adik aku cuba nak selamatkan dia guna penyapu tapi failed. Lepas tu, aku keluarkan satu idea. Suruh adik aku ambil kucing guna jaring mengail ayah aku, tapi still gagal sebab tak sampai. Kucing tu pulak makin jauh dari pagar tu. Kami mula putus asa. Tiba- tiba, ibu aku panggil aku suruh cuba. Ibu cakap kucing tu datang semula dekat- dekat dengan pagar tu. Alhamdulillah, aku berjaya selamatkan dia, bila aku letakkan jaring tu, dia masuk cepat- cepat..Syukur!! Dalam hati terdetik, "Untung jugak tangan panjang ni..hehe" 

Maka, moral of the story, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.. jangan pertikaikan kurniaan Allah.. (^_^)

Sekian, Wassalam..


Saturday, December 10, 2011

MaNa LaGi pEnTiNg??

Assalamualaikum WBT…

Aku ada terbaca satu blog milik seorang budak perempuan yang comel. Tak dapat dinafikan dia kiut miut. Dalam hati terus terdetik, “mesti ramai minat budak ni…” Then, terus datang idea nak menulis sesuatu dalam blog aku. Aku terfikir apa kriteria utama yang dicari oleh si lelaki- lelaki di luar sana bila nak cari wanita sebagai pasangan hidup diorang. Nak yang comel? Cantik? Baik? Hurm… macam-macam ada..

Yang ni cantik tapi tidak menutup aurat.. (Gambar hiasan)

Yang ni muslimah yang menutup aurat... Lebih cantik kan..?

Berdasarkan apa yang aku tengok:

          Ketika zaman kanak-kanak, lelaki minat budak perempuan yang cantik dan popular kat sekolah diorang. Kalau dapat berkawan dengan girl tu, budak lelaki tadi dianggap hebat la…

ü                     Zaman remaja, lelaki mula terdedah dengan ramai kenalan. Pada pendapat aku, wanita yang easy- going paling ramai lelaki suka. Maksud aku, wanita yang mesra, manja dan mudah didekati. Korang perasan tak??
 
ü                               Last sekali, bila nak pilih calon isteri. Aku dapati lelaki- lelaki mencari wanita yang terbaik sebagai suri hidup mereka. Yelah kan, nak berkongsi hidup sampai ke tua mestilah buat pilihan yang paling tepat kan? Bila aku tengok drama kat TV, wanita yang solehah jugak yang dikejar lelaki- lelaki ni. Contohnya, drama Tentang Dhia. Ramai lelaki yang nak jadikan Dhia (lakonan Nora Danish) sebagai isteri. Walaupun cuma gadis kampung, tapi kerana sikapnya yang penuh bersopan, hormat orang tua dan lemah lembut buatkan ramai sukakannya.

Secara realiti dan sejujurnya, aku sebenarnya tak pasti apa yang dicari oleh lelaki- lelaki ini. Tapi sebagai manusia, kita perlu menjadi yang terbaik untuk diri kita sendiri. Sememangnya, cantik itu luaran, akhlak yang baik itu perhiasannya. Kalau kita cantik dan baik, Alhamdulillah, kita sangat bertuah. Tapi kalau kita rasa kita kurang cantik, bersyukurlah sebab sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia itu dengan sebaik- baik kejadian. Lagipun, “Beauty lies in the eyes of  beholder”. Cantik itu subjektif. Mungkin, kita tak cantik pada pandangan sesetengah orang tu tapi kita sangat cantik bagi seseorang yang lain pula. Maka, hiasilah peribadi dengan kecantikan semulajadi.. Itu lebih hakiki.

Dah dah, tak nak tulis lagi. Dah panjang berjela dah. Sekian, Wassalam…

Friday, December 2, 2011

DaPaT kErJa!!

Salam...

Without further delay, aku nak bagitau, Finally, aku dapat jugak kerja..he3 :) 
Secara kebetulannya dapat, main main cakap dengan famili je...aku cakap, "bosan duk umah, kalo boleh nak kerja..." Terus adik aku hellohello mak sedara aku.. Haritu dia de mintak adik aku ajar tusyen anak dia, tapi Nuar tak dapat tolong coz dia cuti tak lama. Kena tunggu dia habis matrik dulu baru boleh. So, Nuar cadangkan aku yang ajarkan... haha, pucuk dicita ulam mendatang. semalam 
Achik dah confirmkan dengan aku.. start ahad ni, ajar English and Maths, 3 orang anaknya, Irfan, Afif, Iffah... hoho, ramai gak tuh.. so, aku ajak adik aku, Nurul sekali tolong aku.. :) lokasi tusyen di rumah tok wan aku yang terletak 2 minit jaraknya dari rumah...so senang nak ulang alik.. Harap- harap bermanfaat untuk aku, Nurul dan sepupu- sepupu aku tu.. Mood: Tak sabar nak berlatih jadi cikgu.. hehe (^^)
Ok lah, sampai sini dulu.. Wassalam

Tuesday, November 29, 2011

LoNg MAKTAB holidays!! Anything interesting?? :)

