Thursday, April 12, 2012

Ukhuwah di hati...

Assalamualaikum...

Mood aku sangat baik lately..hehe yeke? padahal pagi tadi kurang ok sikit, biasalah masalah perempuan... hehe.. Actually, nak cerita pasal pengalaman mengikuti satu kem ni.. Kem FASSTrain IV, from 6th-8th April 2012 at SK Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong... :) 

Ni first time aku join kem bukan under IPG.. Kira ni terbuka kepada sesiapa yang berminat. Sebenarnya, kawan Ash yang ajak... Kami saja2 nak mencuba, tambah pengalaman dan kenalan.. Tak sangka ramai jugak yg turut serta dalam kem ni, hampir 150 orang.. Kebanyakan peserta ialah pelajar2 IPG dan UIA.. Best sangat dapat kenal ramai orang... eratkan ukhuwah sesama saudara seIslam.. :)

Memang banyak aktiviti kena buat..semuaya nak melatih kita menjadi fasilitator yang bagus.. Lagipun, boleh membantu kita sebagai bakal guru nanti... Kem ni betul- betul menguji ketahanan fizikal, mental, emosi plus rohani sekali.. hehe.. sampai sakit-sakit badan kami dibuatnya.. haha.. tapi takpe, pengalaman tu yang mahal, tak boleh dijual beli..

Dipendekkan cerita, aku nak highlightkan di sini yang aku sangat2 happy dapat kenal dengan ramai kawan- kawan baru yang satu kepala.. especially ahli group aku yang semua sporting habis.. Ziera, adik dijah, mimi, eton..:) rindunya kamu semua.. harap2 dapat jumpa korang lagi.. walaupun baru kenal 3 hari, tapi kemesraan mudah terjalin antara kita.. 




Bagi aku, 
Ukhuwah itu bukan nilainya diukur pada lama mana suatu perkenalan, tetapi bagaimana ia tersemat kukuh di hati, kekal dalam lipatan sanubari malah  kemanisannya sentiasa dapat dirasai walau waktu kian berganti... (^_^)

Sekali aku berkawan, selamanya tetap kawan... :)

Semoga ukhuwah yang terjalin, kekal selamanya... Ukhuwah fillah abadan abada... (=

Oklah, itu saja.. Nak sambung baca novel pulak.. Esok dah balik kampung!! Tapi sekejap je, sampai isnin..huhu.. takpe, asalkan boleh balik...

Sekian, wassalam...

Sunday, April 1, 2012

Dapat Baucer Buku !!

Assalamualaikum... ^^ Apa khabar teman- teman?

Lama sangat rasanya tak update blog...Biasalah musim assignment, sibuk sikit, tapi buat kerja kursus pun last minute juga.. Tak tahulah di mana hilangnya masa- masa aku...huhu.. Sedih pulak bila ingat pasal assignment Child Development.. Teruk sangat- sangat aku buat.. Memang for the sake of just doing it, mengarut gila kot.. Entah berapa lah dapat markahnya tu.. to my partner for task 2 CD, izzatul, sorry tau kalo dapat markah rendah.. hurm, semua salah aku.. malas sangattt!

Takpelah, lupakan sekejap pasal kecewa mr.assignment.. Hehe... ada pelangi menjelma selepas hujan... Alhamdulillah, dapat baucer buku RM 200... ^^ sangat- sangat happy sampai rambang mata nak beli macam- macam benda.. Baru sehari dapat baucer, dah gunakan RM 100... hehe.. beli novel 3 buah, fail dan buku resepi masakan (5 buah kot) hehe... macam takde benda lain nak beli kan? haha.. takpelah, mas cakap buat persediaan nak kahwin...kah3, mas selalu mengarut... padahal memang nak main masak- masak kat rumah.. Resepi semua nampak kaw2 je.. hehe.. Tak sabar nak cuba... =)

Oklah, tu je nak cerita...hehe.. Nak keluar outing sekejap... GTG! Wassalam (^^)V

