Saturday, January 28, 2012

Laptop dah Ok... Alhamdulillah

Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah, lappy aku dah ok, dah sihat sejahtera. Baru ambil dari kedai tadi. Lepas ni tak mahu sakit- sakit lagi ye... :D Aku dah masukkan antibody untuk mencegahnya dari segala macam influenza- influenza ganas.. Kaspersky, harap- harap lah internet security jenis ni ok... Kalau tak ok, alamat habis la duit kan?? Hurm...

Tadi, pukul 8 pm lebih, baru lepas hantar Nuar kat stesen bas Kuantan. Dah balik dah dia. Esok giliran aku pula. Tak nak!!! Tak nak!!! Tak nak!!! Tak nak balik jugak, tak kira!!! hehehe, menjerit kat sini pun macam lah ada orang layan kan? Terpaksa la redha.. Kan anis kan? Takpelah, nanti bulan 3 balik lagi. Kejap je lagi tu...Tak sabar rasanya... (>,<) hehe

Ok la, dah jam 1:27 pm sekarang ni. Nak tidur buat kali terakhir atas katil empukku ini. hehe... 
Goodnight semua.. :) Wassalam


Thursday, January 26, 2012

Polka Dots Muffin

Assalamualaikum kawan- kawan :)

Semalam kan, aku belajar buat benda baru. Jeng jeng jeng!!! Guess what? Aku buat muffin polka dots yang sangat cute.. Enjoy sangat buat benda tu.. hehehe.. credit to NURUL AFIQAH MOHAMAD, my high school friend yang sudi mengajar aku buat muffin tu. Walaupun mungkin kurang menjadi lagi kejadiannya, tapi takpe! Aku akan cuba lagi. Paling best bila buat corak pada muffin tu. Fiqah ajar aku buat corak strawberry, love and polka dots. Nanti aku nak try buat corak yang lebih menarik. Tunggu ye!!! (^_^)V

Maaf, tak dapat nak letak gambar muffin yang aku buat sebab laptop ni tak boleh bluetooth semenjak di format baru- baru ni. Usb pun tak ada. So, kosong jelah post kali ni. Nanti aku try tanya kat kedai baiki komputer. Harap- harap bolehlah lepas ni.. hehe..

Ok la, nak pergi ambil ibu dan firdaus dari sekolah. See you later! Wassalam

Seindah Hari Ini

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, aku bahagia dengan kehidupan aku pada hari ini, pada waktu dan ketika ini. Syukur sangat- sangat pada Allah.. :)) Gembira ditemani keluarga, saudara- mara dan sahabat handai..


Sebiru dan secerah langit, itulah harapanku pada masa hadapan nanti...
Setenang air di kali, ku mohon diberikan kekuatan hati yang sentiasa jauh dari resah gelisah...
Semoga esok hari lebih baik dari semalam dan hari ini.


Tuhanku, rahmatilah insan- insan di sekelilingku... Amiinn


With lots of love, ANIS

Friday, January 20, 2012

Petang di Bukit Serindit...

Assalamualaikum :)

Tup tup, pejam celik pejam celik, hari ni dah hari Jumaat. Hari yang ditunggu- tunggu sudah tiba..  (^_^) Malam nanti aku akan bertolak balik ke Kemaman.. Tak sabarnya.. Kali ni, aku naik bas bersama my bestie, Mira :) Roommate aku naik bas lain, setengah jam lebih awal.. So, bye bye shera.. Selamat bercuti :)

Nak cerita pasal kita orang berjalan- jalan di Bukit Serindit, petang Rabu baru- baru ni.. Tempat tu khas untuk aktiviti rekreasi seperti berjoging, main basikal, taman permainan, memancing pun ada. Best jugak!! Tempat tu tak jauh dari maktab. Kalau jalan kaki, lebih kurang 20 minit dah sampai. Kalau naik kereta, adalah dalam 10 minit.

This was my first time walking to Bukit Serindit. Before this, I went there by bus. Kami ber 6 (ash, didi, shera, mas, zatul, aku) tak joging pun. hahaha.. Just jalan- jalan ambil angin sambil Ash took our pictures guna Mr. Dino nya.. hahaha.. :D

Semuanya best, macam- macam kita story mory during the journey to Bukit Serindit. Tapi yang tak bestnya, laluan ke sana perlu lalu kawasan perumahan orang Cina. So, confirmlah ada anjing kan? huhuhu, takut arr.. Anjing tu jerit- jerit kuat gila time kita orang lalu. Nak tercabut jantung sebab terkejut disalak anjing. Fuh, nasib baik diorang tak kejar kami.