Assalamualaikum...
Hai =), ini entri kedua aku hari ni, 29 Nov 2011... Saje nak tulis byk2, nk penuhkan entri dlm blog aku..hehe..
Masuk hari ni, cukup 10 hari aku bercuti.. Aku sampai rumah hari Ahad lepas, pukul 4 pg.. Aku naek bas SP Bumi, wif my roommate, Shera.. Aku mmg slalu naek bas ni, coz tambang murah, seat pon selesa.. lg aku suka sebab bas ni punctual dgn masa. Kalo dia cakap 9.30 mlm b'tolak, maka 5 minit selepas 9.30, b'tolaklah kami semua menuju destinasi masing-masing.. So, snglah aku mengagak waktu aku akan sampai kt bumi Kemaman..hi3 ;D Tapi, my only problem is aku ni sgt lemah bab2 direction, location n sewaktu dgnnya.. Kwn2 aku pon slalu ckp mcm 2..huhu.. Yelah, bila dh naek bas mlm2, mestilah mengantuk kan? lg pon p'jalanan dr Melaka ke Kemaman cuma lebih kurang 5jam.. so kompem aku smpai awl pg kt sini.. Aku susah nk cam kt mana kami berada coz jln pon gelap, papan tanda mmg x nmpk.. So, masuk kul 1 pg, aku dh redi tgk2 n cuba cam kwasan.. Pastu, aku kol mak aku cpt2 biarpon akn smpai lebih kurg sejam lg...haha..takut punya pasal.. Biasanya aku akan mintak pak cik bas berhentikan aku kt tepi jln.. Kdg2 risau jgk, tkut2 mak ayh blom smpai waktu aku turun, tp tawakal jelah... Hmm, lebih dramatik kalo waktu tu hujan... sob3, pernah sekali t'jd mcm tu.. alamat bshlah aku n beg2 aku yg byk tu.. Dah3, habis story mory pasal perjalanan aku b'sama bas... hisy, megarut smpai ke situ plk.. langsung x selari dg tajuk entri...hehe

OK!!! Sekarang nk ckp psal aktiviti cuti aku.. ^^ V
Pertama, aku agk sedih coz kereta Kelisa ayh aku htr utk cat warna baru blom siap2 lg sejak cuti deepavali baru2 ni.. Aku ingtkan blk ni dh siap, tp malangnya belom.. maka terperokla aku di rumah ni dgn ibu n adk2 aku.. Nk kuar naek motor, sush sbb cuaca x menentu skrg ni.. Bhaya jgk bwk motor hujan2 camni.. So, ape yg aku buat kat rumah? hurm....

Aku suka MASAK2!!! hehee.. Tp kdg2 xckup bahan.. Setakat ni aku dh blajar bt rendang aym, dging black pepper, mi grg basah, n td aku bt nsi goreng pataya.. hehe.. semakin aktif di dapur sbb ibu ada meeting sekolah kt KL.. jmaat ni bru blk.. so, aku lah tkg msk sementara..hehe.. Baru2 ni jgk, time cuti Deepavali, aku buat BEGEDIL DAGING.. perghh, bkn nk berbangga dgn diri sendiri, tp mmg sedaplah, xsgka btol..hehe..dgn bantuan Mira, makin sedaplah jwbnya..haha..lpas ni bleh cuba lg..Kalo korang nk cuba buat, resepi ada kt bwah, aku search kt internet je..hi2..

 Begedil Daging Istimewa Ibuku
Kiriman: Suriabaharin
Sumber: Ibu
Bahan-Bahan: 10 Ubi Kentang (direbus & dilenyek)
¼ Daging ((direbus & Di cincang)
Sedikit Lada sulah
Sedikit Daun Sup Tepung Kentucky
Telur (untuk dicelup)

p/s Tidak perlu garam sebab tepung kentucky tadi sudah masin.
Cara: 1. Rebus Ubi Kentang dan toskan dan rebus daging.

2. Lenyek Ubi dgn dgg cincang,letakkan sedikit daud sup dan lada sulah.


3. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.


4. Celupkan begedil tadi dengan tepung, telur dan tepung kembali.


5. Gorengkan dengan api sederhana.
Cadangan Hidangan: Makan dengan nasi putih dengan sos cili LIFE Tambahan: Makan gitu pun da sedap beb... Try ler ek.

Selain tu, aku tgk drama korea, tp x slalu jgk sbb bosan asyk mengadap skrin je.. Lg best layan Master Chef Malaysia (aku sokong Ezani, Deena, Zahim) hehe.. best tgk ramai2.. Em, laen2, biasa aku maen card SNAP, DONKEY, HAPPY FAMILY N OLD MAID with my adik2.. hahaha.. mmg lwak maen games ni sume.. tp enjoy!! Aku rancang nk tgk wayang dgn adik2 aku kt Mesra Mall, tp xtaulah jd ke x, coz stakat ni xd transport lg... tunggu jelah dulu.. hurm.. xsabar nk tgk filem OMBAK RINDU... nmpak gayanya kena beli DVD jelah 6t... sabar ye anis.. tgk lmbat sikit xpe, aslkan dpt tgk.. :) hehe.. the last one, smlm aku msuk contest b'kaitan Ombak Rindu.. Dgn jumlah p'kataan kurang dr 20, peserta diminta menulis ayt2 puitis mengenai OMBAK RINDU.. hehe, saja suka2 ikut serta kt FB.. aku tulis "badai menghembus pantai tatkala hati beralun rindu... seumpama diri yang setia menanti kehadiran cahaya cinta.." haha, jiwang je...ni sume kerja Nurul, dia yg semangat suruh aku join... bt malu je..kah3.. last2, kalah! :p xpelah, at least mencuba..