Tuesday, March 13, 2012

Sakitnya.... huhu

Salam

Alhamdulillah, dah selamat buat pembedahan kecil untuk buang gigi geraham bongsu aku di hospital semalam (12 Mac 2012).. huhu.. lebih kurang sejam juga aku stay dalam bilik doktor norul azim tu.. wah, sakit sampai termenangis aku..huhu.. prosedur yang aku lalui; first, kena suntik ubat bius (banyak tempat jugak, sampai bibir dan pipi rasa tebal), then tunggu sekejap barulah belah gusi aku.. waaa, syukur masa ni tak sakit, next mulalah proses membuang gigi geraham aku ni..huhu, masa ni dah sakit, sabar jelah hati ni, doktor terpaksa suntik bius lagi supaya aku tak rasa sakit, and finally lepas dah cabut semua pieces gigi aku, masa untuk jahit balik gusi... huhu.. time ni boleh tahan sakitnya.. Tapi aku syukur sangat- sangat sebab pembedahan ni berjaya :) bangun je dari kerusi rawatan tu, dah tak boleh nak cakap pape dah.. sampai tak boleh nak ucap terima kasih kat doktor tu.. hehe.. lepas tu, pergi ambil ubat dekat unit farmasi.. haha.. yang kelakarnya nama yang ditulis "Nur Awang Mohd Zulkifli".. Hmm, ada pulak macam ni kan? ish3, betullah tulisan doktor ni memang tak boleh baca.. ;) 

Balik je rumah, terus makan ubat then menidurkan diri sampailah pukul 3.30 petang. Lama kan?? hehe.. Bila aku bangun, aku tengok, pipi aku dah bengkak, dah jadi besar sebelah... huhu... Sampailah ke waktu ni, masih bengkak... Aku harap esok- esok dah okay.. Huhu, rindu nak makan nasi... Lapar sih..hehe.. 

Teruk sangat bengkak... malu pulak nak kuar rumah... :(
Ok lah, nak masak bubur ikan lah... Salam ^^

Sunday, March 11, 2012

My 20 year-old age!!

Salam.. ^_^

Dah lama juga tak update blog ni... Almost two weeks I think... Sedar tak sedar dah 20 tahun usia aku.. hehe.. Ini menunjukkan aku dah hampir dewasa.. Ya Allah, kejap sangat masa berlalu.. terbayang- bayang lagi zaman aku sekolah rendah, sekolah menengah dulu... Zaman ketidak matured aku ni.. hahaa.. rindu pulak memorable moments masa dulu.. Geng- geng sekolah rendah, then bila masuk boarding school, ada geng sekolah menengah pulak, serious rindu nak melepak dengan korang- korang semua. Apa pun, masing- masing dah ada haluan tersendiri, dan alhamdulillah, aku terpilih menempuh jalan ini, sebagai bakal guru. =)

Dan, Alhamdulillah, syukur sangat- sangat Allah masih panjangkan usia aku... Allah juga masih panjangkan usia ibu bapa, famili, kawan- kawan dan cikgu- cikgu aku. Terima kasih Ya Allah.. Aku juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan hidup aku, may the same goes to you all.. ('',) Sempena 20 tahun aku hidup ni, aku sangat berharap I'll be a stronger person... Insan yang sentiasa bangkit apabila diuji, dan tak cepat menangis apabila masalah datang menimpa. Aku tau memang susah bagi aku, tapi berusahalah Anis.. jangan manja sangat ok?! hehehe

Akhir sekali, special thanks to my beloved ibu yang aku sayang selamanya, terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini... Tanpa ibu, siapalah aku... Terima kasih atas perjuangan ibu buat diriku 20 tahun yang lalu.. Mungkin beberapa tahun lagi, aku juga akan melalui pengalaman yang sama..hehe.. ok lah, semakin mengarut.. Wassalam... (^^)V


Saturday, February 25, 2012

Saya Sayang Shera & Mas!!

Assalamualaikum :)

Hehe..tengah tengah malam yang buta ni, sempat lagi update blog kan? hehee.. Kenapa ye? Entah, tak tahu. Just feel that I want to write something here.. nak cot cet cot cet pasal shera dan mas.. hehee.. Kalau diorang baca blog aku ni, mesti terharu punya kan? hahaa, confirm!!! (^_^)

Baiklah, terlebih dahulu, aku nak perkenalkan watak- watak dalam entri aku kali ni.. Jeng3  >,<


Ini ialah Shera :)


Ini pulak mas eka :)




Thanks korang berdua sebab sudi jadi sahabat aku... hehe.. terharu.. tapi...macam kacau daun pulak aku ni kan? yelah, segan jugak sebenarnya korang kan bestfriend, tetiba aku pulak mencelah daunkan diri ni di antara korang.. Tapi takpe, aku tahu korang sebenarnya tak kisah, malah berbesar hati dengan kehadiran aku kan. Kan3 ? hehehe :D