Hurm, next time tak tahu lah aku sanggup ke tak lagi pergi ke sana berjalan kaki. Kawan- kawan cakap, jangan tunjukkan sangat yang aku takut pada si anjing tu, tapi aku dah cuba, still tak dapat lagi hilangkan takut tu. Adakah masa dapat mengubah segalanya? We'll see...

Ok lah, got to go. Nak kemaskan barang nak bawa balik kampung. Tapi sebelum tu, enjoy the photos first ye? hehehe..


On the way to Bukit Serindit.. Peace (^^)V








Ok, dah sampai penghujungnya. Sekian, wassalam :)

P/s: Please pray for my safe journey :)

Monday, January 16, 2012

Balik kampung...

Assalamualaikum..

Lagi 4 hari balik kampung... Yeay!!! (^_^) Tak sabar nak jumpa famili sebab CNY holidays ni abang dan nuar pun ada balik. Boleh berkumpul ramai- ramai..

Kampung takdela kampung sangat. Takde sawah padi, cuma still ada lagi la kehijauannya.. Kampungku terletak di Kampung Geliga, Bandar Chukai, Daerah Kemaman, Negeri Terengganu. Kalau dari Melaka ke Kemaman, cuma ambil masa 5 jam perjalanan dengan bas. (Jauh jugak kan? hehe) Jom kita tengok pictures kampung aku:

Inilah kampungku yang masih menghijau :)

Ini pula rumah aku... :)

Ini sungai berdekatan kampung aku... :) tempat ayah aku selalu mengail udang...

Ini pantai Teluk Mak Nik.. Lebih kurang 10 minit dari kampung aku.. :)


Kenapa aku suka sangat balik rumah??

Sebab pertama, nak jumpa famili, rindula...sob3 ;(.. Rindu pada ibu, ayah dan adik- beradikku.. Boleh berkongsi cerita.. Bergelak ketawa... I hate Saturday! sebab dari dulu lagi hari Sabtu kena masuk asrama balik. Sekarang pulak, bila tiba je hari Sabtu, kena naik bas balik Melaka.. huhu.. tak nak.. tak nak..

Sebab kedua, balik rumah sendiri ni seronok. Famili layan je kehendak kita.. hehe.. (tapi, tak boleh ambil kesempatan tau).. Lagipun, banyak benda boleh buat kat rumah.. boleh tolong ibu masak, boleh buat kek, boleh jalan- jalan dengan motor, boleh lepak- lepak rumah tok wan.. Dan macam- macam lagi lah yang best..hehe :)

Sebab yang last but not least ialah, jimat duit!! hehehe... kat rumah tak perlu keluarkan duit untuk beli makanan... Boleh jimat sikit..hehe.. Lagi satu, bila nak naik bas, ayah atau ibu akan hulur- hulurkan sikit duit.. Bolehla buat jadi duit poket.. Suka3 >;<

Hurmm, aku pasti ramai lagi kawan- kawan yang suka dan tak sabar nak balik kampung kan? Dan mungkin korang ada reasons yang tersendiri kenapa korang seronok nak balik kampung.. :)

Tapi, apa pun yang paling penting, terutama bagi sesiapa yang masih mempunyai kedua- dua orang tua, hormatilah mereka, sayangilah mereka, layanilah kehendak mereka. Kerana tanpa mereka, siapalah kita.. Selagi mereka masih ada di sisi, HARGAILAH mereka... Kalau malu nak ucapkan dengan kata- kata, tunjukkan dengan perbuatan.. 

Salam sayang daripada insan yang sangat sayangkan ibu bapa dan familinya. 


<3 <3 <3 
Wassalam...

Sunday, January 15, 2012

Special Post ~MY SIBLINGS~

Assalamualaikum.. I want to update about my siblings, which I have 5 altogether. Love every of them very much!!! So, let's take a look =)




1) First Brother- MOHD KHAIRUL NAIM BIN MOHD ZULKIFLI

My brother when watching football match at Stadium

The eldest one. He is currently taking B. Sc. (Hons.) Applied Chemistry at UITM Shah Alam. 22 years old. His birthday is on 14th Dec 1990. He is a helpful person and really respect the older. A quiet person but seems a bit talkative with his closed friends. Already taken by a Perlis girl. A hardcore fan of Manchester United football club . Loves to eat seafood and cheesecake.. That's all about him. :)  


(2) The Second One- Me!! NUR AWANIS BINTI MOHD ZULKIFLI

This is me...


Hehehe, here I am. No need to describe much about myself. Just want to let you know that I am person who love my family so much. After Allah and Rasulullah, my family is the most important. I am happy with my present life. I am still single and I hope I can meet my Mr. Right.. InsyaAllah..


