Saturday, June 29, 2013

Bismillah :)

Assalamualaikum WBT..

Weeehuuu, ini post ke-100 aku...hihi... laaa... baru seratus ke? haha... ok la ni kan ;)

hehehe ^^ 

Alhamdulillah. Aku baru saja masuk semester ke-4 pengajianku di IPG selama 2 minggu.

These were havoc weeks.. Haha...sebenarnya takdelah havoc sangat. :D Tapi disebabkan menyandang tugas sebagai ketua unit a.k.a. KU, terasa lah jugak kesibukannya. Plus ada Festival Penghayatan Islam III yang sedang rancak berlangsung dan bakal berakhir minggu depan, lagi lah busy kan. Hihi.. Tapi, syukur so far still boleh handle. Tak tahulah lepas ni macam mana kan, apapun semoga Allah permudahkan urusanku dan semua sahabatku. 

Aku sebenarnya buntu memikirkan nak lakukan PBS kat mana untuk sem ni. Nak pilih sekolah mana ye? Kalau boleh nak buat di kampung aku je.. Tapi takut tak memenuhi kriteria tugasan kerja kursus je. So, sekarang aku sedang menunggu soalan kerja kursus subjek Moral aku. Kalau tak perlu ke sekolah yang ada non muslims, aku boleh proceed je dengan plan sebelum ni. Kalau tak, terpaksa menumpang buat PBS dengan roomate di KL... Huhu, kalau boleh nak stay lama sikit kat rumah.. Maklumla, musim perayaan, mestilah nak pergi ziarah jalan- jalan kan? Hmmmm apapun, kena tunggu keputusan Madam dulu. Semoga semuanya baik- baik saja (:

Ok lah, setakat ini dulu update kali ini. ^^

Sekian, wassalam....


Wednesday, June 12, 2013

Picnic at Menderu Waterfall, Chabang

Assalamualaikum... ^^

Apa khabar semua? Moga- moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. :) Sekarang aku sedang cuti sem, tapi hanya berbaki 3 hari lagi. Selepas ini, bakal memasuki semester 4 yang tentunya lebih mencabar dari sebelumnya.

Cuti 3 minggu ini telah dipenuhi dengan aktiviti bersama family dan kawan- kawan. Antaranya, aku dan kawan- kawan ditemani adik bongsuku berkelah di air terjun Menderu. Best sangat!! =D sebab tak ramai pengunjung masa kami pergi, so kira macam ada privacy la sikit. hihi. Air terjun sangat sejuk dan menyegarkan. Tak puas rasanya bermain air kat sana. Selain tu, buat bbq kecil-kecilan. haha. Tapi membahang juga muka menahan asap masa membakar tu. Tapi, apapun, we had fun there!

So, let's reminiscing the moment by looking at the pics! >,<






Alhamdulillah, boleh jugak spent masa dengan kawan- kawan. Harap dapat pergi lagi lepas ni. :)

Ok GTG! Wassalam

Saturday, May 4, 2013

Esok Sejarah Bakal Tercipta!

Bismillah.

Assalamualaikum.. ^^

Esok hari penentuan. Hari di mana perubahan bakal berlaku? Mungkin juga.

05.05.2013 Hari Pilihan Raya Umum ke-13. Sejarah negara bakal dilakarkan lagi. 

Ya Allah, semoga yang benar tetap berada di landasan yang benar. Semoga segalanya dipermudahkan serta berjalan lancar. Moga tiada yang buruk- buruk berlaku.

Semoga Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia. (: Semoga kemenangan berpihak pada yang hak. Aamiin...

P/s: 5 tahun lagi baru dapat giliran mengundi... hee

Wednesday, May 1, 2013

Say Alhamdulillah (:

Bismillah.  AllahummasollialasaidinaMuhammad...

Assalamualaikum.... ^^

Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogging, saat ini aku terpanggil untuk mencoret sesuatu.. Haiii, nampak sangat bersawang-sawang blog aku sekarang ni.. Dah lama sangat tak update.. yelah, takde mood sangat nak menaip- naip bila mana banyak kerja lain berbaris kat tepi minta diberi perhatian. Tambah- tambah pula aku ni jenis orang yang 'bermusim'. Kalau aku rasa nak buat sesuaatu, aku akan buat jugak walau sesibuk dan sesukar mana pun, tapi kalau aku dah rasa tak nak buat, mulalah kurang semangat, kurang kerajinan semua. heee.. Mungkin sebab sikap aku memang macam ni sejak dulu... hehehe =D Apapun, aku tetap aku. Titik.

Okay, memandangkan sekarang aku dah bebas dari segala assignments, agak banyak kelapangan masa yang aku miliki. Hee, seronok sangat! Tapi minggu depan dah start study week. Uhuk uhuk, batuk sekejap bila memikirkan final exam dah tak lama lagi. Takut! tapi tapi, lepas tu dapat cuti 3 minggu.. Yeehaa, tak sabar nak habiskan sem 3 di IPG ni. Tak sangka pejam celik pejam celik, satu lagi sem bakal melabuhkan tirainya. So, ada lebih kurang 5 sem lagi untuk aku menuntut ilmu di Institut Perguruan ini. 