Hurm... Walaupun kita bertiga berbeza personaliti, alah macam 3 orang penyanyi Beribu Sesalan tu.. Aku Jaclyn, Shera Ning Baizura, Mas Shila Hamzah (hehee, Mas jangan kembang suda!! hak3) tapi kita still boleh get along well kan? ^^ Aku tahu kadang kadang aku ni sukar diduga moodnya kan? Bila happy, nampak sangat aku happy, tapi bila tension, ada masalah je terus berubah air muka aku kan? Harap korang dapat terima kekurangan diri ini.. Sob3 

Ok, let's talk about Shera pulak.. Kalau nak tahu, Shera la yang paling alim antara kami..hehe.. tapi dalam pada tu, suka ketawa, kuat pulak tu..hahaa.. aku suka bergurau dengan shera.. shera ni mesra orangnya, peramah, suka tolong orang, pendengar yang baik.. dan.. apa lagi ye? seorang yang tetap pendirian.. dan MATANG!! hehe.. Paling aku tabik, shera tak pernah pun tunjuk dia marah kat seseorang.. (kontra habis dengan aku) Dia simpan je dalam hati.. Tapi kawan, bahaya buat macam tu.. Sometimes, kita perlu luahkan masalah kita agar kita tak menanggung beban perasaan yang terlalu berat. Remember that!

Mas pulak.. hurm.. Mas ni lembut dan ayu orangnya..hehe.. tapi dia ada sound trouble sikit..hak3.. gurau je mas.. :D jangan marah..hihi.. apa yang aku suka pasal mas ni dia seorang yang sentiasa cuba beri yang terbaik dalam apa yang dia buat.. contoh, masa buat pembentangan and time buat assignment.. good job mas!! aku suka buat kerja satu group dengan mas.. sebab kami sama sama jenis yang teliti masa buat kerja.. Lagi? mas ni best kalau dibuli..hehe.. suka usik mas... tapi harap mas tak simpan dalam hati ye.. Itu semua cobaan...haha

Walaupun kami bertiga nampak macam jenis yang skema, ikut arahan je, jangan ingat kami ni senang dibuli tau.. hahaaa.. takut tak dengar?? Tapi jangan risau, kami tak sampai lagi tahap budak- budak nerd asyik study, serious all the time. In fact, kami la yang selalu siapkan kerja last minute tau.. hihi.. And kami pun punyai otak yang gila gila jugak.. Satu kepala je sebenarnya.. hehe.. Cuma, bila hidup di IPG ni, ditambah pulak memegang status bakal pendidik, memang kami tak suka nak timbulkan masalah.. Pada kami, what you give, you get back.. Bila kita bagi kerjasama, dan tak susahkan orang dengan masalah kita ni, insyaAllah urusan kita akan dipermudah kelak..Amin.. :)

Di sini, aku dedikasikan ucapan terima kasih pada korang berdua.. Bak kata Delisa (2012), aku sayang kamu berdua kerana Allah! :)) Aku faham yang tak semua orang boleh terima diri dan personaliti aku, tapi cukuplah kalau korang berdua yang setia di sisi sepanjang perjalanan mengharungi liku-liku kehidupan di IPG ni.. Friends until Jannah.. InsyaAllah (^^)

Shila, Jaclyn n Ning :D


Ok, dah lewat ni.. Kalau Shera dan Mas baca entry ni, say something kat ruangan komen please.. sama ada korang setuju tak dengan apa yang aku tulis.. hehe.. Sekian, wassalam.

Friday, February 24, 2012

I Love Dr. Annisa's Class!!!

Assalamualaikum... :)

I dedicated this entry to a lecturer I admire, Dr Annisa Nor Jettey..
 She teaches us Linguistics for this semester.. 
At first, I thought she is a scary person.. 
People said she is super duper strict..hehe..
 Yes, I admit that,  she's a little bit strict.. but isn't it good for us to have a teacher like her? So that, we will be well prepared always.. Right?? :D
And, trust me, the more u get to know her, the more you will respect and salute her. Wherever she go, she'll contribute much to that place.. 
During her time teaching secondary schools few years back then, and also when she was a language officer at JPN... She made much changes..!! 
 I want to be like her too.. >,< Do good things for people without even care for the reward.. Sincere and always pray the best for others... 
One more thing, I really enjoy her class.. She is really good at grabbing our attention. I like her teaching style. Even the period of her lecture sometimes reach 2-3 hours, it doesn't make me feel bored at all. Sometimes, she prepared mini games or activity for us... Which are indeed, interesting..!! 
And the last and most important, she tries her very best to make us become a good English teacher like her. A teacher who is always honest to her job, with the intention to engage the students' interest in learning English. That's the true TEACHER... ^_^ I'm so motivated right now..hahaa

essential elements to be good in English:

* exposure
* practice
* opportunity <----this, i'm not sure..hehehe

I think I had enough for today.. :) Till we meet again, wassalam...