Ok lah, aku rasa setakat ni dulu, 6t kalo ada citer best, aku update lg... Wassalam :))



AzAm TaHuN bArU 1433H ^^

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dh selamat berada kt umah, dgn cuti selama sebulan seminggu lbih yg dibekalkan oleh maktab... :) bahagianya dpt luangkan masa bersama famili...hehe... tp at the same time bosan jgk.. coz xtau nk watpe.. Ok... b'balik pd tajuk entri kali ni, "AZAM TAHUN BARU 1433H", 2 hari yg lepas, 27 Nov 2011, kita telah merayakan tahun baru Islam.. Semestinya aku b'syukur alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang bernafas di bumi ini.. Aku dh senaraikan azam baru aku tahun ni.. Em, aku harap aku dpt laksanakannya.. Aku b'doa moga2 tahun ni lebih baik dr sebelumnya...

CHECKLIST AZAM BARU 1433H:
/ Baca Quran paling kurang 2x sehari
/ Puasa sunat at least sekali sebulan
/ Tak tido lepas solat Subuh
/ Mandi paling lewat pukul 10 pg n sebelum pukul 10 mlm
/ Kurangkan facebooking n msg

Em, nampak mcm senang kn? hehehe.. tp kalo tak biasa sush jgk.. jd kenalah selalu ingat n amalkan, lama2 terbiasa la tu... (^^) V InsyaAllah...

Korang bile lg?? hurmmm... =) fikir-fikirkan... Wassalam

Thursday, October 6, 2011

Cerpen suka- suka Bab 3

Pada malam itu, Hajah Awanis, iaitu umi Nissa menelefonnya. Apalagi tujuannya, kalau bukan hendak merisik tentang “blind date” anaknya. Tak sabar-sabar betul.

“Haa, lagu mana hang nengok si Haikal tu?? Ok ke dak budak tu? Umi dengaq cita baik budaknya, sopan santun lagi.”
“Em..boleh tahan la umi…Not bad.”

Nissa hanya memberi respons suam-suam kuku kepada persoalan uminya, sedangkan dalam hatinya, dia sudah terjatuh suka pada Carl. Tapi, dia tidak mahu membuat tindakan yang terburu- buru. Apa yang penting, diri lelaki itu perlu dikenali luar dan dalamnya.

Setelah tamat perbualan mereka, Nissa bersiap-siap untuk tidur. Esok ada kuliah yang perlu dihadirinya. Tiba-tiba….

Tut tut…tut tut.. Satu SMS diterima. Nissa terkejut melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Carl? “Apa mimpi dia mesej aku ni?” 

Nissa membaca pesanan ringkas yang tertera. Haikal bertanya sama ada dia sudah tidur ataupun belum. Sambil tersenyum, Nissa membalas SMS tersebut.

Nissa: Wsalam, nissa tengah get ready to sleep. Carl?
Carl: Oic..Maaf ganggu Nissa. Carl belum mengantuk lagi, tiba- tiba teringat Nissa tadi, terus hantar mesej. hehe. Ada kelas esok?
Nissa: Takpe Carl. Esok ada kelas, pukul 8. Maaf tak dapat mesej Carl, takut terlewat bangun pulak esok. Good night. Assalamualaikum.
Carl: Okay. Lain kali free, mesej Carl tau. Sweet dreams. Wsalam.

Sebenarnya, Nissa belum mengantuk lagi, tetapi buat masa sekarang, masih terlalu awal untuk dia berkawan rapat dengan Haikal. Tetapi, sikap yang ditonjolkan Haikal seakan- akan memberi gambaran bahawa Haikal sukakan dia, bermakna Nissa tidak bertepuk sebelah tangan. “OMG! terperasan pulak aku. Entah-entah sikap dia memang macam tu kut. Mesra dengan semua orang.” bisik Nissa perlahan.
Akhirnya, Nissa tidur bertemankan nama Haikal meniti di bibir.



Wednesday, October 5, 2011

StOrY- sToRy YaNg MeNcUiT HaTi...

Assalamualaikum... sihat semua? Hari ni aku tak nak tulis pape... just nak share story2 yg best pernah aku baca sebelum ni... so, bagi sape2 yang tak brape nak sihat, lepas bace kisah2 pendek di bawah, harap terhibur...hehehe :)
Story 1
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah..

hahahhaha :D
Story 2
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”...:P
Story 3
Cikgu Tanya Kehadiran Anak Muridnya

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
... Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG~:)
Story 4
GIGI

Pada suatu hari, seorang budak sedang berjoging di sekitar taman. Tiba tiba dia dikejar oleh seekor anjing. Lantas budak tu langkah seribu tetapi tidak berjaya.