(3) My second brother- MOHD KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ZULKIFLI

This is nuar. Seems matured right?
Okay, he is the third child of my parents. He is 19 years old, just a year different with me. Currently studies Accountancy at Perlis Matriculation College. He is a friendly person, loves to make jokes but when he is serious, don't you dare to bother him.. hehe, sounds scary? No! But he is a bit strict with his principle. He has a dream, one day he can study abroad. I hope that his wish will come true. :) 


(4) The fourth, my only sister- NURUL AFIQAH BINTI MOHD ZULKIFLI

Nurul with her favourite Muslimah shirt.. hahaa


She is the one who will listen to my stories, share sadness and happiness together. She is 13 years old this year. Just started her new life as a secondary school student. As compared to me, she is more beautiful, fairer and maybe more intelligent. People who do not know her very well might think that she is a shy and quiet person but when slowly you get to know her, you will know her real personality. I think she will be a good friend to her friends.. :)


(5) The youngest one- AHMAD AFIQ FIRDAUS BIN MOHD ZULKIFLI

This is my cute little brother.. :)
Last but not least, my youngest sibling, Firdaus. He is already 9 years old but still very "manja" type boy. Easily crying and sensitive. Especially when I will be left for Malacca. He is the sweetheart of our family. Fried chicken and fried noodles are his favourite meals. A bit chubby because he loves to eat.. (same like me..hahaa) He is friendly and because of that, many like to befriend with him.. 


I hope that our family relationship will grow stronger days by days. InsyaAllah.. 


I think I shall stop here. Till we meet again. Wassalam (^_-)

Hari ini Birthday Ana Cantik

Assalamualaikum... :)

Hehe, bunyinya macam takde kerja kan? Pukul 4.50 pagi 15 Januari 2012 ni aku nak update blog. Pasal birthday Ana pulak tu.. hehe.. Actually, aku baru sahaja siapkan reflective essay for Philosophy of Education subject. Shera siap dulu dari aku sebab time dia tengah bertungkus- lumus siapkan reflection, aku terbongkang tidur atas katil..hehe.. Takpelah, mata ni tak leh nak paksa jangan bagi mengantuk. Kalau diorang mengantuk, kita turutkan saja.. hahaha :D Apapun, alhamdulillah dah siap.. Susah tau nak perah otak fikir ayat yang sesuai nak reflect pembelajaran kita.. Harap- harapnya dapat markah yang memuaskan.. Amin

Hari ni genaplah my pretty friend, SYAZANA FATIN ABD RAZAK menjangkau umur 20 tahun. Hohoho, bila ada pangkal 2 di depan umur kita tu, rasa macam dah tua pula. Tak lama lagi, I will follow her step. Hehehe.. excited pulak rasa. Tapi dalam pada tu, berdebar jugak sebab fasa baru dalam hidup bakal bermula. Dah masuk 20an kan? Kena lagi matured dan kuat untuk hadapi kehidupan ni. To my dearest Ana, I wish u all the best, in life and the here after.. InsyaAllah.. (^__^)

Ana, pertama dari kiri (belakang)  Happy birthday... :)
Sekian sahaja coretan aku di pagi buta. Semoga bertemu lagi. :) Wassalam

P/s: Still confused nak tidur sekarang atau tunggu Subuh dulu. Perut pulak asyik berbunyi- bunyi je..huhu.. Nanti tengahari esok, terpaksa outing. Kafe tutup.. Apapun, kita ENJOY!! =)

Friday, January 13, 2012

MUET lalalalala

Assalamualaikum, jam dah pukul 12:08 am, hari Jumaat.


Aku masih di atas katil.. Ingin mencoret sesuatu di dalam blog, sekadar meluahkan rasa hatiku.


Debaran yang selama ini aku bimbang- bimbangkan, akhirnya dah berakhir. Aku dah tahu keputusan MUET.
Oh, tidak perlu dijelaskan.  Aku dapat band 3, 164/300 marks... hoho.. don't know what to say...huhu


 

Monday, January 9, 2012

Oh my first class...What to say??

Assalamualaikum :)
~Went for my first class in degree course 2012.. wearing my new baju kurung~


Speak in English
Write in English
Think in English
And even dream in English
Can I??
  
Well, what I could simply say is today's class was kinda blurred to me. Yeah, I admit that I didn't prepare  for the class. I didn't read any single thing about the subjects that I was going to learn today. So, it was a bit shame for me and also to my friends since we couldn't respond well to the lecturers' questions, especially during Dr. Annissa's class. She said that it was not a good beginning for all of us. We're lacked of general knowledge and seemed didn't have interest in being an English teacher. 

