ASSALAMUALAIKUM....
Dah lama diri ini tak post sesuatu dlm blog.. Dah bersarang agaknya kan? Jadi di sini, aku telah nukilkan sebuah kisah.. Semoga ada sedikit pengajaran buat semua, atau paling tak boleh hilangkan stress sekejap. Semoga terhibur. Copyright preserved okay? :)
“Alah mak! Cikgu Rosmah masuk
awal pulak hari ni… Hmm..biasanya lagi setengah jam nak habis kelas baru masuk…
Hari ni mimpi apa pulak masuk awal?”Hati Ainul
Syuhada berbisik tidak puas hati apabila Puan Rosmah, guru subjek Sejarahnya
masuk ke kelas tepat pada masanya.Dia baru bercadang hendak berjumpa dengan
Encik Najib, guru disiplin sekolahnya bagi membincangkan berkenaan kem jati
diri pengawas yang bakal diadakan dua minggu lagi.
Nak
tak nak dia terpaksa membatalkan rancangan tersebut dan memberikan fokus
sepenuhnya terhadap pembelajaran pada hari ini memandangkan peperiksaan SPM
akan didudukinya dalam masa lapan bulan sahaja lagi. Eh, lapan bulan tu tak
lama mana pun!Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November.Ainul harus
pandai membahagikan masa untuk belajar, bersukan dan tanggungjawabnya sebagai
Ketua Pelajar Perempuan.Kalau diikutkan ‘ranking’ yang dibuat oleh rakan- rakan
sekelasnya, Ainul menduduki carta teratas pelajar ‘hot’ kerana dia bukan sahaja
pandai, aktif bersukan, berjawatan tinggi malah cantik pula tu. Tetapi Ainul
tidak pernah kisah dengan semua kelebihan itu kerana apa yang paling penting
baginya ialah menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu- ilmu supaya dia
lebih matang dalam mendepani kehidupannya.
Dalam
dia sibuk membelek- belek buku teks Sejarahnya, tiba- tiba dia menjumpai
sepucuk surat tidak bernama yang diselitkan dalam halaman ke-143 buku tersebut.
Hatinya berbolak- balik sama ada untuk membuka surat tersebut ataupun
membiarkan sahaja. “Surat apa ni ye? Tak
salah kut kalau aku baca sikit, kan aku jumpa dalam buku teks aku, so milik aku
lah ni,” Walaupun Ainul masih ragu- ragu, namun keputusan telah dibuat.
Ainul akan membaca surat itu! Tetapi bukan sekarang, tunggu balik rumah nanti.
Masa tu baru ada ‘feel’ sikit kalau baca. Entah- entah surat cinta untuk Ainul
kot.
Pada
masa yang sama, Farhan Aliff memanjangkan lehernya memerhati tindak- tanduk Ainul.
Kedudukannya yang agak jauh ke belakang menyukarkan dirinya untuk melihat sama
ada Ainul membaca surat yang dikirimnya atau tidak. “Harap- haraplah Ainul baca surat tu,” bisik hati Farhan.
“Kringggggg!!”Loceng menandakan tamatnya
waktu persekolahan berbunyi dengan nyaring sekali.Memandangkan Ainul tiada
sebarang aktiviti pada petang tersebut, dia berasa sungguh seronok kerana dia
dapat meluangkan masa lapangnya dengan ibu tersayang.Dia dan Diana bersaing ke
arah tempat letak basikal.Masing- masing bergegas ingin pulang ke rumah
sehingga Ainul tanpa sengaja telah terlanggar bahu Diana.“Eh elok- elok la jalan!Kau ingat kau tu cantik sangat ke boleh senang-
senang langgar aku?” ujar Diana memarahi Ainul.Ainul segera meminta maaf
walaupun dia tidak sengaja melanggar Diana. Malas dia hendak melayan perangai
Diana yang diketahui sejak dulu tidak menyukainya.
Setelah
sampai ke rumah, Ainul segera membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor.
Sambil menyikat rambutnya, tiba- tiba dia teringat akan surat yang diterimanya.
Dia segera melompat ke atas katil lalu mencapai beg sekolah yang diletak di
hujung katil. Dia berasa terkejut apabila membaca isi kandungan surat tersebut.
Sungguh tak disangka! Suratnya berbunyi begini:
Ainul! Aku rasa aku suka kat kau
lah.Aku pun tak tahu kenapa.Dulu aku benci kau, tapi sekarang hari- hari aku
teringat kat kau je.Boleh aku nak berkawan dan mengenali kau dengan lebih dekat?Jangan
hampakan aku Ainul.