Alhamdulillah, so far aku boleh adapt dengan suasana di sini. In fact, sangat banyak yang aku belajar sejak study kat sini. Benda- benda yang aku tak pernah terfikir akan buat masa dulu- dulu, ada yang aku dah cuba. Okay, contohnya, menunggang atas gajah, 'GAJAH' yang besar ye kawan- kawan, aku dah pernah buat, berakit manusia di tengah- tengah laut bersama kawan- kawan pun dah pernah buat, and masuk pertandingan lari 1500m pun dah pernah. Ehemm.. walaupun orang lain fikir buat benda- benda ni semua nampak mudah dan biasa je, tapi bagi aku sangat- sangatlah besar pencapaian ini. Aku dapat buktikan aku jugak boleh buat macam orang lain, aku juga boleh berjaya jika aku berani mencuba. Rasa motivated tau bila berjaya buat perkara- perkara yang kita tak pernah buat ni. hehehe... Aku harap aku dapat buat banyak lagi perkara yang menarik dalam hidup aku yang dapat aku abadikan sepanjang hayat aku. (: InsyaaAllah, jika diizinkan Allah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur dengan kehidupan aku sejak dulu tika saat ini. Perancangan Allah sememangnya yang terbaik untuk umat-Nya. (:  Semoga hari- hari mendatang sentiasa memberikan sinar yang dapat menerangi langkahku. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidupku di dunia dan akhirat. Aamiinn... ('',)

Sekian, wassalam...

Friday, January 18, 2013

Assignments Mari!

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang ditunggu- tunggu tiba lagi... :) Seronok!! Cuma yang tak bestnya dapat kerja banyak...kuikuikui.. But it's okay laa... Dah nama pun student, haruslah ada tugasan- tugasan yang perlu dilaksanakan... Kan kan? =D Hehe

Tapi yang agak pelik bagi aku sebab dah dapat banyak tugasan kerja kursus.. Dan 'due date' pulak dah tak lama lagi... Hurmmm... Baru nak panaskan enjin masuk sem baru, dah dapat assignments yang setiap satu ada beberapa sub- tugasan... Sabar jela jah oii.. Paling aku takut tugasan yang memerlukan kami buat micro-teaching dan mengajar sewaktu menjalani PBS/SBE nanti.. Bersediakah aku nak menjadi guru dalam erti kata sebenar? Entahlah, hanya masa yang tentukan.. Cuma doa aku agar segalanya dipermudah oleh Allah SWT... Inshaa Allah... :')

P/s: Belum masuk bulan 2 lagi ni, fulus pulak dah makin kurang disebabkan pengeluaran yang sangat aktif berlaku setiap kali masuk sem baru.. Moga- moga cepat sikitlah Mr. Elaun keluar ye.. Dapatlah student student meneruskan pengajian mereka dengan lebih 'sistematik'... =D 

Monday, January 7, 2013

2013~ Ada Apa Tahun Baru??

Assalamualaikum.... :)

Tahun 2012 yang penuh suka duka nampaknya telah melabuhkan tirainya.. Diganti pula dengan tahun baru 2013 yang semestinya lebih mencabar, lebih orang kata dapat menguatkan kita memandangkan banyak pengalaman baru yang bakal kita hadapi.. oh yeahhh! bunyi macam dah matang kan? hahaha! aku kalau bab- bab menulis ayat ni pandai je, tapi entah apalah maksud yang aku nak sampaikan kan? hehe... maaflah kalau tiba- tiba rasa pening pulak baca entry ni... hihihi ^______^

Sebenarnya, aku nak cerita pasal semester baru ni... Masuk tahun baru 2013 ni, secara rasminya aku dah melangkah ke semester 3 program ijazah sarjana muda perguruan... ini bermakna, ada lagi 5 sem sebelum aku menamatkan pengajian aku di IPG tercinta ni...hehe... Aishhhh, pejam celik pejam celik dah masuk sem 3... sekejap je rasa waktu berlalu... tahun ni pulak, inshaa Allah, umur aku bakal menjangkau 21 tahun... 21 tahun?! Biar betul!? >,< Ya Allah, dah nak dewasa aku rupa- rupanya...hehe... macam tak percaya pulak bila fikir balik...hehe... rasa macam baru je habis sekolah menengah...kui3 (bajet muda pulak) haha! apa pun,   kata orang umur tak penting, yang penting diri kita ni macam mana.. isi dalam jiwa tu macam mana... kuat ke tidak, boleh tahan dugaan ke tidak... hmmm... aku berdoa sangat pada Allah moga- moga aku ni lebih berjiwa kental... lebih memahami perasaan orang lain, lebih pandai menjaga hati insan sekeliling (aku ni selalu je buat orang terasa...huhu... maaf korang, aku tak bermaksud macam tu...) Moga- moga aku lebih berani tahun ni... !! Go go anis! hehe =D

Apa lagi nak taip ek? hurmmm... apa lagi kawan- kawan nak tau... Ahaa!! sem ni aku jadi PA aka personal assistance untuk subjek Hubungan Etnik.. hehe, kawan- kawan cakap aku selalu je dapat lecturer yang pelik- pelik.. Haha, no komen! Cuma aku harap aku dapat bekerjasama dengan baik walau dengan sesiapa pun aku berurusan... aamiinn...

Ok lah, bateri laptop dah nak habis... Tadi masa nak sambung plag charger laptop, tengok- tengok plag kembali tak berfungsi.. Adehh, ujian lagi... Sabar jela...hehehe... Ok, jumpa lagi! Wassalam ;)