Frankly speaking, I really want to be a teacher but the problem is, English is not my expertise. Actually, I applied for teaching Maths before. Maybe this is a complicated journey that I should go through, and I'm sure Allah knows better than me. I believe everything happens for a reason. :) What I could do is accept the fact and work harder and harder until I am good enough to be called as a TESL teacher. (>,<)

For your information, today I learned 3 subjects: Introduction to Linguistic, Philosophy in Education and Children Development. All of them required 45 hours of contact hour for this semester. I think Children Development will be an interesting subject because it is all related to the children nature, habit and psychology which is my favourite. I really look forward for that!

Okay, I think I should stop here since I got quite many things to do: Presentation about Indo- European Language Family Tree, Search about Linguistic and Create Maps on Development of Education in Malaysia.

With that, wassalam :)

P/s: Noted that I'm fasting today, will have vegetables soup for breaking fast.. Yummy3 delicious :p










Sunday, January 8, 2012

Cepatnya kita menilai...huhu

Assalamualaikum WBT.. :)

Aku nak berkongsi sesuatu dengan kawan- kawan. Kisah yang aku ambil dari Kak Norzarina Kamaruddin. Sekadar nak bagi pengajaran buat kita bersama.. Jom baca~

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu ...tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
"Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik tu skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..?? Kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi dan berkata :

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci "Drpd Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali".. Doktor tak mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"Alhamdulillah..anak anda selamat..!" Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah. "Kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"Kenapa doktor tu sombong sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!" Komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.. Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."
Sedih kan? Macam menusuk hati pulak.. Maka, moral of the above story, we cannot simply judge people.. B'coz sometimes, we don't know what actually is happening and the real situation faced by those people.. Bersangka baiklah kita dengan semua orang supaya orang akan sentiasa bersangka baik pada kita. Pengajaran untuk diriku juga. Wassalam (^_-)

Oh, gigiku bermasalah

Assalamualaikum.. :)

Hari ni hari Ahad.. Masih lagi cuti di pantai barat semenanjung Malaysia. Macam biasa, i've got nothing to do.. Duduk- duduk menghabiskan masa, jadi stalker di Fb.. hehe.. tapi pagi tadi, aku buatlah kerja berfaedah sikit.. Aku exercise kat Kompleks PGL. Ikut perancangan, aku dan Shera nak main tali skipping. Nak kurus la katakan..hehe.. sekali buat je, dah semput, penat badan.. Terus aku berhenti.. Tapi rasa rugi pulak kalau balik bilik cepat sangat, so aku berjalan pusing trek. Banyak jugak pusingan, sampai berpeluh aku dibuatnya. Apa pun, aku nak jugak kuruskan badan!! Aja aja fighting! Ni termasuk dalam wish list azam 2012 aku.. hehe

Sebenarnya nak cakap pasal masalah baru yang aku hadapi, pasal gigi aku. Kan semalam, aku pergi klinik gigi swasta, ingatkan nak tampal gigi. I thought gigi aku berlubang. Bila doktor check, dia cakap aku ada masalah lain sebenarnya. "Ni bukan berlubang ni dik, ni masalah gigi bongsu adik yang tumbuh senget.. Adik kena buat surgery ni, sebab nak kena buang gigi bongsu adik supaya tak merosakkan gigi yang lain.." Ya Allah, buat surgery?? Nak menangis aku rasa dengar doktor cakap macam tu.. HUHU, takuttt!!

Yeah..inilah gambar yang menerangkan keadaan gigiku..

Beginilah lebih kurang keadaan gigi bongsu aku.. dia senget.. that's why aku ingat gigi aku berlubang.. sebenarnya tak pun..

So, she advised me to do the operation as soon as possible so that ia tak melarat. Masalahnya, doktor tu cakap akan ambil masa seminggu lebih untuk baik dari sengsara selepas pembedahan tu. Dalam tempoh tu, kena ada orang yang tolong masakkan bubur. Aduh, bunyinya macam menyakitkan je.. Tak sanggup rasanya, tapi demi kesenangan di kemudian hari, baik aku buat cepat- cepat. InsyaAllah, balik cuti CNY nanti aku akan buat appointment and kalau dapat, akan akan buat surgery secepat mungkin. Please pray for me dear buddies!! 

Ok, got to go! Nak pergi kafe, makan. Happy weekend.. Wassalam ;)

Saturday, January 7, 2012

Ye, memang Grammar penting. Tapi...

Assalamualaikum WBT. Jam di handsetku menunjukkan jam 8.39 am. Hari ni hari minggu yang sungguh rileks. Disebabkan belum start kuliah, maka belum ada kerja nak buat. So, banyaklah free time nya kan? hee ;).. jap lagi, mahu outing.. Aku nak tampal gigi dan beli barang keperluan sikit. Harap- haraplah tak burn duit aku sangat, sebab purse dah mula nak kering ni.. huhu.. Risau jugak..

