Saturday, January 7, 2012

Ye, memang Grammar penting. Tapi...

Assalamualaikum WBT. Jam di handsetku menunjukkan jam 8.39 am. Hari ni hari minggu yang sungguh rileks. Disebabkan belum start kuliah, maka belum ada kerja nak buat. So, banyaklah free time nya kan? hee ;).. jap lagi, mahu outing.. Aku nak tampal gigi dan beli barang keperluan sikit. Harap- haraplah tak burn duit aku sangat, sebab purse dah mula nak kering ni.. huhu.. Risau jugak..

Ok berbalik pada tajuk entri di atas, topik aku mudah je. Sebagai seorang guru atau bakal guru English, sangat penting bagi kita untuk menguasai grammar. Cuba kita bayangkan, kalau kita update status di Fb dalam English yang rojak, salah grammar situ sini, apa pandangan orang lain pada kita? Orang akan cakap, "Budak ni ambil je course TESL, tapi grammatical error merata- rata." Segan kan?? Aku pun selalu salah grammar.. =,=' Buat malu je.. Sebab tu, kadang- kadang malas nak tulis status dalam English, kecuali bila aku betul- betul pasti apa yang aku tulis tu. 

Ye, penggunaan Grammar yang betul memang penting bagi teachers and teacher-to-be macam aku, tapi sampai bila aku nak malu- malu kucing kan? hehe, at least bila aku buat salah, orang akan tegur. Di sini, aku nak credit pada Sya yang sudi tegur aku bila salah. Terharu.. ;) Dan baru- baru ni pulak, kawan aku tanya aku, "Mu jarang ork tulis status dalam BI? dok nampok ane macam mu ambik course TESL" hurm, apa ye aku jawab, lupa dah.. hehee.. 

Nak bagi tahu kat sini, kita akan ambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu perkara. Selagi kita tak biasakan diri dengan benda tu, sampai bila- bila pun akan berada di takuk lama. Mudahnya di sini.. Kalau kita tak praktikkan ilmu yang dipelajari, macam mana kita nak tahu kita betul atau salah kan? So moralnya di sini, jangan malu- malu untuk belajar dari kesilapan.. Aku kena selalu menulis dalam English, supaya aku tahu di mana silapnya aku bila ada yang menegur. Kepada semua, tegurlah aku jika nampak kesalahan aku. Aku sentiasa akan terima dengan hati terbuka. Aku masih budak baru belajar. Chill ye kawan- kawan! (^_^) Wassalam

1 comment:

  1. nice entry :) ngee thanks anis for the credit >< same la kte, sme2 menegur..awk pun slalu tegur sy..and thanks a lot :) sy pun msih tatih grammar lagi..hee..sme2 kte menuju kejayaan k? :) amin ^__^

    ReplyDelete

TQ