Thursday, October 6, 2011

Cerpen suka- suka Bab 3

Pada malam itu, Hajah Awanis, iaitu umi Nissa menelefonnya. Apalagi tujuannya, kalau bukan hendak merisik tentang “blind date” anaknya. Tak sabar-sabar betul.

“Haa, lagu mana hang nengok si Haikal tu?? Ok ke dak budak tu? Umi dengaq cita baik budaknya, sopan santun lagi.”
“Em..boleh tahan la umi…Not bad.”

Nissa hanya memberi respons suam-suam kuku kepada persoalan uminya, sedangkan dalam hatinya, dia sudah terjatuh suka pada Carl. Tapi, dia tidak mahu membuat tindakan yang terburu- buru. Apa yang penting, diri lelaki itu perlu dikenali luar dan dalamnya.

Setelah tamat perbualan mereka, Nissa bersiap-siap untuk tidur. Esok ada kuliah yang perlu dihadirinya. Tiba-tiba….

Tut tut…tut tut.. Satu SMS diterima. Nissa terkejut melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Carl? “Apa mimpi dia mesej aku ni?” 

Nissa membaca pesanan ringkas yang tertera. Haikal bertanya sama ada dia sudah tidur ataupun belum. Sambil tersenyum, Nissa membalas SMS tersebut.

Nissa: Wsalam, nissa tengah get ready to sleep. Carl?
Carl: Oic..Maaf ganggu Nissa. Carl belum mengantuk lagi, tiba- tiba teringat Nissa tadi, terus hantar mesej. hehe. Ada kelas esok?
Nissa: Takpe Carl. Esok ada kelas, pukul 8. Maaf tak dapat mesej Carl, takut terlewat bangun pulak esok. Good night. Assalamualaikum.
Carl: Okay. Lain kali free, mesej Carl tau. Sweet dreams. Wsalam.

Sebenarnya, Nissa belum mengantuk lagi, tetapi buat masa sekarang, masih terlalu awal untuk dia berkawan rapat dengan Haikal. Tetapi, sikap yang ditonjolkan Haikal seakan- akan memberi gambaran bahawa Haikal sukakan dia, bermakna Nissa tidak bertepuk sebelah tangan. “OMG! terperasan pulak aku. Entah-entah sikap dia memang macam tu kut. Mesra dengan semua orang.” bisik Nissa perlahan.
Akhirnya, Nissa tidur bertemankan nama Haikal meniti di bibir.



No comments:

Post a Comment

TQ