Ok berbalik pada tajuk entri di atas, topik aku mudah je. Sebagai seorang guru atau bakal guru English, sangat penting bagi kita untuk menguasai grammar. Cuba kita bayangkan, kalau kita update status di Fb dalam English yang rojak, salah grammar situ sini, apa pandangan orang lain pada kita? Orang akan cakap, "Budak ni ambil je course TESL, tapi grammatical error merata- rata." Segan kan?? Aku pun selalu salah grammar.. =,=' Buat malu je.. Sebab tu, kadang- kadang malas nak tulis status dalam English, kecuali bila aku betul- betul pasti apa yang aku tulis tu. 

Ye, penggunaan Grammar yang betul memang penting bagi teachers and teacher-to-be macam aku, tapi sampai bila aku nak malu- malu kucing kan? hehe, at least bila aku buat salah, orang akan tegur. Di sini, aku nak credit pada Sya yang sudi tegur aku bila salah. Terharu.. ;) Dan baru- baru ni pulak, kawan aku tanya aku, "Mu jarang ork tulis status dalam BI? dok nampok ane macam mu ambik course TESL" hurm, apa ye aku jawab, lupa dah.. hehee.. 

Nak bagi tahu kat sini, kita akan ambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu perkara. Selagi kita tak biasakan diri dengan benda tu, sampai bila- bila pun akan berada di takuk lama. Mudahnya di sini.. Kalau kita tak praktikkan ilmu yang dipelajari, macam mana kita nak tahu kita betul atau salah kan? So moralnya di sini, jangan malu- malu untuk belajar dari kesilapan.. Aku kena selalu menulis dalam English, supaya aku tahu di mana silapnya aku bila ada yang menegur. Kepada semua, tegurlah aku jika nampak kesalahan aku. Aku sentiasa akan terima dengan hati terbuka. Aku masih budak baru belajar. Chill ye kawan- kawan! (^_^) Wassalam

Friday, January 6, 2012

B'coz of her...

Assalamualaikum..


Tiba- tiba terlintas di fikiran untuk menulis sesuatu tentang "DIA". Mungkin sebab aku rindukan dia, huhu.

This is my beloved mother <3 <3<3


Ibu memang awet muda,.. selalu orang ingat ibu ni kakak aku..hehe..lawak je :D
I'm here in this world b'coz of her, my dearest mother. Berjuang antara hidup dan mati untuk memberi ruang kepadaku bernafas di muka bumi ini. Memang bila direnung kembali, memang tersangat3 besar jasa ibu kita yang telah mengandung dan melahirkan kita. Tapi  tanpa sedar, aku pernah lukakan hati dia. Aku pernah membantah cakap ibu. Aku mudah merajuk bila ditegur ibu. Aku jarang membantu ibuku..Jauh di sudut hati, aku rasa bersalah.. Maafkan aku, ibu.

Aku sayang sangat2 pada ibu. I think she's the best mother ever. Ibu seorang yang tenang, lembut tapi dalam lembutnya, ada ketegasan. Aku nak jadi seperti ibu. Seorang yang sentiasa berpegang pada prinsip. Kita mesti buat apa yang betul, jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Barulah dapat berkat hidup ni. Dalam hidup ni, jangan sesekali menipu, terutama berkaitan duit, sebab apa yang kita salur, guna pakai melalui duit tu, akan jadi darah daging kita. Hidup sentiasa rasa ada yang tak kena nanti.

InsyaAllah, aku akan sentiasa ingat pesan ibu. Tahun ni, ibu akan menyambut kelahirannya yang ke 46. Dah tua dah ibuku rupanya. Aku takut untuk kehilangan ibu. Buat masa ini, aku masih tak punya kekuatan untuk melepaskan ibu tapi jika itu takdir Allah, aku harus perlu reda. Jadi, aku harus sentiasa bersedia dari sekarang. 

Semoga aku menjadi kuat seperti ibu.. Amin. Wassalam





Wednesday, January 4, 2012

Dunia Baruku PISMP BI Jan 2012

Assalamualaikum..

Salam manis beserta madu, salam rindu ucap i miss u, salam ingatan kawan-kawanku, haaa tengah buat apa tu?? hehehe, berpuitis la pulak aku ni.. =D

Ok, straight to the point. Tahun baru 2012 dah bermula. Actually banyak perkara baru yang berlaku tahun ni. Mak aku tukar mengajar kat sekolah lain, nurul dah masuk sekolah menengah and the biggest thing, of course la I am now a student of PISMP BAHASA INGGERIS Jan 2012 intake.Sekarang aku sedang menjalani orientation week, minggu pengurusan pelajar baharu.

Memakai semula tudung srikandi@ tudung itik :)

 
Alhamdulillah.. sungguh tak sangka. Sekejap je masa berlalu. All praises to Allah. Pointer pun dah dapat baru- baru ni. Walaupun tak tinggi sangat, tapi yelah kan, apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat. Untuk degree ni, I will study harder.