Ikhlas, Farhan
“Farhan suka aku?? Biar betik! Peliknya!Bukan
kah dia tak sukakan aku, selalu cakap aku mengada- ngada lah, sombong lah.
Entah- entah dia nak kenakan aku je kot,” Ainul bercakap seorang diri
memikirkan tujuan kawan sekelasnya, Farhan yang mengirimkansurat tersebut. Akhirnya,
Ainul merasakan jalan terbaik ialah dengan tidak menghiraukan isi kandungan
surat yang diterimanya. Yeah! Anggap saja tiada apa- apa yang berlaku dan
teruskan kehidupan dengan ceria seperti sediakala.
Dua
hari kemudian, kebetulan semasa Ainul berseorangan di dalam kelas pada waktu
rehat kerana berpuasa sunat hari Khamis, dia dihampiri oleh Farhan. “Ehem, Ainul. Kau sibuk ke sekarang?”Ainul
yang tiba- tiba terdengar orang bersuara, agak terkejut lantas terus
memanggungkan kepalanya melihat insan yang tegak berdiri di hadapannya. “Oh,
Farhan rupanya…. Eh, jap! Farhan?? Alamak apa aku nak cakap dengan dia ni?” Ainul
cemas bermonolog di dalam hatinya.Tiba- tiba Ainul berasa tidak keruan. “Err, err sibuk jugaklah. Kenapa?”Ainul
bersuara dengan sedikit gagap. “Oh,
sebenarnya aku nak tanya. Kau dah dapat surat yang aku tulis?”Dengan
selamba Farhan bertanya.Apalagi terus merah menyala pipi Ainul yang semula jadi
putih kemerah- merahan. Ainul yang cuba sebaik mungkin mengawal riak wajahnya
lantas mengelak. “Eh, tiba- tiba aku
sakit perut lah. Aku pergi tandas dulu,” ujar Ainul sambil bergegas berlalu
pergi tanpa sempat Farhan berkata apa- apa.
Farhan
yang terpinga- pinga dengan tingkah Ainul kembali ke tempat duduknya dengan
perasaan yang hampa. Baru sahaja dia hendak meluahkan perasaannya secara ‘live’
di hadapan Ainul, Ainul dah lari awal- awal. “Hmm, takpelah. Walau apa pun yang terjadi, aku tak kan berputus asa
merebut hati Ainul,’’ ujar Farhan menyimpan tekad di dalam hati.
Sejak
hari itu, pelbagai cara telah digunakan oleh Farhan bagi memikat hati Ainul. Selain
selalu mengirim nota- nota bertulis ayat- ayat motivasi kepada Ainul, cara
belajarnya juga telah diubah. Demi berdiri setanding dengan Ainul, dia harus
cemerlang dalam bidang akademik juga. Dia belajar secara bersungguh- sungguh
dengan menumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru mengajar, aktif bersoal-
jawab dengan guru apabila terdapat sebarang kemusykilan, mendampingi rakan-
rakan sekelas yang selalu mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan
selalu membuat nota ringkas setelah tamat mempelajari topik baru. Namun begitu,
permainan bola sepak yang aktif disertainya sejak di tingkatan dua lagi tidak
sesekali diabaikan.Pendek kata, Farhan ini boleh dianggap sebagai ‘all rounded
person’, bermakna serba serbi hebat.Nampaknya, Farhan menggunakan strategi yang
bijak untuk memancing hati Ainul, iaitu dengan menjadi pelajar cemerlang
akademik dan kokurikulum agar Ainul nampak dirinya layak berjalan seiringan
dengannya.Cewah!
Ainul
sedar bahawa Farhan bersungguh- sungguh ingin ber’kawan’ dengannya. Dia faham akanniat
Farhan namun dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-
mana lelaki. Jadi, dia tidak pernah memberikan sebarang bentuk harapan jauh
sekali menabur janji kepada Farhan.Apa yang penting ialah bidang akademik. Dia
tidak akansesekali membiarkan pelajarannya terabai hanya kerana cinta. Selepas
tamat peperiksaan SPM nanti, barulah dia akanmula memikirkan soal ini dengan
serius.
Akhirnya,
peperiksaan SPM telah tamat.Kertas peperiksaan terakhir yang diambil oleh Ainul
dan Farhan ialah Biologi Kertas 3.Masing- masing menadah tangan bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana berjaya menduduki peperiksaan dengan tenang dan lancar.Sesudah
berusaha dan berjuang, kini masanya mereka berdoa dan menyerahkan segalanya
kepada Yang Maha Berkuasa. Ketika asyik mengemas begnya, Ainul teringat akan
nota terakhir yang dikirim oleh Farhan kepadanya sebelum mereka menduduki
peperiksaan SPM lebih kurang tiga minggu yang lalu.