Friday, February 17, 2012

MuSiM Assignments...

Assalamualaikum.. :)

Dah lama jugak tak update blog.. sibuk sangat...hehehe... lagi pun, entah tak ada mood nak menaip entry..huhu..

Sekarang ni musim assignments..hoho..kebanyakannya nak kena submit next week.. So, macam kurang ada masa la kan? Mujurlah kelas habis awal biasanya.. Setakat ni dah dapat 3 kerja kursus.. tambah dengan nak hantar portfolio BIG... and for sure banyak lagi bakal menyusul.. Fuhh.. tak sabar nak siapkan kerja- kerja ni semua..tapi masalahnya susah..huhu.. memang kena usaha lebih.. dan dengan itu, aku stop kan dulu entri aku untuk kali ni.. Please pray for my success in studies...

Before that, aku nak share satu quote yang aku curi dari fb adik aku..hehe.. (tanpa izin)... Boleh kita renung- renungkan =)

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan , air mata kerana ibubapa 1 penghormatan , air mata kerana kekasih 1 penyesalan , air mata kerana ALLAH 1 keberkatan :)

Sekian, wassalam :)

Friday, February 10, 2012

Akhirnya..... Tercapai jugak...

Assalamualaikum.. :)

Hai awak- awak semua. Alhamdulillah, akhirnya tadi aku beli jugak sebuah basikal... Untuk kegunaan di IPG tercintaku ini. Nanti senang sikit nak pergi cafe, or jalan- jalan sekitar luar IPG. 

Sebenarnya, dah lama ada niat nak beli basikal, agak- agak dalam hujung tahun ni perancangannya. Tapi, entah macam mana tadi, aku terpengaruh pulak dengan suggestion dari kawan aku, IZZATUL HANI.. hohoho.. maka jadi jugak aku beli si basikal bertuah tu. Aku ni memang lemah hal- hal beli- belah ni, cepat je terpengaruh bab- bab membeli ni..hehehehe.. 

Takpelah, dah selamat beli dah. Harga: RM 280/- Ramai jugak yang cakap harganya mahal sikit.. Tapi ada lagi ea kedai lagi murah? Kat mana? Dah tanya ramai, tapi semua tak pasti. Takpelah, macam yang aku cakap tadi, basikal tu dah jadi milik aku dah pun. Alhamdulillah, rezeki hari ni.

Jom tengok gambar basikal baru aku... (^_^) V


Taraaaa!!! smart tak? :))


Ni masa petang tadi cuba bawak...hehe.. semangat..!!!


Ok, sekian dulu.. Jap lagi nak pergi surau BISA, tonton video menarik kat sana. :) InsyaAllah tidur kat sana untuk berqiamullail esok pagi. Harap- harap dapat bangun esok.. :))

Sekian, wassalam..

Thursday, February 9, 2012

" CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA"

Assalamualaikum.. Ini contest pertama aku join hari ni... 
" CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA" 
Walaupun dah last minute, sempat lagi ni..hehe


Kepada sesiapa yang berminat nak join, sila klik SINI :))


Kemudian, teka jumlah duit gambar di bawah...



Jumlah yang aku teka: RM 45.00 (tembak je...hehe)


IMPIAN SAYA (^_^)

Impian saya banyak sangat....  Tapi paling saya impikan ialah melancong dan travel ke tempat- tempat menarik di seluruh dunia. Nak rasa sendiri suasana negara orang :)

Ok, mission accomplished. Wassalam :)

Wednesday, February 8, 2012

"Contest Sweet Sour Friends by wan niahix & nur ay'ien"

Assalamualaikum... :)


Alamak...sempat lagi tak ni?? hehee..nak join contest Sweet Sour Friend... lagi 1 jam tamat penyertaan contest ni... Sempat kot.... (^_^)

Kepada yang berminat nak join..sempat lagi ni... hehe.. boleh klik SINI :))

Ok, aku pilih nak bercerita soal SWEET tentang my bestie and I... Jom layan...

