Monday, January 16, 2012

Balik kampung...

Assalamualaikum..

Lagi 4 hari balik kampung... Yeay!!! (^_^) Tak sabar nak jumpa famili sebab CNY holidays ni abang dan nuar pun ada balik. Boleh berkumpul ramai- ramai..

Kampung takdela kampung sangat. Takde sawah padi, cuma still ada lagi la kehijauannya.. Kampungku terletak di Kampung Geliga, Bandar Chukai, Daerah Kemaman, Negeri Terengganu. Kalau dari Melaka ke Kemaman, cuma ambil masa 5 jam perjalanan dengan bas. (Jauh jugak kan? hehe) Jom kita tengok pictures kampung aku:

Inilah kampungku yang masih menghijau :)

Ini pula rumah aku... :)

Ini sungai berdekatan kampung aku... :) tempat ayah aku selalu mengail udang...

Ini pantai Teluk Mak Nik.. Lebih kurang 10 minit dari kampung aku.. :)


Kenapa aku suka sangat balik rumah??

Sebab pertama, nak jumpa famili, rindula...sob3 ;(.. Rindu pada ibu, ayah dan adik- beradikku.. Boleh berkongsi cerita.. Bergelak ketawa... I hate Saturday! sebab dari dulu lagi hari Sabtu kena masuk asrama balik. Sekarang pulak, bila tiba je hari Sabtu, kena naik bas balik Melaka.. huhu.. tak nak.. tak nak..

Sebab kedua, balik rumah sendiri ni seronok. Famili layan je kehendak kita.. hehe.. (tapi, tak boleh ambil kesempatan tau).. Lagipun, banyak benda boleh buat kat rumah.. boleh tolong ibu masak, boleh buat kek, boleh jalan- jalan dengan motor, boleh lepak- lepak rumah tok wan.. Dan macam- macam lagi lah yang best..hehe :)

Sebab yang last but not least ialah, jimat duit!! hehehe... kat rumah tak perlu keluarkan duit untuk beli makanan... Boleh jimat sikit..hehe.. Lagi satu, bila nak naik bas, ayah atau ibu akan hulur- hulurkan sikit duit.. Bolehla buat jadi duit poket.. Suka3 >;<

Hurmm, aku pasti ramai lagi kawan- kawan yang suka dan tak sabar nak balik kampung kan? Dan mungkin korang ada reasons yang tersendiri kenapa korang seronok nak balik kampung.. :)

Tapi, apa pun yang paling penting, terutama bagi sesiapa yang masih mempunyai kedua- dua orang tua, hormatilah mereka, sayangilah mereka, layanilah kehendak mereka. Kerana tanpa mereka, siapalah kita.. Selagi mereka masih ada di sisi, HARGAILAH mereka... Kalau malu nak ucapkan dengan kata- kata, tunjukkan dengan perbuatan.. 

Salam sayang daripada insan yang sangat sayangkan ibu bapa dan familinya. 


<3 <3 <3 
Wassalam...

1 comment:

TQ