Monday, February 6, 2012

Kalau dah minat tu.... apa pun jadi

Assalamualaikum... Kali ni aku nak post sesuatu, bukan contest tau..hehehe

Kita tidak akan pernah bosan melakukan sesuatu yang kita minat. Betul kan fakta di atas? :) Tapi, andai kata perkara yang akan kita buat tu, kita sangat- sangatlah tak minat, kita akan mencari 1001 alasan untuk mengelak..hehe.. Dan kita akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Kenapa agaknya ye? Mungkinkah faktor MALAS menguasai diri? 

Ok, di sini aku nak petik satu contoh. Aku sangat berminat membuat kek, muffins dan benda- benda yang cute lagi comel.. Walaupun aku belum terror dalam bidang tersebut, due to my deep interest, aku sanggup ulang- ulang kali mencuba. Sometimes aku search resepi kat internet, dalam buku and also mintak pada kawan yang turut berkongsi minat yang sama. Rasa bahagia buat benda yang kita minat ni takkan pernah sama dengan perasaan bila buat perkara yang kita tak suka. For example, aku rasa truly happy bila famili dan kengkawan aku tersenyum sambil makan kek hasil buatan aku. Bak kata orang, NIKMAT gembira tu lebih sikit... hehehe

Sebab tu lah, aku berazam nak cuba lagi buat pelbagai resepi yang menarik bila balik bercuti nanti. Pasal kos dan tenaga belakang kira. Yang penting, minat tu ada. Kalau dah minat tu... apa pun jadi..hehehe =))

Ok, jom tengok kek apa yang aku berminat nak cuba buat:

Kek Lapis Cheese Pesona

Super Moist Egg less Chocolate Cake

Kek Lapis Pandan Mocha
Amacam, nampak BEST sangat kan?? hehehe.. Semua ni aku ambil dari blog Dayang Jack-Dapurku Sayang... Resepi yang disediakan semuanya mengancam habis..hehehe.. Apalagi kawan- kawan... Let's try!! (^_^)V

Sekian dulu. Wassalam

2 comments:

  1. akak pndai wat kek coklat je . hee . kek lain tak pandai . kalau pandai buat kek lain macam adik kan best :)

    ReplyDelete
  2. hehe.. kite pn xpndai jgk.. baru nak berjinak- jinak cuba.. JOM akak, kite try.. Resepi dah ada tu..hehe

    ReplyDelete

TQ