Apabila budak tu dibaham oleh anjing dia ketawa. Semakin kuat gigitan anjing tersebut semakin kuat ketawa.
Lalu seorang pemuda bertanya "kenapa adik ketawa"? Lantas dijawabnya "anjing ni tiada gigi, bang".
Story 5
seorang gadis ada penyakit kanser & cuma ada 30 hari utk hidup..
dyer sukakan seorng lelaki yg kerja di kdai CD..tpy dyer x pernah bgtaw lelaki 2 ttg cntanya..setiap hari dyer prgi beli CD smata2 nk luangkan mse ngan lelaki 2.. slps sbulan gdis itu mninggal.. bler lelaki 2 prgi mncari gdis tersbut...ibu gdis tersbut mmberithu bhwa anknya dh mninggal krana kanser.. lalu lelaki itu kebilik ankknya .. ......kt c2 lelki nmpak kesemua CD yg dibeli oleh gadis 2 x bukak pom & lelaki itu mula mnangis ..tau kenape ??....... sbb...... lelaki itu letakkan surat cntanya utk gdis tersbut dlam CD yg gdis itu beli..
Kedua2nya sling mncntai tpy x pernah meluahkan.. thatz the end.. so cpt2 lah luahkan nyer kalau anda mmpunyai prasaan trhdp sseorng ~~~!!!
Story 6
Nenek : Rahmat, nenek sudah xkuat lgi, nenek minta kamu sambung mengushakan kebun nenek

Rahmat :Jgn ckp mcm 2,nek (dlm hati, xsia-sia aku balik kampung..dpt pulak harta pusaka nenek).

Nenek :Sgala isi perkebunan,ternakan,villa,traktor4 kamu.Tlg jaga baik2 jgn lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
... ...
Rahmat :"Baik nek, nenek jgn bimbng tntang hal 2.Tpi dimna kebun nenek? Rahmat x pernah taw?"

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bgtau passwordnya."

Rahmat : "??
Story 7
Alkisah pengantin baru .

isteri : " dah ramai lelaki yg saya tolak lamarannya kecuali awak , dear . "

suami : " Sama lah persamaan kita , dah ramai perempuan yang tolak lamaran saya kecuali awak , sayang ."

KaHkaH ! ♥
Story 8
4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia.. Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok.. semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,".. tanpa mengendahkan... kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,". si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo".. si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td.. belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"....=D
 

Saturday, October 1, 2011

Cerpen suka- suka Bab 2

Jam 10.50 pagi, Nissa tiba di perkarangan Mid Valley. Kawasan sekitarnya masih lengang, mungkin kerana masih awal lagi. Dia lantas bergerak ke arah restoran Secret Recipe, lokasi "blind date" mereka.

"Hurm, agak- agak mamat ni dah sampai ke belum ye? Umi cakap dia tu tinggi, pakai spek mata. Baju kalau tak silap warna coklat," ujar Nissa bermonolog dalam hatinya, sambil mencari- cari jejaka yang mempunyai ciri- ciri tersebut. 

Tiba- tiba, Nissa berasa berdebar- debar apabila terlihat seorang lelaki yang duduk membelakangkannya di sudut kiri restoran tersebut. Lelaki tersebut memakai kemeja kosong berwarna coklat. Dia berjalan perlahan- lahan mendekati jejaka itu dan berdehem sedikit.

"Assalamualaikum. Maaf bertanya, saudara ni Encik Haikal ke?" soal Nissa sopan. Bimbang juga jika tersilap orang, dia juga yang malu. Lelaki itu berpaling ke arahnya. "Oh, ya saya. Awak ni, Annissa? Tanpa sedar, Haikal mengukirkan senyuman. Nissa terpegun seketika melihat lesung pipit milik lelaki tersebut. Kemudian, setelah termalu akan tindakannya sebentar tadi, Nissa terus terangguk-angguk bagai burung belatuk.
"Annissa, duduklah. Jangan malu- malu, saya ni tak makan orang." Haikal cuba berseloroh bagi menghidupkan suasana yang lebih santai antara mereka. Kemudian, dia memanggil pelayan untuk memesan makanan. Setelah meneliti menu yang ada, mereka serentak berkata, "Blueberry cheesecake and Fresh orange please." Terkejut, tapi masing- masing tidak dapat menahan ketawa apabila mereka rupa- rupanya memesan menu yang sama. Ada kimia nampaknya antara mereka berdua.

"So, Annissa awak panggil aje saya Carl, tak perlu ber-encik-encik dengan saya. Lagipun, Carl dapat tahu yang ibu bapa kita dah lama kenal. Kata mama dan papa, ibu bapa kita berkawan sejak sama- sama melanjutkan pengajian di UK dulu."

"Oh betul ke Carl? Umi dan abi tak bercerita pula pasal tu. Anyway, Carl boleh panggil saya Nissa. Carl masih belajar atau dah bekerja?" Nampaknya, Nissa sudah mula berasa selesa untuk berbual- bual dengan Haikal. 

"Ok, let me tell u a lil bit about my background info. I'm 25 years old, baru bekerja selama 6 bulan di Megah Jaya Holdings sebagai junior architect. Before this, Carl studied at Nottingham University. Carl anak pertama dari 3 orang adik-beradik. Sekarang menetap  di Bangsar, dengan kawan- kawan. Nissa pulak macam mana?"

"Nissa study lagi sekarang ni, ambil degree in Biotechnology di UM. By the way, umur Nissa baru 23 tahun. Lagi setahun, Nissa akan tamat belajar. I'm the only child dalam famili, sebab tu umi dan abi sibuk benar nak carikan 'kawan' untuk Nissa." kata Nissa malu- malu.

