Saturday, October 1, 2011

Cerpen suka- suka Bab 1

Jam di dinding menunjukkan jam 6.15 pagi. Nissa bangun dari tidur dan mengemas katilnya. Dia hanya tersenyum melihat rakan sebiliknya, Mimi yang sedang enak berlingkar di dalam selimut. Siap memeluk kemas si Bobo, teddy bear kesayangan, pemberian buah hatinya. Dia tidak berniat untuk mengejut Mimi kerana awal- awal lagi Nissa telah diingatkan agar tidak mengganggu tidurnya. Lagipun, Mimi sedang 'cuti solat'. 

Kebiasaannya, Nissa akan menyambung tidur selepas selesai menunaikan solat Subuh. Maklumlah, pada hari biasa, dia jarang mempunyai tidur yang mencukupi oleh kerana sibuk menelaah pelajaran dan menyertai aktiviti yang dijalankan di kampus. Hanya pada hujung minggulah dia berpeluang merehatkan badannya. Tapi, hari ini dia ada plan lain yang perlu dilakukan. Baginya, rancangan tersebut langsung tidak masuk dek akal. Umi dan abinya yang beria- ia mahukannya sedangkan dia biasa- biasa sahaja.

Setelah memilih pakaian yang dirasakan sesuai, Nissa kemudiannya touch up mukanya secara ala kadar. Secalit lip ice dan bedak tipis Silky White. Dia berpuas hati melihatkan imbasan wajahnya di cermin. Blaus putih berbunga pink dan skirt labuh berwarna hitam membuatkan Nissa kelihatan berseri- seri di tambah lagi dengan kulitnya yang semula jadi berwarna putih kemerah- merahan. Tepat jam 10.00 pagi, dia melangkah keluar dari kolej kediaman Dang Wangi dan bergerak menuju tempat perhentian bas di luar kawasan kampus. Semalam Nissa telah diberitahu tempat pertemuan yang diaturkan oleh umi dan abi ialah pada pukul 11 pagi di pusat beli- belah Mid Valley.

No comments:

Post a Comment

TQ