Ok, my sweet friend yang pakai baju biru tu...hehe.. yang kanan tu aku laa.. =D


<3 KISAH SWEET KAMI <3

Kawan karib aku namanya Wan Nurul Amira binti Wan Mohd Redzuan, lebih mesra disapa Miera :)...  Mula bersahabat sejak di bangku sekolah menengah sampailah kini. Miera ni sangat sangat best! Understanding and happening!   Kelakar pun ada. Kami tak boleh jumpa, kalau jumpa pasti ada je benda nak gelak.. Hehehe.. tapi kan.... hehe.. jangan tak tahu.. dia cepat jeles tau.. hahaha.. nak nak masa zaman sekolah,time tinggal di asrama dulu. Dia pernah tulis surat kepada aku dan seorang lagi kawan yang aku agak rapat ketika itu.. Dia cakap dia sedih tengok aku lebih rapat dengan orang lain. Dia jeles... Sob3 ;( sedih je baca surat Miera.. Lepas dapat surat tu, barulah aku sedar yang Miera sangat sayangkan aku dan persahabatan kami. :)

Ok, kisah menarik seterusnya kami pernah travel bersama ke bumi Kelantan Darul Naim. Hehehe.. bunyi travel macam jauh sampai ke luar negara pulak...  :D Sebenarnya, masa tu cuti akhir tahun Form 4. Miera ajak aku teman dia bercuti di rumah nenek dia. First time pergi trip naik bas, sendiri sendiri tanpa pengawasan ibu bapa. Wah, rasa freedom sekejap!! hahaha Excited sangat masa tu.    hehehe. Kita orang pergi melawat tempat- tempat menarik kat sana. Lagi pula, rumah nenek dia dekat dengan Pasar Siti Khadijah. So, kira tu macam tempat wajib pergi la kan? hehehe :D Ada jugak kami berjalan kaki pergi muzium kat sana, then pergi shopping 2 orang. Rasa macam dah dewasa pulak time tu. Apa pun, memang tak boleh lupa la kenangan tu. (^_^) Sweet moment spent together...

Sekarang, kami masih keep in touch walaupun study di tempat berlainan. Walaupun kami dari dua bidang yang berbeza, aku bakal guru, dia pula bakal electrical engineer, kami tetap berkongsi bulan yang sama, tetap memandang langit yang serupa. Semoga akan ada banyak lagi kisah sweet antara kami. Sayang Miera sesangat!! :)) 

Sekian, wassalam (^_^)V



Short but Meaningful Contest

Assalamualaikum... :)


Join contest lagi..hehehe.. kali ni join contest "Short but Meaningful" =)

Photobucket

Sesiapa yang berminat, boleh join jugak... Klik SINI :))

Ok, setelah follow blog penganjur dan sponsor yang terlibat, tulis satu cerita yang ringkas tetapi bermakna. :) Haaa, macam mana tu? hehehe :)) 

Saya akan tunggu awak  :)

Dah bermacam- macam lelaki telah saya jumpa selama ini. (Walaupun baru hidup 20 tahun..hehe) Namun, semua dirasakan tak sesuai dengan diri ini. Bukan memilih, tetapi mungkin jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk saya sejak dulu belum lagi ditemui. Kenapa saya risau sangat pasal jodoh ye? hehe.. Sebenarnya saya risau takut tak kahwin sampai ke tua. :D Lagipun, sekarang ni saya belajar di IPG Kampus Perempuan Melayu, so memang takde students lelaki la kan? Pada fikiran tidak matang ini, selama 5 tahun setengah di IPG ini, sukar untuk saya cari seseorang yang boleh saya jadikan calon suami..Hehe.. Tapi, sebenarnya banyak hikmah perkara ini terjadi. Ia mendidik hati ini agar tak terleka dengan cinta dunia. Cinta sesama insan tak perlu dicari, bila dah tiba masa yang sesuai, insyaAllah, kita akan jumpa dia jugak kan? :) So, sementara tengah tunggu si dia datang meminang, saya kena persiapkan diri ini dengan sebaiknya dulu. Jadilah wanita yang baik sekiranya menginginkan teman hidup yang baik sebab "Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu jugalah sebaliknya." :)


So, to my "Mr. Right" out there: 

Sama- samalah kita memperlengkap diri kita dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Saya tak tahu siapa awak tapi saya akan tetap tunggu awak datang dalam hidup saya. InsyaAllah :))

Sekian, terima kasih. Wassalam

Derma Darah Lagi...hehehe

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, tadi dah selesai derma darah kali kedua. Kalau nak tahu, aku pemilik darah B. Tak sama dengan ayah yang berdarah O. Ibu rasanya darah AB. Emm, sebenarnya, tak beria- ia sangat pun semalam... Kesian kat roommate yang bersemangat nak derma tapi tak dapat sebab kesihatan tak mengizinkan.. Takpelah, lain kali insyaAllah ada lagi peluang tu.. =)