Sambil berbual- bual, Nissa meneliti keperibadian Haikal. Baginya, Haikal seorang yang mudah mesra dan kaya dengan senyuman. Rupanya pun boleh tahan dan ada  karisma tersendiri. Namun, timbul sedikit musykil di hatinya sama ada Haikal sudah mempunyai teman istimewa atau belum. Hendak bertanya secara berdepan, malu pula rasanya. Sudahnya, dibiarkan sahaja soalan itu terbuku di hatinya.
Sejam kemudian, mereka bersetuju untuk keluar dari restoran itu. Sebelum itu, mereka bertukar- tukar nombor telefon. Sebelum berpisah, Haikal berkata, "Phone number Carl tu jangan simpan buat pekasam tau..hehe.. Kalau Nissa ada apa-apa hal, contact la Carl ye. Anggap je Carl macam abang Nissa. Lagipun, kampung Nissa dekat Kedah, jauh tu. Ada masalah, story je kat Carl tau." "InsyaAllah Carl. Thanks coz belanja makan tadi. Nice to meet you. Assalamualaikum." 

Masing- masing mengukir senyuman dan beredar mengikut arah masing- masing. Nissa menuju ke kedai buku Popular di tingkat dua manakala Haikal terus pulang ke rumahnya kerana ada perkara yang ingin diuruskan.






Cerpen suka- suka Bab 1

Jam di dinding menunjukkan jam 6.15 pagi. Nissa bangun dari tidur dan mengemas katilnya. Dia hanya tersenyum melihat rakan sebiliknya, Mimi yang sedang enak berlingkar di dalam selimut. Siap memeluk kemas si Bobo, teddy bear kesayangan, pemberian buah hatinya. Dia tidak berniat untuk mengejut Mimi kerana awal- awal lagi Nissa telah diingatkan agar tidak mengganggu tidurnya. Lagipun, Mimi sedang 'cuti solat'. 

Kebiasaannya, Nissa akan menyambung tidur selepas selesai menunaikan solat Subuh. Maklumlah, pada hari biasa, dia jarang mempunyai tidur yang mencukupi oleh kerana sibuk menelaah pelajaran dan menyertai aktiviti yang dijalankan di kampus. Hanya pada hujung minggulah dia berpeluang merehatkan badannya. Tapi, hari ini dia ada plan lain yang perlu dilakukan. Baginya, rancangan tersebut langsung tidak masuk dek akal. Umi dan abinya yang beria- ia mahukannya sedangkan dia biasa- biasa sahaja.

Setelah memilih pakaian yang dirasakan sesuai, Nissa kemudiannya touch up mukanya secara ala kadar. Secalit lip ice dan bedak tipis Silky White. Dia berpuas hati melihatkan imbasan wajahnya di cermin. Blaus putih berbunga pink dan skirt labuh berwarna hitam membuatkan Nissa kelihatan berseri- seri di tambah lagi dengan kulitnya yang semula jadi berwarna putih kemerah- merahan. Tepat jam 10.00 pagi, dia melangkah keluar dari kolej kediaman Dang Wangi dan bergerak menuju tempat perhentian bas di luar kawasan kampus. Semalam Nissa telah diberitahu tempat pertemuan yang diaturkan oleh umi dan abi ialah pada pukul 11 pagi di pusat beli- belah Mid Valley.

Sunday, September 18, 2011

Putrajaya Presint 17 a.k.a Sambutan merdeka & Hari Malaysia 2011

Assalamualaikum... (^_^) V

Hai, kabare semua? (: Hurmm, setelah sekian lama tak update blog, hari ni aku terpanggil untuk menulis sesuatu di dalam blog aku... SEBAB? Bagi aku, kenangan selama 10 hari (6.9.2011-16.9.2011) di Putrajaya dan di Dataran Merdeka memang tak boleh dilupakan.. it was such a great moment in my life! perghhhhh!! pelbagai memori tercipta.. bersama housemates (aku jd ketua rumah b-09-07), bersama sectionmates (C3), with other IPG's and also with the intstructors...hehe.. ada pahit, ada manis, ada masam, ada masin, tapi semua itulah asam garam kehidupan.. macam- macam benda aku belajar.. tapi yang paling penting, kami pelajar2 IPG telah mcipta sejarah baru dalam M'sia which is doing HUMAN LED performance.. the first in Malaysia n sambutan Hari Merdeka n Hari M'sia sekaligus buat kali pertama.. Sejarah telah dicipta bersama.. Rasa bangga skejap..hehe :D memang meriah sambutan tersebut n semangat yg aku kumpul masa buat persembahan on the D day mmg luar biasa.. sgt2 bersemangat terutama masa finale... Rasa puas sbb dpat buat org gembira n rasa segala penat lelah selama 10 hari di sana berbaloi.. mungkin ni yang last kami terlibat dgn sambutan kemerdekaan, tp ia akan kekal t'pahat dlm sanubari.. tanx to all who gave cooperation to me, n for those who accepted me for who am I... semoga bertemu lg kwn2.. wassalam (^_^)

Dataran Merdeka, tempat kami berlatih dan buat persembahan

Our attires, blue-black, red jacket..inside white yellow t-shirt.. siap nk pegi berlatih..hehe

Wif Nain, IPGK Bahasa Melayu, Lembah Pantai.. she was a very nice and humorous person.. feel great to know her.. (;


Saturday, July 16, 2011

KaWaN, FrEnZ, PaLs, SaHaBaT... ^_^

Salam... Kaifa haalukum?  :)
Alhamdulillah, ana bikhair..terima kasih ya Allah, I luv u ya Allah... ^_^

Hari ni aku nk story mory pasal sahabat2 aku...hehehe..best la ada kawan kan? tanpa kawan, sunyilah hidup kita... ibarat kehidupan yang tak dihiasi warna..kosong je..

