Sunday, January 8, 2012

Oh, gigiku bermasalah

Assalamualaikum.. :)

Hari ni hari Ahad.. Masih lagi cuti di pantai barat semenanjung Malaysia. Macam biasa, i've got nothing to do.. Duduk- duduk menghabiskan masa, jadi stalker di Fb.. hehe.. tapi pagi tadi, aku buatlah kerja berfaedah sikit.. Aku exercise kat Kompleks PGL. Ikut perancangan, aku dan Shera nak main tali skipping. Nak kurus la katakan..hehe.. sekali buat je, dah semput, penat badan.. Terus aku berhenti.. Tapi rasa rugi pulak kalau balik bilik cepat sangat, so aku berjalan pusing trek. Banyak jugak pusingan, sampai berpeluh aku dibuatnya. Apa pun, aku nak jugak kuruskan badan!! Aja aja fighting! Ni termasuk dalam wish list azam 2012 aku.. hehe

Sebenarnya nak cakap pasal masalah baru yang aku hadapi, pasal gigi aku. Kan semalam, aku pergi klinik gigi swasta, ingatkan nak tampal gigi. I thought gigi aku berlubang. Bila doktor check, dia cakap aku ada masalah lain sebenarnya. "Ni bukan berlubang ni dik, ni masalah gigi bongsu adik yang tumbuh senget.. Adik kena buat surgery ni, sebab nak kena buang gigi bongsu adik supaya tak merosakkan gigi yang lain.." Ya Allah, buat surgery?? Nak menangis aku rasa dengar doktor cakap macam tu.. HUHU, takuttt!!

Yeah..inilah gambar yang menerangkan keadaan gigiku..

Beginilah lebih kurang keadaan gigi bongsu aku.. dia senget.. that's why aku ingat gigi aku berlubang.. sebenarnya tak pun..

So, she advised me to do the operation as soon as possible so that ia tak melarat. Masalahnya, doktor tu cakap akan ambil masa seminggu lebih untuk baik dari sengsara selepas pembedahan tu. Dalam tempoh tu, kena ada orang yang tolong masakkan bubur. Aduh, bunyinya macam menyakitkan je.. Tak sanggup rasanya, tapi demi kesenangan di kemudian hari, baik aku buat cepat- cepat. InsyaAllah, balik cuti CNY nanti aku akan buat appointment and kalau dapat, akan akan buat surgery secepat mungkin. Please pray for me dear buddies!! 

Ok, got to go! Nak pergi kafe, makan. Happy weekend.. Wassalam ;)

No comments:

Post a Comment

TQ