So, alang- alang kelas habis awal hari ni, bolehlah join sekali tadi. Syukur, masih diberi kesihatan fizikal. Tadi, terkejut melihat berat badan yang semakin bertambah....hohoho.. dah mula rasa runsing.. (Inilah masalah perempuan kan? hehe :p) Apa lagi, terus setuju bila roommate ajak berjoging petang ni...hehehe.. Misi ===> Kuruskan badan ke tahap ideal!! Cewahhhhh

Ok lah, sampai di sini dulu.... Sekian, Wassalam (^_^)V

P/s: Runsing memikirkan soal PBS nanti... Nak buat kat sekolah mana ye? Teruskan berfikir ye anis....

Contest Gambar Cute Face by Cahaya wahyu & Fazi isma

Assalamualaikum.. :)

Nak join contest lagi... Hehehe


Ini banner contest...




Kepada sesiapa yang berminat, jom join, sempat lagi tau!! hehe.. KLIK SINI =)


First of all, kena follow 3 blog dan 1 page kt fb... Semua tu done! :)

Blog 1

Blog 2

Page Geng Fiq'ra

Blog 3


Lepas dah siap semua proses di atas, tiba masa kita pilih gambar yang kita rasa paling comel kita pernah simpan.. Tak kisah berseorangan atau bersama kawan- kawan.. Hehehe, ok setelah berfikir panjang, aku decide nak pilih gambar di bawah... Taraaaaa!!!

Aku bersama geng IT- MAYA :)) miss u all....
Kenapa pilih gambar di atas? =)) Bagi aku, gambar ni sangat comel dan menggamit memori lalu. Now, I'm missing that lovely moment... Huhu... ;(  Ini gambar last sebelum cuti persekolahan Form 4 kami. Last day dah tu kami bergambar bersama sebelum pulang ke rumah masing- masing. Tak sangka, pejam celik pejam celik dah 3 tahun lebih masa berlalu... Aku doakan ukhuwah sesama kita kekal berpaut erat meski jarak memisahkan. InsyaAllah :)

Last but not least, kita kena tag 3 orang kawan kita... Calon- calonnya adalah:


Ok, mission accomplished. Sekian, wassalam (^_^)V

Monday, February 6, 2012

Photogenic Picture Contest!!!

Assalamualaikum.. :)

Aku nak join contest lagi...hehehehe.. Nampak hadiahnya menarik sangat tau... Menang kalah tolak tepi asalkan mencuba. Walau muka tak berapa nak photogenic, aku cuba ye.. hehe :D

Ini banner bagi contest ini. Cun kan??hehe.. Klik SINI :) untuk join!


Ok, lepas dah siap follow blog penganjur and like sponsor- sponsor yang terbabit, kini aku perlu tag 3 orang atau lebih kawan dan war- warkan contest ini. Insan- insan yang terpilih ialah : hehehe =)


Kemudian, letakkan satu gambar yang dirasakan paling fotogenik milik anda. Hehehe...bab ni yang malu sikit ni. Yang ni kot:


I love to smile... !! (^_^)

Simple je kan foto tu? Hehe.. Ok, done!
Sekian, wassalam =)

Segmen Tips: 5 Jenis Air Membantu Kurangkan Berat Badan

Assalamualaikum.. :)

Kali ni, aku nak berkongsi tips 5 JENIS AIR yang PATUT SELALU DIAMALKAN... Jangan risau, sumber ni aku dapat dari satu artikel yang reliable yakni boleh kita percaya... (^^) Ok, straight to the point..


1. Water (Air Putih)

We all know this one, but it’s important to remember that water is the single best choice for effective weight loss. Whether it’s still or sparkling, aim to make water your go-to beverage choice. Think water is boring? Try adding fresh lemon slices, lime, cucumber, and even a slice of tomato to add flavor without adding many calories.
2. Vegetable juice (Jus Sayur-sayuran)

Whether in a can, bottled, or homemade, vegetable juice is an excellent way to get the fiber and nutrients your body needs to fuel your weight loss. If you can find a low-sodium variety, even better. The veggies will keep you fuller longer and the tangy flavor will keep your taste buds happy.
3. Unsweetened tea (Teh tanpa gula)

Green tea has been proven to help boost metabolism and speed up weight loss. Try it hot or iced with a bit of honey for a low-sugar sweet drink. Don’t forget black and oolong teas, too! Both are filled with antioxidants, which can help rid your body of toxins.
4. Black coffee (Kopi hitam)