Masihkah anda ingt insan pertama yg jd kawan korang time kt tadika dulu?hehe..sbnrnya aku pon dh ingat2 lupa siapa kawan pertama yg aku kenal... tp xpe skrg aku nk bt timeline berkenaan kwan2 rapat aku dr zaman tadika smpai skrg... kalo korang nk tau, scroll ke bawah ye...hi3


Zaman tadika (Tahun 1997-1998 di Tadika Nurul Iman) 

Haa, mase ni muka suci lagi, mencerminkan hati yg suci dan murni..hehe.. ok, yg aku ingat mase aku 6 thn, aku kelas 6 Bukhari.. Kelas aku special, sebab agk open & takde pintu.. Mase tu, rakan sekelas aku ialah Farah Aqilah, Baihaqi, Yasmin dll.. Manakala kawan kelas lain ialah Fatna, Ilya dan sape lg, aku dah lupe.. kiteorg blajar dr pukul 8-11 je...skejap je kn? tp rasa cam banyak je benda yg aku blajar..hehee.. aku ingat lagi cikgu zainab (ajar bm), tcer nora (ajar bi) and tcer linda (ajar maths)...wah, indahnya zaman tadika, zaman baru blajar mengenal erti persahabatan.. blajar sesama, maen bersama n makan pon kongsi2..hehe.. aku dah la makan byk.. kat situ, makanan disediakan.. paling aku suka bila pihak tadika sediakan mi goreng..sure aku tambah punya! hahaa..lawak je..tu la, sejak kecil aku byk makan, sekarang tgklah hasilnya.. gemok je!! ha3 :D em, nanti kalo ada mase aku akan masukkan gmbar aku time tadika, time aku wat persembahan...hehe..

Zaman sekolah rendah (Tahun 1999-2004 di SK Sultan Ismail, Kemaman)

SKSI- dikau kucinta namamu mengharum sentiasa...lalalala..hehe
 

Tahun 1999-2001 ( Kelas 1 Najhan- 3 Najhan)

Aku berkawan rapat  dgn Adibah, Ilya, Wan Aishah, Ayeesha, Ezzati... hurm, tak taulah nk cite mcm mane..hehee.. sebenarnya aku masuk kelas yg blajar B.Arab.. satu kelas je mse batch aku yg blajar Arab.. so, kiteorg takde naek or turun kelas laa.. walaupon result cemerlang atau tak cemerlang, kite tetap akan masuk kelas Najhan.. Jadi, kami sume brada dlm kelas yg sama selama 5thn... 5thn tu satu jangka mase yg lme kn?? Mcm2 perkara yg kami lalui bersama.. :) tambahan pulak, aku jd pengawas sejak drjah 2, sama mcm wan aishah.. bile cikgu takde, pergi mesyuarat or ada kerja ke, kiteorg akan masuk ke kelas adik2 drjah 1 dan 2..tlg jaga kelas,jgn bg bising, "kononnya"..hehe..tp lg bising ada la kot, koz kiteorg biasenya akan buat kuiz atau game dgn diorg.. best sgt pengalaman tu..aku ni plk, jenis yg suka budak2, aku ada rapat dgn adik2 ni.. tp sekarang, dh tak ingt sape nme diorg..hehe..  

Tahun 2002 (4 Najhan)

Ok, kalo tak silap, masa ni aku berkawan rapat dgn Fatna Syafikah dan Farah Ain Jasmari.. Yg aku ingat, aku slalu jgk pegi rumah fatna, sebab rumah dia dekat lot 144, dekat ngn sekolah.. Bila masuk tahap 2 ni, byk aktiviti petang, ada unit beruniform lah, sukan lg, doktor muda... dan aku gi Tuisyen kt rumah auntie Yong.. Jadi, kdg2 aku terpaksa stay kt skul..maksudnya, aku tak blk rumah dulu lepas skolah oleh kerana lokasi rumah yg agk jauh, ayah aku tak boleh nk htr..huhu.. aku membawa diri jalan2 di sekolah, makan2 kt kantin.. adakala berteman, tp biasenye sorg2 jelah..sob3.. Fatna baek, Farah pon baek.. best kawan ngan diorg.. klakar pon ada...hehe.. hanya mampu mengenang memori lama, skrg dah membawa haluan masing2...
p/s: pernah dapat award kelas paling BISING dan KOTOR..hahaha..tak senonoh je..hee
Ni lah fatna.. :) sory, ambik gmbr dlm fb awk tanpa kebenaran.. gmbar farah ain plk xd..huhu.. :(

Tahun 2003 (5 Najhan)