Saat untuk menghadapi peperangan
itu hampir tiba.Selamat berjuang sahabatku. Aku berdoa kita sama- sama berjaya
dan peroleh keputusan cemerlang. (‘’,)
P/s: Lepas tamat paper terakhir
kita nanti, tunggu aku di depan pintu pagar sekolah. Please.
Ainul rasa mungkin sudah tiba
masanya untuk dia membalas perasaan Farhan padanya.Ainul yakin perasaan Farhan
padanya jujur.Setelah tiba di luar pintu pagar sekolah, Ainul menghampiri
Farhan yang sedang leka memandang panorama jalan raya.
“Assalamualaikum Farhan.”
“Oh, Waalaikumsalam.Kau dah
sampai?Terima kasih sebab sudi datang jumpa aku.”
“Erm, ok.”
“Macam mana paper 3 Biology
tadi? Kau mesti boleh jawab kan?”
“Alhamdulillah.Allah permudahkan
urusan aku.Kau pulak?”
“Alhamdulillah, aku pun sama.”
“Baguslah macam tu.”
Tiba-
tiba suasana bertukar sepi. Mereka seperti kehilangan modal untuk berbual.
Farhan lantas mengajak Ainul pulang bersama.
“Em, Ainul. Jom aku temankan kau balik. Lagipun jalan ke rumah kita sama.
Sambil tu boleh kita berbual- bual.”Ainul bersetuju dengan cadangan yang diutarakan
Farhan.Mereka menyusuri jalan pulang
ke rumah bersama- sama sambil berbual- bual tentang rancangan masa depan
mereka. Tanpa mereka sedari, Diana yang bersembunyi di sebalik pagar sekolah menyaksikan
situasi mereka berdua.Semakin meruap- ruap cemburu di hati Diana terhadap
Ainul. Dia berasa sungguh geram apabila Farhan yang disukainya selama ini
menyimpan perasaan pada orang lain, dan orang lain itu rupa-rupanya Ainul, yang
dianggap saingan terdekatnya dalam setiap bidang!
Ainul
dan Farhan berbual- bual sambil berjalan menuntun basikal masing- masing. “Err,Ainul. Kau tahu kan aku suka kau? Bagi
aku, kau macam sumber inspirasi aku untuk berjaya,” Farhan tiba- tiba
bersuara memulakan mukaddimah luahan hatinya.Ainul yang sudah dapat mengagak
persoalan ini akan ditanya Farhan seakan- akan sudah bersedia dengan
jawapannya. Tiba- tiba dia berhenti berjalan seketika.“Aku tahu perasaan kau pada aku.Tapi aku harap kau dapat bagi aku masa.
Aku akan bagitahu jawapannya semasa hari kita mengambil keputusan SPM kita
nanti. Boleh Farhan?” Ainul bijak memberikan jawapan yang selamat agar dia
tidak nampak seperti tergesa- gesa dalam membuat keputusan meskipun kini dia
sudah sedar akan isi hatinya pada Farhan. Sebenarnya, Farhan tidak bertepuk
sebelah tangan! Farhan yang berasa sungguh gembira dengan pernyataan Ainul
lantas membalas, “Boleh Ainul.Aku tak
kisah.Kau sudi pertimbangkan perasaan aku pada kau pun aku dah cukup
syukur.Terima kasih Ainul.” “Hehe, takde hal la Farhan,” ujar Ainul
tersipu- sipu malu.
“Ok lah Ainul, dah sampai dah pun kat rumah
kau. Lepas ni, aku harap kita tak ‘lost contact’ ye? Simpan nombor telefon aku
baik- baik ye.Apa- apa hal kau contact aku. Aku akan sentiasa ada untuk kau,”
ujar Farhan sebelum beransur pulang. “Baiklah
Farhan, aku akan simpan nombor kau. Terima kasih atas segalanya, termasuk nota-
nota motivasi kau yang comel- comel,’’ Ainul berkata sambil mengukirkan
senyum segaris kepada Farhan.Tiba- tiba Farhan mengeluarkan sesuatu dari kocek
seluarnya.Rupa- rupanya kotak yang mengandungi sebentuk cincin yang cantik
bersinar- sinar. Wah, beruntungnya Ainul!