Perkara- perkara baru yang akan aku lalui selepas bergelar pelajar program ijazah sarjana muda perguruan:

  • BIG (Bina Insan Guru)-------> 30 Jan- 2 Feb 2012... It's like camping and will teach us on  how to survive as a teacher in the future. Kot kot dihantar ke pedalaman, mana kita tahu kan? hee :)
  • PBS --------> Sem 1, Sem 2, Sem 3, Sem 4.. The nearest one will be on this March 2012.. Nervous and takut pun ada. InsyaAllah, aku akan buat di sekolah dekat area Kemaman je..
  • Praktikum-------> Sem 5, Sem 6, Sem 7. Hohoho, yang nilah aku paling takut.. Nak kena nilai oleh pegawai sambil speaking and ajar murid- murid. Buat masa sekarang, aku belum bersedia. Harap- harap bersedia nanti. InsyaAllah :)
I think that's all for now. Banyak lagi nak tulis, tapi nantila kot..hehee.. penyakit malas dah menyerang kembali. Ok, till we meet again :) Wassalam


Monday, January 2, 2012

Jam- Jam Terakhir di Rumah sob3

Assalamualaikum WBT...

Minggu ni sangat busy aku rasakan.. hari ni kemuncak segalanya.. Alhamdulillah, dah selesai hampir semua urusan.. Sedang rindukan suasana yang ceria di rumah.. Currently missiing my sis.. sob3 ;(( Tadi, adik perempuan aku, Nurul Afiqah dah selamat daftar di bekas sekolahku dulu, SMK Elit Mak Lagam. Maknanya, sorang lagi adik- beradik aku yang akan meneruskan legasi pembelajaran di sekolah tu. Berat hati nak hantar tadi. Bukan apa, aku takut dia sedih dan tak dapat sesuaikan diri kat sana. Tapi, alhamdulillah, dia nampaknya gembira. Dah jumpa kawan baru yang sebilik dengannya. Rumah ni dah mula sunyi, malah semakin sunyi. Tinggal ibu, ayah dan firdaus je.. :(

Nurul: sebelum hantar ke sekolah berasrama.. Sedih jer.. :(

Walau apapun, aku tetap berazam nak mulakan kehidupan baru sebagai pelajar ijazah sarjana muda perguruan di IPG Melaka. Semoga aku menjadi pelajar yang rajin, terang hati dan yakin pada diri sendiri. InsyaAllah.. Wish me the best friends!! :)

Ok lah, aku nak sambung kemas barang dulu.. mandi pun belum lagi ni.. GTG!! Wassalam

P/s: I will always miss my beloved family.. <3 nanti raya cina balik lagi!! tak sabar! 

Friday, December 23, 2011

A week before holidays end...

Assalamualaikum WBT...

Makin nak habis cuti ni, makin banyak pulak aktiviti aku nak buat kat rumah..

1) Nak cuba buat kek!!

Ok, this one memang membara gila-gila semangat aku nak buat lately. Baru je beli oven yang baru minggu lepas. Oven yang sebelum ni rosak. Hurm, setakat ni, aku baru buat 2 biji kek. Both chocolate cakes. Memandangkan aku baru mula nak belajar buat kek, jadi normal la kalau rasanya kurang best.. hehe.. Tapi masih boleh dimakan. Nak tengok kek yang kami masak? Ada kat bawah.. hihi (^_^)

This is my second chocolate cake..

This is my first chocolate cake <3

Selain tu, aku nak cuba buat kek buah, kek pelangi dan cheesecake.. Tak taulah bila nak buat coz still tak cukup bahan- bahan. Harap- harap jadila ye dalam masa terdekat ni..

2) Buat nama guna benang tali

Aku minat buat benda ni, tapi kadang- kadang ikut mood jugak. Tapi, cuti ni aku wajib siapkan tempahan from my friends. Ada banyak lagi tak siap. Alasan?Tak cukup tali. Apa pun, kena pergi bandar jugak minggu depan, cari tali. Kesian kawan aku yang berharap aku siapkan tempahan diorang. Benda ni tak susah pun sebenarnya, tapi kena buat dengan kemas la, baru nampak cantik. Lagi satu, pemilihan warna tu penting. Bagi sesiapa yang masih tak dapat tangkap apa benda yang aku tengah cakap ni, gambarnya ada di bawah.

Inilah benda yang aku buat time cuti... :)

Tapi maaf ye korang, gambar- gambar tak boleh nak upload..huhu.. Mungkin lain kali ye.. ok, wassalam :)


Thursday, December 15, 2011

First time check result!!!

Assalamualaikum WBT..

