Wednesday, December 14, 2011

Sukaria Time Tuisyen (^_^)

Assalamualaikum WBT..

Wah, aktif jugak aku update blog cuti ni.. Sungguh tak kusangka..hehe.. Just nak tulis pasal pengalaman ajar budak- budak ni.. :) memang menarik actually, sebab macam- macam incident berlaku..hahaa.. maklumlah, budak- budak kan nakal.. ada- ada je karenah yang mencuit hati aku..hurm...

Jadual tuisyen : 9.00 pagi- 11.00 pagi (Ahad-Khamis)
Subjek: Maths and English 

Biasanya, aku datang rumah tok wan aku dalam pukul 9.15 pagi.. Yelah kan, nak mandi and makan dulu, take time jugak semua tu.. Lepas tu, bergegas start motor nak ke sana. Kat sini, halangan pertama yang harus aku lalui ialah monyet yang bergayut pada pokok- pokok di tepi jalan. Aku memang sorang yang trauma pada monyet. Nah, biasanya aku akan menjerit dan akan ditenangkan oleh my adik, Nurul. Fuhh, lega!

Ok, dah sampai sana, halangan kedua bila aku tengok budak- budak tu masih syok terlentang atas sofa sambil tengok Astro Ceria. Macam tak semangat je nak studi kan? Hurm, pe yang aku buat? Aku mintak homework diorang untuk aku check dulu. Lepas diorang tengok mana yang betul, mana yang salah barulah aku nampak sedikit semangat diorang nak belajar.

Antara English and Maths, diorang lebih prefer Maths. Kalau time nak studi English, macam- macam alasan bagi. Masa tu lah nak minum air lah, nak pergi toilet lah, sakit mata lah. Haha, macam- macam. Sebenarnya, bukan senang nak buat budak- budak tertarik dengan subjek yang diorang tak minat. So, kena jadi kreatif bila nak ajar diorang. Hehe..

Sebelum habis belajar, diorang order air dulu mintak aku buat. Laici, sunquick, milo semua boleh. Haa, lepas habis belajar ni lah waktu yang diorang tunggu- tunggu iaitu waktu bermain. Kiteorang main card Snap and Donkey. Memang meriah sebab macam- macam taktik diorang buat sebab tak nak kalah.. Last sekali, kiteorang akan main sorok- sorok.. Best jugak!! Padahal, aku dah boleh hafal tempat diorang akan sorokkan diri. Asyik tempat sama je..hahaha, diorang memang macam- macam, memang BEST!

Ok, jom kenali diorang...

Ini Nurul, my sister @ my helper. Baru habis UPSR

Ini Iffah. Dia pandai sebenarnya, tapi malas sikit.. Nak main je kerjanya :)

Ini firdaus, my brother. Dia kadang- kadang datang, kadang- kadang tak.

Hahaha, ini pula Afif. Dia la paling lambat siapkan kerja. Kalau dah ketawa, macam ape je.. :D

Hahaha, ni la sepupu aku yang paling lawak, Irfan. Darjah 5 tahun depan. Dia rajin tapi kadang- kadang lambat faham.


Ok, sekian sahaja coretan aku kali ni. Till we meet again. Wassalam :)

No comments:

Post a Comment

TQ