Aku kawan rapat dgn Farah, Hidayah dan Nadia.. Masa ni guru kelas Cikgu Marina Alir.. apa yg aku ingt, thun tu, kiteorg byk g bilik muzik..hahaa.. blajar men rekoder.. tak merdu langsung bila aku tiup.. :p selain tu, kiteorg ada perkhemahan unit beruniform..aku masuk ppim.. sama ngn Farah.. Nadia n Dayah plk msuk pengakap.. aku suka sgt perkhemahan ni sbb aku masuk pertandingn ikatan n pertolongan cemas..ikatan, ppim dpt no 2, pertolongan cemas, aku dpat no 1.. happy sgt mase tu, tak sia2 aku berlatih.. hi3 .. hurm, ada lagi tau peristiwa best mase thun 2003 ni.. tp aku tak pasti btol ke tak peristiwa ni tahun 2003..hihi.. kami, budak perempuan kelas 5 najhan buat persembahan nyanyian, lagu Bukan Cinta Biasa n lagu Air Mata Ibu, nyanyian Ct Nurhaliza.. Tcer Siti Zulaila yg latih kiteorg.. kerap jgk kot kiteorg berlatih.. solonya, Adibah.. :) (rindu plk nk dgr adibah nyanyi,huhu) tp plg menarik ialah, kiteorg kena pakai baju kebaya..haha, tulah first time aku pakai kebaya n mungkin yg terakhir kot.. aku ni manalah ada baju kebaya, mak aku pon sama.. aku try r nk pinjam baju mak sedara aku, tp masalahnya diorg punya kecik, tak muat dgn aku..huh! last skali, tcer Siti offer pinjam baju dia..hehe.. rasenye kebaya warna purple kalo tak silap.. (ada ustaz praktikal yg ajar kelas aku puji aku pakai baju tu..hihi.. kembang skejap, siap bergambar dgn dia lg...kih3 ^^)  persembahan kami mendpt pujian..sukanya! =)

Tahun 2004 (6 Naqib)

Tahun akhir di sekolah rendah... rindu sgt time ni..byk sgt kenangan manis dgn kawan2.. Mase ni, aku berkawan baek dgn Dayah, Anis Nad n Liyana.. aku dan farah terpisah kelas..huhu.. bila darjah 6, barulah kiteorg masuk kelas ikut streaming markah.. Thun ni, aku terpilih sbg penolong ketua pengawas II (pakai baju hijau).. Ketua pengawas lelaki, Azuwad, Anis Nad KP perempuan.. Aku pembantu je..hehe..erm, kelas kiteorg sgt happening.. yelah, bleh dikatakan ramai budak cerdik2 r.. rasa persaingan yg agk sengit..kalo dulu, aku slalu gak dapat no 1, bila darjah 6 dah menurun, walau still keputusan cemerlang.. Aku dipanggil awan is cloud, dayah si ujang@ hujan, anis the star n liyana si rainbow...comey kan nama kami?? hehee.. Seronok sgt, even pegi kelas tambahan waktu petang pon rase best.. lepas upsr, kiteorg mmg bebas sebebas-bebasnya.haaha..mcm2 permainan kiteorg men tau.. main uno, snap, kad old maid, carom, batu seremban, saidina, sahibba n byk lg.. hahaa.. MMG SGT BEST!! ^_^ takkan bleh lupa smpai bila2.. then, kiteorg buat lawatan gi Langkawi.. borong byk gila coklat.. tanx korang sbb bagi aku memori indah ni.. :) berat rasenye nk tinggal zaman skul rendah sbb aku tau ramai kwan2 akan masuk skul laen2.. ada yg msuk sbp n mrsm.. aku plk, impikan msuk sekolah agama..tekad, nk masuk SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS)..  Alhamdulillah, berjaya masuk, tp sempat dok sana seminggu je, tak tahan sbb aku HOMESICK! hehee

 Zaman sekolah menengah (Tahun 2005-2009 di SMK Mak Lagam, Kemaman)

Lepas seminggu kt SHAMS, aku pon kuar..aku dpt tawaran second intake ke TESMAL, terengganu elite school Mak Lagam..haha..yg lwaknya, jarak dr rumah ke sekolah cume 5 minit..dekat gila..walaupon dekat, tak boleh balik rumah pon.. terpaksa la stay kt asrama..huhu..kt sini tak homesick sgt koz ada abg aku (walaupon sempat blajar sama2 skejap je sbb die pindah ke SESTER time form 4) n family aku slalu dtg melawat, every weekend..hihi.. bahagia :)

Berilmu, Berakal, Berbudi.. Excellent is our Tradition, TESMAL di hati :)


Tahun 2005 (1 Irsyad)

Memandangkan aku ni pelajar second intake, so aku berkawan la dgn bdk second intake..yg bestnya, dayah n liyana pon blajar sini n second intake jgk..hi2.. anis nad pon masuk TESMAL jgk, tp first intake.. aku n dayah dapat satu bilik.. mase form 1, aku rapat dgn yana pd awalnya koz msuk satu kelas.. tp dia slalu tak msuk kelas sbb aktif sgt bersukan, rasa mcm ditinggalkan plk..so, aku berkawan dgn mira n nasuha.. sebenarnya, byk jgk konflik yg berlaku antara aku dan sahabat2 mase ni tp aku malas nk cite kt sini.. yg lepas tak usah dikenang.. ^^

Nasuha & Mira <3

Tahun 2006 (2 Irsyad)