A morning cup of joe or an afternoon iced coffee can help spur your weight loss by providing a boost of caffeine that suppresses hunger. Also, coffee has been shown to stimulate thermogenesis, which heats up the body and boosts metabolism. Just be careful about what you add to your coffee — stick to skim milk and very little sugar.
5. Skim milk (Susu tanpa lemak)

Milk is an excellent source of lean protein, vitamin D, and calcium that can help build your muscles and keep your bones strong. Opt for low-fat or skim milk for all of the vitamins without the added fat. If you are feeling indulgent, add a little chocolate — low-fat chocolate milk is a great option for post-workout muscle recovery.
Source from: Reader's Digest Asia :)
*** So, minuman terbaik untuk mengurangkan berat badan dan paling menjimatkan tentu sekali air masak/ putih kan? Jangan berlengah lagi, amalkan gaya hidup sihat. Banyakkan minum air putih. InsyaAllah sihat sentiasa... (^^)V ***
Ok, sehingga bertemu lagi. Wassalam =)

Kalau dah minat tu.... apa pun jadi

Assalamualaikum... Kali ni aku nak post sesuatu, bukan contest tau..hehehe

Kita tidak akan pernah bosan melakukan sesuatu yang kita minat. Betul kan fakta di atas? :) Tapi, andai kata perkara yang akan kita buat tu, kita sangat- sangatlah tak minat, kita akan mencari 1001 alasan untuk mengelak..hehe.. Dan kita akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Kenapa agaknya ye? Mungkinkah faktor MALAS menguasai diri? 

Ok, di sini aku nak petik satu contoh. Aku sangat berminat membuat kek, muffins dan benda- benda yang cute lagi comel.. Walaupun aku belum terror dalam bidang tersebut, due to my deep interest, aku sanggup ulang- ulang kali mencuba. Sometimes aku search resepi kat internet, dalam buku and also mintak pada kawan yang turut berkongsi minat yang sama. Rasa bahagia buat benda yang kita minat ni takkan pernah sama dengan perasaan bila buat perkara yang kita tak suka. For example, aku rasa truly happy bila famili dan kengkawan aku tersenyum sambil makan kek hasil buatan aku. Bak kata orang, NIKMAT gembira tu lebih sikit... hehehe

Sebab tu lah, aku berazam nak cuba lagi buat pelbagai resepi yang menarik bila balik bercuti nanti. Pasal kos dan tenaga belakang kira. Yang penting, minat tu ada. Kalau dah minat tu... apa pun jadi..hehehe =))

Ok, jom tengok kek apa yang aku berminat nak cuba buat:

Kek Lapis Cheese Pesona

Super Moist Egg less Chocolate Cake

Kek Lapis Pandan Mocha
Amacam, nampak BEST sangat kan?? hehehe.. Semua ni aku ambil dari blog Dayang Jack-Dapurku Sayang... Resepi yang disediakan semuanya mengancam habis..hehehe.. Apalagi kawan- kawan... Let's try!! (^_^)V

Sekian dulu. Wassalam

Contest Teka dan Menang by Miera and Nabila

Assalamualaikum.. 
Sekarang, Anis nak join contest menarik yang seterusnya iaitu 




Klik sini untuk join ye kawan- kawan.... ^_^

Contest ni sangat menarik sebab ada main teka- teka bilangan bintang dalam bekas.. Sebenarnya, tak tahu macam mana nak teka bilangan sebenar.. Hehe, nampak dalam gambar macam sikit je kan? Takpelah, anis try.. hehehehe.. Ok, dah ada jawapan dalam fikiran ni.. Harap- harap betul lah. Aminnn

Ok, dah siap masuk contest ini. Sekian, Wassalam :))

Contest I Love Being Awesome



Assalamualaikum.. :)

Hai, today aku join lagi another contest. 
Contest I Love Being Awesome (^_^)V



Klik sini awesome untuk join...
Contest ini telah dianjurkan oleh Saudari Atiqah Maznan :)) Ia terbuka kepada sesiapa yang berminat nak join. Sebenarnya aku rasa sangat AWESOME bila sertai banyak contest ni!! Hehehe... macam dah jadi hobi baru pulak kan? Just for fun, tak salah kan? So, hopefully today will be an awesome day for you and me! Cheese!!! (^^)V

Sekian, Wassalam...

