Saturday, December 10, 2011

MaNa LaGi pEnTiNg??

Assalamualaikum WBT…

Aku ada terbaca satu blog milik seorang budak perempuan yang comel. Tak dapat dinafikan dia kiut miut. Dalam hati terus terdetik, “mesti ramai minat budak ni…” Then, terus datang idea nak menulis sesuatu dalam blog aku. Aku terfikir apa kriteria utama yang dicari oleh si lelaki- lelaki di luar sana bila nak cari wanita sebagai pasangan hidup diorang. Nak yang comel? Cantik? Baik? Hurm… macam-macam ada..

Yang ni cantik tapi tidak menutup aurat.. (Gambar hiasan)

Yang ni muslimah yang menutup aurat... Lebih cantik kan..?

Berdasarkan apa yang aku tengok:

          Ketika zaman kanak-kanak, lelaki minat budak perempuan yang cantik dan popular kat sekolah diorang. Kalau dapat berkawan dengan girl tu, budak lelaki tadi dianggap hebat la…

ü                     Zaman remaja, lelaki mula terdedah dengan ramai kenalan. Pada pendapat aku, wanita yang easy- going paling ramai lelaki suka. Maksud aku, wanita yang mesra, manja dan mudah didekati. Korang perasan tak??
 
ü                               Last sekali, bila nak pilih calon isteri. Aku dapati lelaki- lelaki mencari wanita yang terbaik sebagai suri hidup mereka. Yelah kan, nak berkongsi hidup sampai ke tua mestilah buat pilihan yang paling tepat kan? Bila aku tengok drama kat TV, wanita yang solehah jugak yang dikejar lelaki- lelaki ni. Contohnya, drama Tentang Dhia. Ramai lelaki yang nak jadikan Dhia (lakonan Nora Danish) sebagai isteri. Walaupun cuma gadis kampung, tapi kerana sikapnya yang penuh bersopan, hormat orang tua dan lemah lembut buatkan ramai sukakannya.

Secara realiti dan sejujurnya, aku sebenarnya tak pasti apa yang dicari oleh lelaki- lelaki ini. Tapi sebagai manusia, kita perlu menjadi yang terbaik untuk diri kita sendiri. Sememangnya, cantik itu luaran, akhlak yang baik itu perhiasannya. Kalau kita cantik dan baik, Alhamdulillah, kita sangat bertuah. Tapi kalau kita rasa kita kurang cantik, bersyukurlah sebab sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia itu dengan sebaik- baik kejadian. Lagipun, “Beauty lies in the eyes of  beholder”. Cantik itu subjektif. Mungkin, kita tak cantik pada pandangan sesetengah orang tu tapi kita sangat cantik bagi seseorang yang lain pula. Maka, hiasilah peribadi dengan kecantikan semulajadi.. Itu lebih hakiki.

Dah dah, tak nak tulis lagi. Dah panjang berjela dah. Sekian, Wassalam…

2 comments:

  1. beauty lies in the eyes of beholder..yupp :))
    -pssst..anis ni lately byk update related dgn jodoh2 ni :)) me likey...haha..keep it up^^

    ReplyDelete
  2. hahaa..ada2 je scha.. oppss..sorry..grammatical error.. "beauty lies in the eyes of beholder" thanks.. :)

    ReplyDelete

TQ