Monday, February 6, 2012

"Kata Kunci Strawberi" Contest

Assalamualaikum :)


Saya mahu join contest lagi..hehe.. Ni semua sebab tengok roommate syok menyertai contest tanpa henti. Semangat betul dia kan? hehe


Kawan- kawan... Boleh klik sini :) untuk join...
 Syarat- syarat penyertaan:


  • Follow blog Gades dan Wanni (wajib dan akan di semak)
  • Buat entri bertajuk "Kata Kunci Strawberi" 
  • Copy banner di atas dan linkkan sama ada gades atau wanni
  • Letakkan satu gambar mengenai tempat yang anda ingin pergi atau sudah pergi 
  • Buat ayat mengenai gambar yang anda letakkan dan kaitkan dengan kata kunci "strawberi", "hadiah" dan "kasih sayang
  • Contoh = Saya teringin ke / saya pernah pergi ke _______________ kerana ____________. 
  • Pastikan ketiga-tiga kata kunci itu ada dalam ayat anda 
  • Letakkan link di ruangan komen gades atau wanni 
  • Tarikh tutup 3 - 9 feb 2012 pada 12.00 tengah malam
Tempat yang bakal dan ingin saya pergi:


                               Ladang Strawberry di Cameron Highlands

Saya teringin sangat nak pergi ke Cameron Highlands sebab cuacanya sejuk, banyak bunga, tanaman dan paling penting boleh melawat ladang strawberi. Wah, mesti seronok kan dapat melawat ladang strawberi tu sendiri? Boleh kutip banyak- banyak gitu. Lagipun saya jeles tengok ahli keluarga yang dah pergi ke sana. Masa tu saya tak dapat ikut serta sebab tengah menduduki SPM (tahun 2009). Apa yang saya mampu buat ialah tengok gambar mereka tengah bergembira melawat kawasan sekitar sana... =,=' Tapi takpe, insyaAllah still ada lagi peluang saya ke sana.. hehe :D.. sebab...... mak saudara saya yang bongsu bakal berkahwin dengan orang Cameron pada bulan Jun nanti. So, saya akan ajak famili melawat ladang strawberi di sana! hehe (^_^).. Saya doakan ikatan kasih sayang yang bakal terjalin antara mereka kekal hingga ke akhir hayat. Sebagai hadiah istimewa buat mereka, saya akan buatkan sebiji kek yang special, semoga mereka sukakannya... :))

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

TQ