"Kata Kunci Strawberi" Contest

Assalamualaikum :)


Saya mahu join contest lagi..hehe.. Ni semua sebab tengok roommate syok menyertai contest tanpa henti. Semangat betul dia kan? hehe


Kawan- kawan... Boleh klik sini :) untuk join...
 Syarat- syarat penyertaan:


  • Follow blog Gades dan Wanni (wajib dan akan di semak)
  • Buat entri bertajuk "Kata Kunci Strawberi" 
  • Copy banner di atas dan linkkan sama ada gades atau wanni
  • Letakkan satu gambar mengenai tempat yang anda ingin pergi atau sudah pergi 
  • Buat ayat mengenai gambar yang anda letakkan dan kaitkan dengan kata kunci "strawberi", "hadiah" dan "kasih sayang" 
  • Contoh = Saya teringin ke / saya pernah pergi ke _______________ kerana ____________. 
  • Pastikan ketiga-tiga kata kunci itu ada dalam ayat anda 
  • Letakkan link di ruangan komen gades atau wanni 
  • Tarikh tutup 3 - 9 feb 2012 pada 12.00 tengah malam
Tempat yang bakal dan ingin saya pergi:


                               Ladang Strawberry di Cameron Highlands

Saya teringin sangat nak pergi ke Cameron Highlands sebab cuacanya sejuk, banyak bunga, tanaman dan paling penting boleh melawat ladang strawberi. Wah, mesti seronok kan dapat melawat ladang strawberi tu sendiri? Boleh kutip banyak- banyak gitu. Lagipun saya jeles tengok ahli keluarga yang dah pergi ke sana. Masa tu saya tak dapat ikut serta sebab tengah menduduki SPM (tahun 2009). Apa yang saya mampu buat ialah tengok gambar mereka tengah bergembira melawat kawasan sekitar sana... =,=' Tapi takpe, insyaAllah still ada lagi peluang saya ke sana.. hehe :D.. sebab...... mak saudara saya yang bongsu bakal berkahwin dengan orang Cameron pada bulan Jun nanti. So, saya akan ajak famili melawat ladang strawberi di sana! hehe (^_^).. Saya doakan ikatan kasih sayang yang bakal terjalin antara mereka kekal hingga ke akhir hayat. Sebagai hadiah istimewa buat mereka, saya akan buatkan sebiji kek yang special, semoga mereka sukakannya... :))

Sekian, terima kasih.

Sunday, February 5, 2012

What's Your Name Contest

Assalamualaikum.... JOM JOIN CONTEST LAGI!!!! (^_^)

Klik sini :) untuk join....

Ok, nama diberi ialah NUR AWANIS.... Mesti jarang dengar nama ni kan? :) Sebenarnya, cuma "Nur" yang ada maksud iaitu Cahaya. "Awanis" pula dah try cari dalam buku nama- nama Islam tapi tak jumpa. Tapi still ada jumpa beberapa orang yang nama sama dengan saya..hehe.. mungkinkan ada maksud yang tersembunyi? Wallahualam...

Mengapa saya dinamakan dengan nama NUR AWANIS?

Tentu ada kisah di sebaliknya kan? Actually, pada awalnya ibu saya ingin menamakan saya dengan nama Nur Nadhrah. (ayah pun dah besetuju). Ibu sangat berkenan dengan nama tersebut, lagipun maksudnya baik. Dah siap tulis dalam borang daftar nama dah, tunggu nak hantar je dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Tiba- tiba, apabila ayah pulang ke rumah, ayah terus minta borang tersebut dan padamkan nama asal dan tukar kepada nama NUR AWANIS. Ayah cakap, bapa saudara saya (Pak Lang) ada termimpi pasal nama yang sesuai untuk saya iaitu nama NUR AWANIS ni. Kira macam dapat ilham nama ini melalui mimpi gitu... hehehe (^_^) Maka, tanpa ragu- ragu ayah  pun hantar borang nama itu dan akhirnya inilah nama saya... NUR AWANIS BINTI MOHD ZULKIFLI.

Maksud nama panggilan saya?

Ok, nama panggilan saya pula ialah ANIS. Family dan kawan- kawan kebanyakan panggil Anis. Kalau ikutkan maksud dalam buku nama- nama pilihan dalam Islam, "Anis" bermaksud "yang mesra, teman setia". Bagi yang betul- betul kenali diri ini, memang saya seorang yang mudah mesra dan InsyaAllah boleh menjadi teman yang setia kepada anda semua. :) Jadi, jom jadi kawan saya. hehehe... :))

Hurmm, nampaknya dah panjang lebar saya bercerita tentang nama saya. Untuk makluman lanjut, boleh tanyakan di ruangan komen ye.. hihi..

Sekian, wassalam. (^_^)