“Nah, untuk kau! Pakailah cincin
ni kalau kau sudi terima aku. Kalau kau tak sudi terima, kau boleh pulangkan
semasa hari kita ambil ‘result’ SPM nanti.”Dengan teragak- agak, Ainul
mengambil kotak tersebut.Selepas melambaikan tangan kepada Farhan, Ainul terus
masuk ke dalam rumahnya.
Semenjak
hari itu, boleh dikatakan Ainul dan Farhan kerap berhubungan melalui mesej
antara satu sama lain. Farhan bagaikan dapat mengagak bahawa Ainul turut
berkongsi perasaan yang sama dengannya. Namun, dia tidak mahu terlalu berharap
dan akan terus bersabar menanti detik kepastian nanti.
Kini
tinggal seminggu sahaja lagi sebelum keputusan peperiksaan SPM bakal diumumkan.
Ainul dan Farhan masing- masing berdebar- debar dan tidak sabar menanti hari
bersejarah tersebut menjelma. Ainul berasa tidak sabar- sabar untuk menyatakan
perasaan hatinya kepada Farhan manakala Farhan berasa ‘eksaited’ untuk
mengetahui jawapan cinta Ainul kepadanya.
Pada
petang itu, Farhan bercadang untuk singgah ke kedai gunting rambut Pak Awie.
Biasalah kalau cuti lama macam ni, pastinya rambut pelajar- pelajar lelaki dah
panjang berjela- jela! Sebelum mengambil keputusan SPM, rambut perlulah dipotong
pendek dahulu, barulah tak terkejut warga sekolah yang lain. Sedang dia cuba
untuk membelok motosikalnya masuk ke simpang kanan Jalan Kacak, tanpa disedari
ada sebuah lori yang cuba memotong kereta di hadapannya tidak dapat mengawal
pemanduan. Tiba- tiba bunyi pergeseran yang kuat kedengaran lalu “Dumm!!”Lori tadi terbabas lagu melanggar
motosikal Farhan dari arah belakang.Akibat hentakan yang kuat pada batu besar
yang tajam di tepi jalan raya itu, Farhan mengalami kecederaan yang parah pada
bahagian kepalanya.Darah membuak- buak mengalir menuruni pipinya.Badannya yang
dihempap oleh motosikalnya terkulai layu di atas jalan raya. Keadaan Farhan
sungguh kritikal!
Farhan
segera dikejarkan ke hospital terdekat lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi
(ICU).Akibat hentakan yang kuat pada batu tajam, Farhan disahkan terlantar
koma. Ainul yang menerima berita itu menerusi maklumat dari rakan- rakannya
yang lain bagaikan tidak mampu mengawal emosi. Air matanya jatuh berlinangan di
pipi.Dia membuat keputusan untuk pergi melawat Farhan di hospital.
Setibanya
di hospital, Ainul menemui ibu bapa Farhan yang setia menjaga anak kesayangan
mereka yang masih tidak sedarkan diri.Setelah bertanya tentang keadaan Farhan,
Ainul diberikan ruang oleh Encik Yazid dan Puan Haliza untuk bersendirian
dengan Farhan.Ainul yang sebak melihat keadaan Farhan yang berbalut- balut pada
hampir keseluruhan badan terhinggut- hinggut bahu menahan tangisan.“Farhan, Ainul datang.Bangunlah segera
Farhan.Ainul dah ada jawapan untuk soalan Farhan. Ainul pun sukakan Farhan,”
Ainul bersusah payah cuba menuturkan ayat tersebut kerana diselangi dengan sedu
sedan. Tiba- tiba dada Farhan kelihatan seperti berombak kencang.Ainul cemas
lalu bertindak memanggil ibu bapa Farhan.Mereka segera menjerit mencari doktor
yang bertugas. Pihak hospital cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Farhan,
namun Allah lebih sayangkannya. Arwah tidak dapat diselamatkan dan pergi
meninggalkan insan- insan tersayang buat selama- selamanya.
Hari
pengumuman peperiksaan SPM telah tiba.Ainul berasa tidak bersemangat untuk
hadir ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaannya.Dia masih bersedih
dengan pemergian Farhan dan tidak mungkin semudah itu dia dapat melupakan
memori kisah mereka yang terlakar kemas dalam ingatannya.Namun, dia
menggagahkan jua diri melangkah ke sekolah. Dia harus kelihatan kuat di hadapan
guru- guru dan rakan- rakannya yang lain.