Tahun ni agak mencabar emosi dan jiwa sebab byk peristiwa yg berlaku di hostel..yg plg aku tak bleh lupa ialah kes histeria n monyet masuk kwasan sekolah.aku ni dahla jenis penakut..aku ni sgt fobia dgn monyet..ya Allah, takut ni, hanya Tuhan yg tahu.. bleh dikatakan aku lebih rapat dgn akak2 dorm aku especially kak ezzah n kak insyirah.. (: diorg sgt baek dan jaga aku btol2.. masa histeria berlaku, aku sbenarnya dh tdo, tp dikejutkan utk bace yaasin sme2 dlm dorm.. tp, lepas je kiteorg bce yaasin, trus aku xbleh tdo..huhu.. k syirah ajak aku tdo dgn dia n kak ezzah.. mase tu, oleh sebab takut sgt, aku genggam kuat2 tgn k syirah sambil bace doa dan cuba utk pejam mata tp tetap tak berjaya..akhirnya, aku tak tdo2 smpaila ke pg..huhu.. mmg tahun tu, emosi aku kurang stabil, kerap rase nk blk rumah.. bdak2 dorm aku slalu xcukup sebab akak2 form 3 byk yg pergi kem pmr.. sdih n sunyi bila Kak syirah xd.. rase xkuat.. tp tetap truskan kehidupan di asrama walau pe pon prasaan tyme tu.. kepada kak Nur Insyirah Yusri, trime kasih ats segalanya.. namamu sentiasa kekal terpahat di hati... ^_*

Kak Syirah yg baek sgt... :) semoga kita dpt b'jumpa lg.. miss u so much!

Tahun 2007 (3 Irsyad)
Tahun yg enjoy bg aku meskipon xsedar diri nk ambik PMR tahun tu..haha..enjoy sebab sebilik dgn rakan2 sekelas..senang nk bt omwork n aktiviti sama2.. kiteorg ber8, iaitu anis nad, nasuha, fatimah lila, nini, pikah, aku, tehah n dayah.. dorm UMAIMAH, asrama blok D, asrama baru.. mmg slalu kiteorg buat omwork dlm gelap depan toilet koz kne light off pukul 11.15 mlm.. biasenya, kiteorg akn buat kje maths coz cikgu yati yg ajar... waa, mmg tkut cikgu tu, garang kot, keja mmg kne siap on time, byk tok sah ckp la..mmg kene usaha betul.. tp aku suka sgt cikgu tu ajar.. mmg faham btol2 ble die ajar.. mlm2, aku suka lepak kt katil diorg, gossipping..haha..rindu time tu.. :( huhu..

Tahun 2008 (4 Irsyad)

Lepas PMR, aku apply SBP n MRSM..tp both xdapat..huhu..sedih sgt tau bila impian nk masuk KISAS tak dapat.. anis nad je yg dpt..kecewa mmg ada, tp aku simpan je dlm ati..aku terkilan sebab tak berpeluang belajar b.arab lg.. sob3 so, aku stay la di TESMAL.. tak pelah, think positive.. aku akan buktikan aku akn berjaya walau di mana pon aku bersekolah.. mse ni, aku rapat dgn pikah coz sebilik dgn dia lg and mira and nasuha kelas laen.. lg satu,ni tahun dilemma aku sbb kena pilih aliran yg nk diambil.. sebenarnya, aku nk ambk subjek PA koz aku minat MATHS tp tak dibuka.. ada dua aliran je, sn hayat and sn kejuruteraan.. aku konfius tp ramai yg nasihatkan aku ambik sn hayat, maka aku pon ambikla..hehe.. walau aku tau aku ni lemah bab2 menghafal ni (BIOLOGI) ^^
Tahun 2009 (5 Irsyad)

Sedih sebab ni tahun akhir aku di bangku sekolah..huhu..tak lame lg, aku bakal meniti alam dewasa.. tahun ni plk, aku dpt tanggungjwb besar, jd kapten Aspuri.. n jd pengawas.. susah jgk, dlm duk nk ambik spm ni.. tp, pd tahun ni lah, tertubuhnya geng IT- MAYA..hehe ^^ yg diwakili oleh Ismah, Tehah, Mira, Afiqah, Yana n Awanis.. so sweet coz mmg kami byk spend mase n bt aktiviti same2..tawaf kelas sme2 tyme prep, berbuka pose, ambik gmbar..hehe..mmg xdpt dilupakan bt selamanya... Tp, plg manis bg aku ialah ketika nk menghadapi spm.. hnya 42 org batch kiteorg yg ambik spm.. bygkn, betapa bestnya duk asrma ble kiteorg je yg tinggal..hehe..tp takot jgk.. kiteorg diberi pilihan duduk dgn spe2 je.. apalagi, geng kami duk sebilik la.. termasuk Adah.. kami tak kisah pon.. :) haha, walaupon tgh spm, kteorg enjoy gler2, xstudy mane pon..haha.. masak megi, bkar roti la.. yg bestnya, kiteorg rapat dgn akak dewan makan, ada satu petang nek motor dgn kak ani, pusing asrama..best gler! korang, aku bersyukur sgt dpt kenal korang..smpai mati pon, ukhuwah kita kekal bercantum, terpaut kemas, ukhuwah fillah abadan abada.. frenship forever.. Luv u all!! ^_^

Ismah, Tehah, Mira, Afiqah, Yana, Awanis


Aku tak nak cite lg pasal zaman pengajian tinggi koz aku tak habis pon lg blajar... hehe.. tunggu ye, mgkin akhir tahun ni aku cite bila aku tamat foundation di IPG ni..apa yg pasti, aku seronok dpt blajar di  pusat asasi UIA, walaupun cume sebulan n aku bersyukur ditempatkan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka kerana di sinilah aku belajar erti sebuah kehidupan, belajar utk mengajar anak2 bangsa satu hari nanti.. INSYAALLAH... =)