Rasanya ramai yang akan update blog tulis pasal result. Aku pun sama. Nak abadikan hari bersejarah ni dalam blog aku. Syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas hadiah yang tak ternilai ini :)

Sebelum check result tadi, aku terima 1 mesej from my classmate, Scha. She said dah boleh check result kiteorang. Masa tu aku ada kat rumah tok wan. Baru habis mengajar. Memang terkejut sebab tak sangka akan dapat keputusan final exam hari ni. Jantung terus berdegup kencang. Kemas- kemas barang terus balik rumah. Balik rumah aku sempat lagi makan bihun goreng dulu.hehe.. lepas tu, baru check. 

Macam tak percaya bila tengok result tulis LULUS. Alhamdulillah, teramat syukur. :) Maklumlah ni first time pelajar TESL check result. Memang semua cuak dan gabra. Kalau sebelum ni kami happy je bercuti kat rumah..hehe.. Setakat ni, kawan-kawan aku semua lulus. Alhamdulillah. Kami tak perlu repeat paper. Tapi tak sabar nak tunggu pointer yang akan aku dapat bila balik IPG nanti, dalam 2 minggu lagi. Semoga ia keputusan yang baik. :) InsyaAllah. 

Ok lah, aku stop di sini dulu. Wassalam.

P/s: Today will be a happy day for me and my friends. (^_^)

 

Wednesday, December 14, 2011

Sukaria Time Tuisyen (^_^)

Assalamualaikum WBT..

Wah, aktif jugak aku update blog cuti ni.. Sungguh tak kusangka..hehe.. Just nak tulis pasal pengalaman ajar budak- budak ni.. :) memang menarik actually, sebab macam- macam incident berlaku..hahaa.. maklumlah, budak- budak kan nakal.. ada- ada je karenah yang mencuit hati aku..hurm...

Jadual tuisyen : 9.00 pagi- 11.00 pagi (Ahad-Khamis)
Subjek: Maths and English 

Biasanya, aku datang rumah tok wan aku dalam pukul 9.15 pagi.. Yelah kan, nak mandi and makan dulu, take time jugak semua tu.. Lepas tu, bergegas start motor nak ke sana. Kat sini, halangan pertama yang harus aku lalui ialah monyet yang bergayut pada pokok- pokok di tepi jalan. Aku memang sorang yang trauma pada monyet. Nah, biasanya aku akan menjerit dan akan ditenangkan oleh my adik, Nurul. Fuhh, lega!

Ok, dah sampai sana, halangan kedua bila aku tengok budak- budak tu masih syok terlentang atas sofa sambil tengok Astro Ceria. Macam tak semangat je nak studi kan? Hurm, pe yang aku buat? Aku mintak homework diorang untuk aku check dulu. Lepas diorang tengok mana yang betul, mana yang salah barulah aku nampak sedikit semangat diorang nak belajar.

Antara English and Maths, diorang lebih prefer Maths. Kalau time nak studi English, macam- macam alasan bagi. Masa tu lah nak minum air lah, nak pergi toilet lah, sakit mata lah. Haha, macam- macam. Sebenarnya, bukan senang nak buat budak- budak tertarik dengan subjek yang diorang tak minat. So, kena jadi kreatif bila nak ajar diorang. Hehe..

Sebelum habis belajar, diorang order air dulu mintak aku buat. Laici, sunquick, milo semua boleh. Haa, lepas habis belajar ni lah waktu yang diorang tunggu- tunggu iaitu waktu bermain. Kiteorang main card Snap and Donkey. Memang meriah sebab macam- macam taktik diorang buat sebab tak nak kalah.. Last sekali, kiteorang akan main sorok- sorok.. Best jugak!! Padahal, aku dah boleh hafal tempat diorang akan sorokkan diri. Asyik tempat sama je..hahaha, diorang memang macam- macam, memang BEST!

Ok, jom kenali diorang...

Ini Nurul, my sister @ my helper. Baru habis UPSR

Ini Iffah. Dia pandai sebenarnya, tapi malas sikit.. Nak main je kerjanya :)

Ini firdaus, my brother. Dia kadang- kadang datang, kadang- kadang tak.

Hahaha, ini pula Afif. Dia la paling lambat siapkan kerja. Kalau dah ketawa, macam ape je.. :D

Hahaha, ni la sepupu aku yang paling lawak, Irfan. Darjah 5 tahun depan. Dia rajin tapi kadang- kadang lambat faham.


Ok, sekian sahaja coretan aku kali ni. Till we meet again. Wassalam :)

Monday, December 12, 2011

Tangan Panjang Ada Kelebihannya...