Ternyata
keputusan SPM Ainul sangat cemerlang.Dia memperoleh keputusan straight A+ dan terus dinobatkan sebagai
pelajar terbaik di sekolahnya.Farhan pula dikhabarkan memperoleh keputusan yang
tidak kurang hebatnya, iaitu 6A+ dan 3A.“Alhamdulillah.
Tahniah Farhan, kita sama- sama berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang
sebagaimana yang kita harapkan. Insya Allah walaupun awak dah pergi, saya akan tetap
menyambung cita- cita kita untuk menjadi doktor pakar bedah yang berjaya,”
Ainul membisikkan tekad seakan- akan dia sedang berbicara dengan Farhan.
Walau
apa pun yang berlaku, hidup harus diteruskan. Ainul menganggap telah tertulis
di loh mahfuz tiada jodoh di antara dia dan Farhan.Dia redha.Semoga roh arwah
dicucuri rahmat sentiasa.
Setelah
melakukan persediaan A-Level selama
dua tahun di Malaysia, kini Ainul sudah tiba di bumi Ireland bagi meneruskan
pengajiannya dalam bidang perubatan.Dia berazam untuk meneruskan
kecemerlangannya dalam bidang pelajaran seterusnya dapat berkhidmat untuk
agama, bangsa dan negara.
Pada
suatu petang yang dingin, ketika Ainul sedang seronok bersiar- siar untuk
menenangkan fikiran bersama sahabatnya di tepi tasik di pinggir bandar Dublin,
Ainul terperasan akan kelibat lelaki yang seakan- akan mirip arwah Farhan. Cuma
bezanya lelaki itu lebih tinggi dan agak berisi berbanding Farhan. Ainul ragu-
ragu sama ada dia patut menegur lelaki yang sedang mengambil gambar pemandangan
di situ atau tidak. Matanya hanya terpaku memandang lelaki tersebut.Tiba- tiba
lelaki itu menghampiri Ainul lalu menyapanya.“Assalamualaikum. I saw that you looked at me just now. Anyway, kita
pernah kenal ke?” Laaa, orang Malaysia rupanya mamat ni! “Err err, Waalaikumsalam. No. I’m sorry; just
now I’m a bit confused. Your identical face reminds me of my old friend. I’m so
sorry for making you feel uncomfortable,” Ainul cuba mengawal air mukanya
dan meminta maaf terhadap lelaki itu. “It’s
okay. Anyway, I’m Syed Razin, a third year student from Royal College of
Surgeons right here. How about you?”Lelaki tersebut nampak seperti peramah
dan memperkenalkan dirinya kepada Ainul.Nak tak nak Ainul terpaksa membalas
pertanyaan lelaki itu. “I’m Ainul
Syuhada, also study medical from RCSI but a first year student. I just arrived
here about three weeks ago.” “Oh I
see. So Syuhada, you’re my junior here. Nice to meet you, pretty girl! Ok, I’ve
got to go. Till we meet again. Assalamualaikum,” Syed Razin terpaksa bergegas
meminta diri kerana terdapat urusan yang harus diselesaikan dengan segera.
Ainul
Syuhada tersenyum manis mengingatkan pertemuan pertamanya dengan Syed Razin,
pelajar perubatan senior di kolejnya dahulu yang kini merangkap suaminya yang
sah. Mereka telah dua tahun lebih mendirikan rumah tangga dan dikurniakan
seorang cahaya mata yang sangat comel yang dinamakan Farhan Aliff.Manakala
Diana yang boleh dikatakan sebagai ‘musuh ketatnya’ dahulu kini sudah berbaik-
baik dengannya sejak mereka sama- sama berkhidmat sebagai doktor di Hospital
Selayang. Alhamdulillah, Ainul bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya
sekarang.Semoga bahagia ini sentiasa menjadi miliknya. Insya Allah.
Kelihatan
Ainul Syuhada menulis sesuatu di dalam diarinya;
Kadang kita meminta pada Allah
setangkai bunga yang indah, tapi Allah SWT berikan kaktus berduri... Kita
meminta kupu- kupu, tapi diberikan ulat. Kita pun sedih, kecewa bahkan marah!!
Namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-
kupu yang cantik. Itulah jalan Allah SWT, indah pada waktu-Nya! Allah tidak
memberi apa yang kita harapkan, tapi Allah SWT memberikan apa yang kita
perlukan. Kadang kita sedih, kecewa, terluka, berburuk sangka. Tapi jauh di atas
segalanya, Allah sedang merangka yang terbaik dalam kehidupan kita... TERIMA
KASIH YA ALLAH ATAS RAHMATMU.
~ Tamat~