Assalamualaikum...
Mood aku sangat baik lately..hehe yeke? padahal pagi tadi kurang ok sikit, biasalah masalah perempuan... hehe.. Actually, nak cerita pasal pengalaman mengikuti satu kem ni.. Kem FASSTrain IV, from 6th-8th April 2012 at SK Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong... :)
Ni first time aku join kem bukan under IPG.. Kira ni terbuka kepada sesiapa yang berminat. Sebenarnya, kawan Ash yang ajak... Kami saja2 nak mencuba, tambah pengalaman dan kenalan.. Tak sangka ramai jugak yg turut serta dalam kem ni, hampir 150 orang.. Kebanyakan peserta ialah pelajar2 IPG dan UIA.. Best sangat dapat kenal ramai orang... eratkan ukhuwah sesama saudara seIslam.. :)
Memang banyak aktiviti kena buat..semuaya nak melatih kita menjadi fasilitator yang bagus.. Lagipun, boleh membantu kita sebagai bakal guru nanti... Kem ni betul- betul menguji ketahanan fizikal, mental, emosi plus rohani sekali.. hehe.. sampai sakit-sakit badan kami dibuatnya.. haha.. tapi takpe, pengalaman tu yang mahal, tak boleh dijual beli..
Dipendekkan cerita, aku nak highlightkan di sini yang aku sangat2 happy dapat kenal dengan ramai kawan- kawan baru yang satu kepala.. especially ahli group aku yang semua sporting habis.. Ziera, adik dijah, mimi, eton..:) rindunya kamu semua.. harap2 dapat jumpa korang lagi.. walaupun baru kenal 3 hari, tapi kemesraan mudah terjalin antara kita..
Bagi aku,
Ukhuwah itu bukan nilainya diukur pada lama mana suatu perkenalan, tetapi bagaimana ia tersemat kukuh di hati, kekal dalam lipatan sanubari malah kemanisannya sentiasa dapat dirasai walau waktu kian berganti... (^_^)
Sekali aku berkawan, selamanya tetap kawan... :)
Semoga ukhuwah yang terjalin, kekal selamanya... Ukhuwah fillah abadan abada... (=
Oklah, itu saja.. Nak sambung baca novel pulak.. Esok dah balik kampung!! Tapi sekejap je, sampai isnin..huhu.. takpe, asalkan boleh balik...
Sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment
TQ