Assalamualaikum WBT.. 12.12.2011

Ada satu kisah di sini yang ingin aku kongsi.  
"Tangan panjang ada kelebihannya".
Jangan salah faham ye, bukan panjang tangan @ suka mencuri..hehe..
Nak dijadikan cerita, aku selalu ada masalah bila nak beli baju dan blouse.
Biasanya, lengan baju yang aku pilih agak singkat.Yelah, aku punya tangan extra panjang. Jarang sekali ada baju blouse yang menepati saiz aku..
Jadi, aku selalu mengeluh, "Kenapa tangan aku panjang? Kenapa aku takde saiz yang muat? Kenapa aku tak boleh beli blouse tu?"
Baru- baru ini, terbukti tangan yang panjang ni ada kelebihannya.
Alkisah, waktu tu Maghrib, cuaca agak gelap sebab musim hujan. Adik- adik aku dan ibu ada kat luar rumah, tengah berkumpul kat pagar. Aku dapat tau yang salah seekor kucing Nurul, (Jessica) terkeluar dari pagar rumah aku. Tak taulah macam mana kucing tu muat keluar dari pagar kawat duri tu. Adik aku cuba nak selamatkan dia guna penyapu tapi failed. Lepas tu, aku keluarkan satu idea. Suruh adik aku ambil kucing guna jaring mengail ayah aku, tapi still gagal sebab tak sampai. Kucing tu pulak makin jauh dari pagar tu. Kami mula putus asa. Tiba- tiba, ibu aku panggil aku suruh cuba. Ibu cakap kucing tu datang semula dekat- dekat dengan pagar tu. Alhamdulillah, aku berjaya selamatkan dia, bila aku letakkan jaring tu, dia masuk cepat- cepat..Syukur!! Dalam hati terdetik, "Untung jugak tangan panjang ni..hehe" 

Maka, moral of the story, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.. jangan pertikaikan kurniaan Allah.. (^_^)

Sekian, Wassalam..


Saturday, December 10, 2011

MaNa LaGi pEnTiNg??

Assalamualaikum WBT…

Aku ada terbaca satu blog milik seorang budak perempuan yang comel. Tak dapat dinafikan dia kiut miut. Dalam hati terus terdetik, “mesti ramai minat budak ni…” Then, terus datang idea nak menulis sesuatu dalam blog aku. Aku terfikir apa kriteria utama yang dicari oleh si lelaki- lelaki di luar sana bila nak cari wanita sebagai pasangan hidup diorang. Nak yang comel? Cantik? Baik? Hurm… macam-macam ada..

Yang ni cantik tapi tidak menutup aurat.. (Gambar hiasan)

Yang ni muslimah yang menutup aurat... Lebih cantik kan..?

Berdasarkan apa yang aku tengok:

          Ketika zaman kanak-kanak, lelaki minat budak perempuan yang cantik dan popular kat sekolah diorang. Kalau dapat berkawan dengan girl tu, budak lelaki tadi dianggap hebat la…

ü                     Zaman remaja, lelaki mula terdedah dengan ramai kenalan. Pada pendapat aku, wanita yang easy- going paling ramai lelaki suka. Maksud aku, wanita yang mesra, manja dan mudah didekati. Korang perasan tak??
 
ü                               Last sekali, bila nak pilih calon isteri. Aku dapati lelaki- lelaki mencari wanita yang terbaik sebagai suri hidup mereka. Yelah kan, nak berkongsi hidup sampai ke tua mestilah buat pilihan yang paling tepat kan? Bila aku tengok drama kat TV, wanita yang solehah jugak yang dikejar lelaki- lelaki ni. Contohnya, drama Tentang Dhia. Ramai lelaki yang nak jadikan Dhia (lakonan Nora Danish) sebagai isteri. Walaupun cuma gadis kampung, tapi kerana sikapnya yang penuh bersopan, hormat orang tua dan lemah lembut buatkan ramai sukakannya.

Secara realiti dan sejujurnya, aku sebenarnya tak pasti apa yang dicari oleh lelaki- lelaki ini. Tapi sebagai manusia, kita perlu menjadi yang terbaik untuk diri kita sendiri. Sememangnya, cantik itu luaran, akhlak yang baik itu perhiasannya. Kalau kita cantik dan baik, Alhamdulillah, kita sangat bertuah. Tapi kalau kita rasa kita kurang cantik, bersyukurlah sebab sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia itu dengan sebaik- baik kejadian. Lagipun, “Beauty lies in the eyes of  beholder”. Cantik itu subjektif. Mungkin, kita tak cantik pada pandangan sesetengah orang tu tapi kita sangat cantik bagi seseorang yang lain pula. Maka, hiasilah peribadi dengan kecantikan semulajadi.. Itu lebih hakiki.

Dah dah, tak nak tulis lagi. Dah panjang berjela dah. Sekian, Wassalam…